بسم الله الرحمن الرحيم, السلام عليكم
Masalah kesuburan menjadi salah satu faktor kenapa pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin masih belum berjaya mendapat zuriat. Ya, sesungguhnya, rezeki anak itu Kuasa Allah, tapi kita sebagai hambaNya harus berusaha dan berikhtiar untuk mendapatkan zuriat.
Masalah kesuburan bukan hanya dialami oleh pihak isteri sahaja, dimana rata-rata berpendapat, kegagalan mendapat anak berpunca dari masalah kaum wanita. Lelaki juga mengalami masalah kesuburan dikalangan mereka. Untuk mengetahui tahap kesuburan seseorang, pasangan dinasihatkan mendapatkan rawatan doktor pakar kesuburan untuk mengetahui tahap kesuburan masing-masing.