08 June 2012

UPPER RESPIRATORY TRACT INFECTION

salam to everyone.
today saya dah mula bekerje semula kerana mc sudah habis. semalam satu hari dirumah asyik tido je kena penangan ubat batuk. ishhh bahye betol. telan a few second je tros mate xley buke dah. so today kat office saya xmkan not even satu pun ubat coz takut nanti mengantuk yang amat.

malam sebelom mc tu saya ke klinik sebab xtahan dah dengn semput yang ada. before ni saya buat dek je dengan batuk. my hubby dah cakap mesti asma. tp saya ckap bukan asma. but than after jumpe doktor semalam tu, dia cakap saya ade asma, betul ckp my hybby. so malam tu jgk (time pg klinik tu) doktor bagi (net) aku dengar gitu lah doktor ckp kat nurse dia. maknenye bg sedut gas asma laaa. wooo first time wooo kene sedut gas. berair idong aku. hahahahaha. 

selesai semua tu saya pun kuar pg kat hubby pastu bgtau dia yang saya kene sedut gas. mlm tu lepas pg klinik pegi mamak stall makan malam. my mother-in-law call, kiteorg pun cakap la yang saya kene asma. and with unexpected keadaan maa marah sebab xjaga kesihatan. wow! ok maa ckp suh jga makan n jgn main kucing.  jangan makan seafood and jagn minum air sejuk bla bla bla. oh tuhan banyaknya larangan. hmmm saya just mengangguk sahaja. 


mc yang diberi membawa kegembiraan padaku


this is to certify that the following patient was treated at this clinic.

ok now while nothing to do in the office, saya browse laa ape itu maksud infection itu, bla bla bla. and this is some info yang saya dapatkan.

Jangkitan Saluran Pernafasan - Penyakit yang sering menyerang anak-anak

SISTEM pernafasan boleh dibahagikan kepada 2. 
1. Saluran pernafasan bahagian atas biasanya sering dijangkiti bronchitis, sakit kerongkong.
2. Sistem pernafasan bahagian bawah pula sering dijangkit jangkitan paru-paru ataupun pneumonia. Jangkitan bronchitis, kerongkong dan sistem pernafasan

Tanda-tanda dan gejala-gejala penyakit pernafasan:
I. Batuk ialah tanda yang paling biasa menunjukkan tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan.
Ada berbagai-bagai jenis batuk:
a. Batuk kering yang menunjukkan penyakit kerongkong ataupun TB.
b. Batuk berkahak, seperti di dalam chronic bronchitis, lelah dan juga bronkiektasis atau batuk kokol atau lelah.
c.Kahak �
a. Kahak bernanah yang menunjukan wujudnya jangkitan sistem Peenafasan atau bakteria pneumonia, bronkiektasis ataupun paru-paru bernanah.
b. Kahak berlendir mungkin menandakan kanak-kanak diserang chronic bronchitis atau lelah. Dalam jangkitan TB biasanya kahak pada mulanya berlendir kemudian lama-kelamaan ianya menjadi bernanah.

III. Batuk berdarah �
Juga ada berbagai jenis. Kadangkala sedikit sahaja darah yang keluar bersama-sama kahak. Ini biasanya menunjukkan tanda-tanda penyakit bronchitis. Atau kadangkala keluar darah hidup. Batuk darah hidup ialah satu tanda yang amat serius dan menunjukkan tanda-tanda barah paru-paru, TB atau sakit jantung.

IV. Sakit Dada �
Sakit di bahagian tengah dada yang bertambah teruk apabila batuk adalah tanda adanya sakit di saluran pernafasan yakni di tengkorok.
Sakit di bahagian rusuk yang kadangkala menular di belakang yang bertambah teruk semasa batuk atau bernafas biasanya menunjukkan wujudnya jangkitan di lapisan paru-paru.
Jenis sakit ini ialah tanda-tanda biasa dalam penyakit pernafasan dan perlu dirawati.

V. Dystnoea atau sesak nafas dan susah bernafas �
Keadaan ini sungguhpun biasa didapati dalam penyakit saluran pernafasan boleh juga menjadi tanda bagi penyakit-penyakit lain seperti sakit jantung, kurang darah dan bengok.

VI- Cyanosis �
laitu keadaan kebiruan yang didapati di kuku atau lidah ataupun lapisan mulut. Ini menunjukkan kurang oksigen yang masuk melalui saluran pernafasan kepada darah.

VII. Clubbing�
Ini ialah keadaan di mana jari-jari tangan dan kaki serta tangan menjadi besar dan sembab. Ini ialah tanda-tanda yang menunjukkan pesakit mengalami jangkitan saluran pernafasan, jenis chronic atau berpanjangan seperti barah paru-paru, bronkiektasis, paru-paru bernanah.
Apabila seseorang itu mengalami tanda-tanda yang disebutkan, batuk berkahak, batuk darah, sakit dada, sesak nafas dan nafas berbunyi dan berhingus, pesakit itu perlulah berjumpa doktor untuk mendapatkan rawatan kerana kalau tidak dirawat segera ianya akan menimbulkan komplikasi yang berat yang boleh membawa maut.

Tanda-tanda yang biasa dialami oleh kanak-kanak
Bagi kanak-kanak kecil tanda-tanda jangkitan saluran pernafasan sukar dikesan. Oleh itu ibu-ibu haruslah selalu mengawasi kesihatan anak-anak.
Tanda-tanda yang boleh menunjukkan kemungkinan wujudnya jangkitan saluran pernafasan di kalangan kanak-kanak adalah seperti berikut:
1. Hidung tersumbat atau berhingus.
2. Demam, batuk, tiada selera makan atau tidak boleh makan, meragam, tidur tak lena dan susah bernafas.
Kanak-kanak yang mempunyai tanda-tanda ini hendaklah dibawa ke hospital atau klinik pada peringkat awal untuk mengelakkan kesesakan nafas dan komplikasinya kerana penyakit ini cepat sekali menjadi tenat dan boleh membawa maut.
Apabila seseorang kanak-kanak itu diserang tanda-tanda berikut ianya perlulah dirujuk ke hospital dengan segera:
Tidak mahu makan atau minum selama 12 jam, meragam sentiasa menangis, demam, nafas berbunyi atau kadar pernafasan terlalu cepat.
Kanak-kanak di bawah umur enam bulan yang mengalami tanda-tanda di atas hendaklah segera dibawa ke hospital atau klinik untuk rawatan.
Rawatan di rumah
Sementara dibawa ke klinik/hospital iaitu sebelum kanak-kanak itu dibawa ke hospital ibu-ibu dinasihatkan menjaga keselesaan bayi misalnya dengan membersihkan hidung kalau berhingus, mendukung dan mendudukkan anak sekiranya ia susah bernafas. Bagi dia minum secukupnya. Lemah badan anak dan bawa ke klinik segera.
Peringatan: Jangan beri sebarang ubat-ubat yang dibeli di kedai tanpa nasihat doktor.
Elakkan pakaian tebal dan jenis kain tiruan. Gunakan pakaian dari jenis kapas.
Kalau anak-anak sakit lebih dari dua hari bawa ke hospital atau klinik.
Ahli keluarga harus tahu tentang berbagai aspek-aspek tentang penyakit ini.
Ibu-ibu haruslah memperbaiki pemakanan bayi dan anak-anak mereka dengan memberi makanan yang seimbang. Cara ini boleh mengurangkan serangan penyakit sebelum ianya menjadi teruk.
Rawatan
Rawatan akan diberi selepas penyiasatan dijalankan ke atas pesakit seperti pemeriksaan hidung dan kerongkong, pemeriksaan darah, X-ray dadah dan pemeriksaan kahak.
Sekiranya kanak-kanak itu didapati batuk dan demam ubat-ubat untuk mengurangkan keadaan ini akan diberikan.
Jika didapati jangkitan ini disebabkan oleh bakteria, ubat jenis antibiotik akan diberikan. Jika disebabkan oleh virus tiada rawatan khas yang tertentu. Sungguhpun antibiotik akan diberikan untuk mengelakkan komplikasi jangkitan bakteria.
Jika didapati jangkitan disebabkan oleh kulat atau fungus rawatan tertentu juga akan diberikan.
Sekiranya pesakit susah bernafas, oksigen akan diberikan untuk memudahkan bernafas dan untuk mengelakkan komplikasi seperti cyanosis, kebiruan dan kejutan.
Perlu juga diingat bahawa saluran pernafasan seperti hidung dan kerongkong selalu dalam keadaan sihat dan tidak tersumbat seperti hidung tersumbat oleh hingus dan tersumbat tekak oleh kahak.
Kadangkala jangkitan tekak boleh juga melarat ke bahagian tonsil dan keadaan seperti ini boleh menyekat saluran pernafasan apabila tonsil bengkak.
Keadaan ini perlu dirawat dan jika didapati chronik berpanjangan tonsil terpaksa dibuang/bedah. http://bernama548.blogspot.com/2011/07/jangkitan-saluran-pernafasan-penyakit.html

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

1 comment:

  1. tq for the info, so marilah kite menjaga kesihatan bersama2

    ReplyDelete

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER