07 January 2018

Bagaimana Business Shaklee Dari Rumah Boleh Jana Sale Dan Pendapatan Untuk Surirumah.



Saya Tak Pandai Business!

Kak lia laa tu, tapi kak lia memang suka berniaga. Kalau dulu menjual pakat hentam je. Tak dak ilmu. Tapi Alhamdulillah sejak berShaklee, banyak ilmu kak lia belajar. Kak lia start minat jual jual ni dari kecik lagi. Kak lia ikut arwah maktok kak lia jual kuih, dan mak ayah kak lia sendiri bila bulan puasa, jual popia goreng kat bazar Ramadhan selepas waktu kerja. Dari situ slowly minat berniaga tu datang. 

Bila dah semakin dewasa, kak lia start berjinak jinak denga business online. Seronok sebenarnya business online ni. Dari rumah, boleh jana pendapatan. Kak lia start dengan jual accessories, gelang handmade. Pastu jual preoved baju kurung. Alhamdulillah ada yang membeli. Jual suka suka je masa tu. Sampailah kak lia terjerumus dengan produk shaklee

Asalnya tak tahu sangat shaklee boleh buat business ni. Dipendekkan cerita, kak lia terjerumus jugak dalam business shaklee selepas amalkan ESP Shaklee dan vitamin untuk hipertiroid.

Dari dulu zero pasal ilmu ilmu marketing, tak ada langsung ilmu bab menjual, sekarang ni dah hebat sikit laa. Bak kata orang, DARI ZERO TO HERO NOW. Alhamdulillah. 

Ewahh, and I'm PROUD OF MYSELF. Dari dunia Senibina ke dunia perniagaan. Dari tak tau bab jual jual, sekarang dah master skit laa business online shaklee ni. 

Bagaimana business Shaklee boleh jana sale dan income untuk surirumah? Dulu kak lia tak terfikir pun nak jadi surirumah. Tapi impian tu ada. Alhamdulillah Allah mudahkan jalan. Tapi kak lia start business shaklee masa kak lia kerja lagi tau. Tahun lepas baru start business shaklee dari rumah sebagai seorang surirumah sepenuh masa. 

Macam mana kak lia buat dan macam mana shaklee bantu dan ajar kak lia setia berniaga dengannya? Bagaimana kak lia boleh jana pendapatan dari rumah dengan business shaklee. 


3 cara mudah business shaklee, jana sale dan pendapatan dari rumah. 

  • Guna dan sayang produk

Kak lia guna produk shaklee. konsisten dan jatuh cinta dengan produk. Bila kita konsisten, Alhamdulillah dah 4 tahun lebih makan, kak lia dah rasa perubahan yang best untuk diri kak lia. Perubahan tu dah rasa sejak awal guna dah. Lepas 3 tong ESP Shaklee, kak lia dah nampak perbezaan ketara pada kulit. Pastu dapat kesan shaklee untuk penyusuan. Kak lia consume set menyusu, susu lebih banyak meriah pekat. Dari situ slowly guna produk produk lain untuk rasa dan feel the produk. Antaranya vitamin hipertiroid, basic H, Nutriferon, Gla Complex dan set menyusu. 


  • Kongsi cerita dan produk shaklee. #shakleeeffect

Bila dah dapat shaklee effect, kak lia start kongsi dengan kawan kawan. Yang ni mudah sebab mostly kawan kawan sekeliling memang dah tau pasal vitamin shaklee. Lagi senang kerja kak lia nak berkongsi cerita dan promote set kesihatan. Kak lia lebih fokus pada set hamil, menyusu, set cantik dan tiroid. Time ni kak lia just bermongsi melalui media sosial Facebook saja. Dabang alang berfacebook, why not share pasal sesuatu yang lebih memberi faedah.  Betul tak? 


  • Cari ilmu dan berguru


Dalam shaklee, kami ada support group dan upline yang banyak bantu untuk belajar pasal marketing. Nak berniaga kene ada cikgu. so kak lia kenalkan diri dengan upline dan kawan kawan shaklee yang lain. Ilmu yang berharga adalah belajar dari pengalaman sendiri dan dari mentor mentor, kak lia belajar cara nak build biz shaklee ni dengan lebih baik. Alhamdulillah kak lia sangat bersyukur sebab mentor mentor semua baik baik dan tak lokek ilmu. Lagi seronok, shaklee sendiri adakan kelas kelas kesihatan dan event event yang berkaitan untuk memberi lebih pemahaman kepada produk dan business shaklee. Company memang support 120%.


  • Bina empayar business shaklee bersama business partner


Bila dah ada ilmu, dah ada kawan kawan yang turut beli dari kak lia, kak lia akan bagitau kawan kawan untuk join shaklee jugak untuk rasai apa yang kak lia dapat. Of coz benda ni paling mencabar sikit sebab tak semua orang suka berniaga dan tak semua setia dan konsisten serius nak jaga kesihatan. Tapi tak mematahkan semangat kak lia nuk berkongsi. Dari situ kak lia teruskan membina rangkaian biz kak lia sebab kak lia nak lebih ramai lagi kawan kawan yang guna shaklee dapat grab peluang yang shaklee beri pada kita, bukan setakat dapat jaga kesihatan dengan baik tapi dapat grab peluang untuk jana pendapatan kedua isi rumah bantu suami. 

Apa lagi kak lia buat bagi kembangkan biz kak lia? Bagaimana dengan business shaklee dari rumah boleh jana sale dan income untuk surirumah. Semestinya dengan beronline menggunakan medium media sosial. Dah alang alang ada fb, instagram dan blog, gunalah kekuatan yang ada ni untuk melebarkan lagi empayar biz kita. Sebelum nak buat marketing, satu pesan kak lia, carilah guru yang melalui pengalaman dalam business yang kita nak ceburi.

Macam mana nak biz secara online? jom join group kak lia ShaklieyaGroup untuk sama sama memecut ketangga kejayaan. Kak lia akan guide dan coaching anda secara personal dan ajar macam mana nak jana pendapatan dari rumah dengan Shaklee.




Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

05 January 2018

Bagaimana Dari Gadis Biasa Ke Wanita Bertutup Hitam.



Kak lia ni bukanlaa anak ustaz atau datang dari background family yang warak. Kak lia sama je macam gadis gadis diluar sana satu ketika dahulu yang zaman remajanya free and easy. Tapi, bagaimana kak lia yang dulu mek rock jugaklah, boleh berubah 360° dari gadis biasa ke wanita bertutup hitam.

Bagaimana kak lia boleh berniqab? Soalan yang sering kawan kawan tanya kak lia bila mereka jumpa semula. Susah jugak nak story tapi Alhamdulillah Allah mudahkan kak lia berkongsi.

Asalnya bermula bila kak lia menempuh alam perkahwinan. Tapi niat dan detik hati untuk bertutup labuh tu dah ada dalam hati suatu ketika dulu. Asbab kahwin dengan suami, kak lia baru dapat pakai niqab.

Cerita nak berniqab ni dah lama. Tapi betul betul kuat bila jadi suri hati Bampis.

Being a niqabis is not easy. First nak face family. Orang luar tu kak lia tak kesah sangat, tapi takot family kak lia tak leh terima perubahan.

Alhamdulillah family kak lia ok. Lega tau.

Tapi ada beberapa perkara yang masih merisaukan jiwa. Macam mana nak kerja. Macamana nak istiqamah pakai niqab.

Tapi semua tu berubah bilamana Bampis bawak kak lia gi Rusila. Kat situ jugak kak lia first time keluar berniqab bila tengok anak gadis student kat situ berniqab sama.

Satu rasa yang damai. Sejuk je tengok.

Bila balik rumah, kak lia masih lagi terkesan bila tengok adik adik pakai niqab. Alhamdulillah  alah mudahkan perjalanan kak lia dengan imej kak lia sekarang ni.

Bila involve daam business shaklee ni pulak, risau jugak. Macam mana nak berniaga. Muka tutup tapi nak jual produk.

Tapi semua tu cuma mainan minda je. Once involve dalam shakee, rupanya ramai lagi niqabis niqabis join shaklee. Lagi seronok nak bershaklee. Walaupun kekadang bila gi kelas shaklee, kita sorang je pakai niqab.

But insyallah. no metter im wearing niqab, kak lia tak jadikan sebagai halangan untuk berniaga. Insyallah doakan ka lia terus istiqamah dan berjaya dunia akhirat.

Untuk pengetahuan kalian jugak, bila kita sentiasa yakin dengan diri dan yakin dengan rezeki Allah, Dia mudahkan kita jumpa customer yang mudah berurusan. Sekarang ni, ramai customer yang PM kak lia, whatsapp kak lia berminat nak beli dan beli set kecantikan shaklee. Paling laris Vitamin C dan Bcomplex. Ada juga beli ESP Shaklee.

Alhamdulillah. So nasihat kak lia, dont underestimate keupayaan diri kita sebelum kita dapat buat apa yang kita jarang buat. ok?!



Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

04 January 2018

Pengalaman Melancong Keluar Negara Umpama Mimpi Jadi Realiti.


No man is brave that has never walked a hundred miles. If you want to know the truth of who you are, walk until not a person knows your name. Travel is the great leveler, the great teacher, bitter as medicine, crueler than mirror-glass. A long stretch of road will teach you more about yourself than a hundred years of quiet. Patrick Rothfuss

Jauh Berjalan, Luas Pemandangan. Gitulah orang melayu cakap. Sesekali keluar dari kawasan lingkupan hidup kita, rasa lebih fresh dan rasa recharge energy bateri badan kita. Ewaahh. Kisah pengalaman kak lia sendiri, pertama kali melancong ke luar negara memang satu moment yang takkan dilupakan.

Dulu masa study architecture UPM,  moment paling syok bila ada study trip. Sebabnya? setiap sem kami satu studio akan travel ke negeri negeri untuk buat site visit. Study case untuk final projek.


Moment paling kak lia ingat adalah, kak lia berpeluang ke Hong Kong dan Macau. Masa tu tahun 3, final year dah. Tu adalah trip luar negara yang pertama dalam hidup kak lia. Mulanya kak lia tak join trip tu tapi rezeki kak lia dapat join trip last minit.

Time tu semua loan PAMA, Mana ada duit nak gi jalan jalan oversea. 
Tapi tu lah trip yang sangat terkesan dekat hati kak lia. The first and very unforgetful. Kenapa kak lia cakap tak boleh lupa? Ada story disebalik trip ke Hong Kong. 


  1. Bergaduh dengan penjual baju kat street market (lupa dah kawasan tu nama apa) seba dah pilih baju untuk cenderahati adik adik, tapi disebabkan tak ada size, last minit kak lia cancel order. Peniaga tu naik hangin laaa sebab duk layan cari size baju itu ini. Hahaha
  2. Berdua dengan Azlin dari hotel kami menginap,  pun lupa nama kawasan hotel, redah town Hong Kong,  nak cari Masjid Kowloon & Islamic Centre. Geng yang lain jalan dulu  kami gamble berdua, perghhh tanya orang, pastu jumpa Indonesian, dia yang guide kami ke Masjid tu. Sampai kami berdua mat Masjid Kowloon, geng besar termasuk lecturer tak de kat situ. Cuak beb. Rupanya dierang segerombolan naik cruise, kami dua orang naik train. 
  3. Sesat sekejap dalam bangunan. Ni paling takut. Kak lia tak sedar kawan kawan lain dah keluar bangunan. Tinggal kak lia sorang je masih dalam bangunan. Mujur kak lia perasan group studio kat luar jalan. Kalau tak, ku keseorangan laa. 
  4. Sampai Hong Kong dalam waktu petang. 2 hari tak jumpa nasi. Hari ketiga kalau tak silap, baru lecturer bawak kami ke restoran Halal ada sajian nasi. Kak lia bedal 2 pinggan nasi, lauk? Kari ikan. Tak pernah suka kari, disebabkan nasi punya pasal, 2 pinggan kak lia melantak. 
Moral dari trip Hong Kong, sila hormat adab membeli belah. Dont trust anyone yang kita tak kenal tapi sentiasa  bersangka baik dengan orang. Acaner tu? Lagi satu, jangan memilih makan, ko tak suka kari, jangan expect menu singgang budu ada kat tempat orang.

Next trip oversea kak lia ke Bandung, Indonesia. Time tu kak lia join kawan kawan. Kami plan ke Bandung jalan jalan. Best seronok sebab pergi dengan geng, Free and Easy. Shopping sakan. First time rasa free sangat hidup ni. Hahaha.

Kat Bandung apa yang best bilamana pergi ke tempat tempat seperti Tangkuban Perahu, Hot Spring Bandung. Shopping Kartika sari. Pergi Kawah putih. Kat Bandung ni, terasa sekali bila melihat keindahan bumi Allah. Bukit, gunung ganang, sawah, dan orang orangnya yang pelbagai ragam.

Setiap destinasi yang kak lia kunjungi ada yang terkesan dihati. Bila pergi melancong, ia satu pengalaman yang menjadi pengajaran untuk hidup kita bila kita melihat negeri orang, budaya dan life penduduk disesebuah tempat. Pemuzik jalanan sana sini, hiburkan pengunjung restoran, food best. 

Tu cerita bab luar negara. Kalau dalam negeri, first time bercuti dengan suami dan anak sorang, masa tu kak lia hamil 6 bulan. Seronok bila travel dengan anak, kita pergi ke sesuatu tempat tu, untuk beri pelajaran dan pengajaran pada anak anak untuklebih menikmati keindahan bumi Allah. Syukur Allah kurniakan rezeki kepada kita, ada anak dan bawak family bercuti. Lebih mengeratkan lagi kasih sayang ahli keluarga sebab kita akan sentiasa rasa nak protect family kita daripada perkara buruk berlaku bila kat tempat orang.

Apa yang kak lia dapat lihat, macam mana kehidupan kita ni sangat dipengaruhi oleh gaya hidup kita setiap hari.

Masa di Hong Kong, penduduk kat sana sangat pantas kemana mana. Seperti sentiasa mengejar masa. Very disiplin. Bila lihat pada diri sendiri, alahaiii kak lia oii, ko sejenis relax and cool je.


Memang sesuatu yang sangat menyeronokkan bila kita ke tempat orang. Paling best, (sebenarnya banyak best), kita melihat ciptaan Allah dan sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang ada.

Benar orang kata, bila kita travel ke tempat orang, kita akan lebih mengenali diri kita dan kita akan menjadi seorang storyteller pada kehidupan kita.

Where is NEXT? Pengalaman pergi keluar negara tu menjadi salah satu pemangkin untuk kak lia fight buat business shaklee betul betul. Kak lia nak fight untuk tiket free travel,  shaklee sponsor 100%. Shaklee berikan insentif Conference dan travel kepada ahli yang layak. Boleh angkut satu family lagi tau.

Berniaga shaklee pun boleh travel free. Macam tak percayakan? So bagi anda yang suka travel, at the same time boleh tambah duit poket, business shaklee ada segalanya. Insyallah.

So, jom sertai kak lia dan team kak lia, ShaklieyaGroup kita fight tiket free  setiap tahun. Kita sesama ronggeng free.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER