Showing posts with label gla complex. Show all posts
Showing posts with label gla complex. Show all posts

07 November 2016

Vitamin Untuk Kesuburan Bagi Pasangan Suami Isteri Yang Sedang Berusaha Untuk Memiliki Zuriat.

As Salam.

Sentiasa berlapang dada dalam berusaha memiliki zuriat. Yang pasti rezeki anak tu datangnya dariAllah s.w.t.

Setiap pasangan yang berkahwin, suami mahupun isteri, masing masing mempunyai impian yang besar untuk memiliki zuriat untuk mengembangkan generasi mereka. Ada yang dimudahkan rezeki dari Allah, tak sampai setahun mendirikan rumah tangga, dah disahkan hamil. Alhamdulillah.  Tapi ada juga yang sebaliknya.


Ada beberapa faktor yang mempengaruhi keadaan suami isteri dimana dalam zaman modern sekarang ni, ramai pasangan yang PJJ dengan pasangan masing masing. Masa untuk bersama tu agak terhad sebab jumpa pun sesekali je. Ada yang jumpa 2 minggu sekali, ada sebulan sekali.

Faktor luaran kita still boleh adjust. Should be no problem. Kalau time bercinta sanggup redah jem, takkan dah jadi laki bini nak ngadap jem tak buleh. Yer dok? Yang perlu dititik beratkan kali ni bagi Lia adalah tahap kesihatan dalaman bagi suami isteri tu. 

Pendek kata, suami isteri ni kene tahu tahap kesuburan badan mereka untuk pastikan antara mereka tiada masalah yang boleh membantutkan usaha mereka untuk memiliki zuriat sendiri.

Both husband and wife perlu sesama jaga tahap kesuburan masing masing. Tak boleh salah sorang je yang jaga. Persenyawaan memerlukan 2 telur untuk berlakunya aktiviti tumbesaran janin.
Ada faham ka???  Tepuk sbelah tangan takkan berbunyi. 



Nutrisi untuk tingkakan kesuburan suami isteri.

Nutrisi yang sesuai mampu tingkatkan tahap kesuburan seseorang. Percaya ke tak apa Lia bagitau ni? Korang jangan ambik mudah tau. Diet yang seimbang kut lagu mana pun akan beri kesan pada kesihatan dalaman kita. Bukan untuk nak subur je. Tapi secara keseluruahnnya begitulah.

Cuba baca kejap link blogger ni pasal sayuran bantu wanita cepat hamil. Baca sini.

Memang tak leh lari dah. Kita kene makan secara sihat untuk dapatkan khasiat vitamin dan mineral dari apa yang kita makan. Cuba korang tengok pinggan makan korang. Ada apa? :( Menangis kalau tengok. Semua tak sihat. Betul?

Bagi pasangan suami isteri yang masih menunggu kehadiran cahaya mata,  boleh amalkan vitamin untuk tambah kukurangan nutrisi dalam hormon kesuburan. Secara umumnya, untuk menjaga tahap kesuburan pasangan suami isteri, vitamin dan mineral seperti zat besi, zink, folate, antioksidan, vitamin c dan omega 3 mampu membantu pasangan untuk lebih sihat dan tingkatkan homon kesuburan dalaman mereka.


Vitamin yang sesuai untuk kesuburan bagi pasangan suami isteri yang sedang berusaha untuk memiliki zuriat.

Untuk suami, Set Kesuburan Lelaki terdiri daripada VITAMIN E & ZINC + OMEGA GUARD.
- Fungsinya untuk pekatkan air mani, baiki bentuk sperm yang tak normal, beri tenaga untuk pergerakan sperm ke telur wanita, tingkatkan tahap testosteron lelaki. Bagi lelaki yang hisap rokok, Vitamin C diperlukan bagi  mengelakkan sperm daripada bergumpal.

Untuk isteri ada ALFALFA + BCOMPLEX + GLA COMPLEX.

- Fungsi set ni untuk para isteri mengatur hormon yang tak balance, regularkan period (mudah tentukan waktu subur), detox untuk kurangkan berat badan (obesiti membantutkan kesuburan dan boleh undang penyakit seperti cyst dan PCOS), kurangkan masalah keputihan punca ketidaksuburan, asid folik untuk persediaan ingin hamil dan merapatkan keintiman.

Insyallah. Konsisten dan doa pasti membuahkan hasil. Yang penting, badan kita perlu bersedia dari segi mental dan fizikal untik menerima 'roh' baru dalam badan.

Rezeki milik Allah, ikhtiar dan usaha, dari hamba-Nya.




Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

16 October 2016

Perjalanan Penyakit Tiroid Yang Dikenalpasti Semasa Hamil Anak Pertama.

Assalamualaikum. Hari ni saya nak share pengalaman, cerita dan perjalanan saya sebagai pesakit tiroid semasa hamil yang baru saja di diagnose 4 tahun lepas. Baru ker??? Tapi dah lama tauu.


Permulaan kepada terjumpanya masalah tiroid ni semasa saya hamilkan anak pertama saya, Sharifah Hanna. Tapi sebelum nikah, simptom tiroid saya dah rasa cuma saya tak tau tu rupanya simptom dia. Antara simptom tiroid yang saya alami seperti turun berat badan secara mendadak, nampak kurus sangat, jantung degup laju dan bila nak telan, seperti ada sesuatu lekat pada tekak.

Simptom tiroid lagi nampak ketara semasa nak kawin. Badan lahaiii, makin kurus, makcik makcik semua tegur. Tapi nak buat acaner, i olss tak tau lagi masa tu tiroid dah tinggi.

First time checkup mengandung, saya cerita kat nurse klinik ibu hamil, apa yang saya rasa pada diri saya, nurse dapat suspect terus tiroid, cek leher semua, cek heartbeat, apalagi, terus bagi form untuk diisi untuk ambil sample darah.

Seminggu pertama untuk ambil darah memang sedih. Berlarian saya ke klinik situ dan sini untuk ambil darah. Lepas tu ke klinik seterusnya berjumpa doktor. Tapi saya ikut saja. Pengalaman pertama saya untuk handle benda macam ni. Dah laa masa tu baru disahkan hamil. Risau jugak kesana kemari, badan stress. Tapi semangat kene kuat laa kan.

Ambil darah urgent ni, dapat result a few days later, doktor call nak jumpa. Serta merta pergi klnik. Doktor bagitau, result tiroid tinggi. Luluh jantung mak tau. Terus mak pikir pasal mati. :( Malam tu menangis bucu katil, bagitau husband. Husband diam je. Dia tak leh nak cakap apa apa dah.

Sampailaa kes saya dirujuk ke HKL. Bermulalah rutin pemeriksaan mengandung di HKL dan KKIA. Sebulan sekali kene refer O&G, ambk sample darah. Gitulah rutin sepanjang hamil. Terus saya start treatment makan ubat tiroid, PTU dan ada waktu tukar ke Carbimazol. How do i feel? Follow the flow jelah. Semangat kene kuat.

Bila tahu saya positif tiroid semasa hamil, dunia gelap. Hanya tangisan dan air mata jadi teman. Saya rasa dunia saya gelap, tiada harapan. Saya fikirkan pada kandungan saya, anak yang bakal lahir, suami dan jika saya tak panjang usia, bagaimana dengan anak dan suami saya.

Tapi saya tekad. This is not the end of my life. Saya teruskan treatment rawatan tiroid semasa hamil dan pemeriksaan kehamilan seperti biasa. Just follow the flow. Dalam masa yang sama, saya baca bacaan mengenai tiroid dan bahayakah maslah tirid semasa hamil.

Takut, memang takut. Macam macam risiko kesihatan boleh hadapi bila ada masalah tiroid ni. Paling takut adalah, kanser tiroid. Nauzubillah. Dengor pulak kawan datang rumah, cerita pasal makcik dia ada tiroid, pastu kanser lagi, dah meninggal dah. :(

Saya teruskan treatment tiroid sehinggalah saya nak bersalin anak pertama. Ubat stop. Dan saya teruskan rawatan tiroid selepas bersalin semula.Pendek cerita, selepas bersalin, saya continue semula rawatan, ambil darah pertama selepas bersalin.

Simptom tiroid kembali ada. Shaking and janung berdebar makin kuat. Saya ambil darah kat klinik private dulu. Nak tahu result tiroid cepat. Pastu 3 hari kemudian lepas ambik dara, klinik call. Doktor ak umpa. Tapi saya dah ready masa tu. Hehehe. Dapat agak dah result tinggi.

Memang tepat ramalanku benar belaka. Bacaan tiroid sangat tinggi. Range 60+- gitulah. Doktor terus buat surat refer kepada HKL semula. Doktor bagitau, kalau tiroid tak dirawat sebaiknya, degupan jantung laju, jantung boleh bengkak. Nanti timbul masalah lain pulak. Saya? AKUR!

Saya dah mula risau. Takut. Memang tak fikir panjang, saya terus refer ke klinik pakar HKL untuk rawatan lanjut. Drive laa sambung perjalanan jumpa doktor kat HKL. Ambil appointment lagi dan lagi dan lagi. Masa tu anak saya dalam 6 bulan lebih macam tulah. Paling haru, bila pergi appointment kat HKL, kene tunggu lama, selalu risau sebab susu bengkak. Pam memang kat rumah je.




Penangan supplement Shaklee untuk penyusuan ni. Lepas bersalin, saya mula mengenali supplement Shaklee. Saya consume ESP + Ostematrix untuk menyusu. Saya nak tambah susu nak bagi susu banyak dan kekuningan. Bermulalah kisah Shaklee dan penjagaan kesihatan saya. Bila dah daftar ahli, saya study tentang produk Shaklee dan mula belajar fungsi setiap vitamin. Dari situ saya jumpa supplement yang sesuai untuk masalah tiroid saya jugak. Saya mula teringat dengan kata kata doktor mengenai masalah tiroid mengenai keadaan jantung saya jika tiroid tak dirawat sebaiknya.

Bila dah tau produk Shaklee yang sesuai, saya beli 2 vitamin yang ada kaitan dengan masalah tiroid saya. Dalam masa yang saya, saya teruskan lagi makan ubat doktor. Sebelum ni, sepanjang ambil ubatan, bacaan tiroid saya susah benor nak turun. Statik, takpun turun atau naik dalam lingkungan yang sama je. Memang letih jugak sebab bila dah makan ubat, saya berharap bacaan tiroid semakin baik. Tapi sebaliknya pulak.

Saya fikir nak ikhtiar dengan supplement Shaklee pulak. Takdelaa fikir nak sembuh, tapi saya nak kawal masalah tiroid untuk jantung saya pada awalnya. Takut jugak anything happened dengan jantung saya kan. Saya pun beli lah Omega Guard Shaklee, dan juga GLA Complex Shaklee. Omega Guard bantu untuk kesihatan kardiovaskular saya dan GLA Complex pula atur semula hormon dan proses dalam badan saya. 2 vitamin ni sangat relate dengan masalah kesihatan saya.

Setiap bulan ambil darah seperti biasa. jumpa doktor. Naik turun Hospital. Bacaan tiroid masih lagi tinggi, ubatan doktor masih diteruskan. Alternatif supplement saya consume jugak. Tak sempat nak consume betul betul Gla Complex tu, dah termengandung semula. Memang tak plan pun tapi rezeki Allah siapa lah kita nak halang. Kan? Lagi satu, fungsi Gla Complex pun untuk kesuburan wanita. :)


Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menggunakan produk Shaklee, dikala usia anak pertama berusia 8 bulan, saya hamil anak kedua. Syukur. Rezeki anak Allah kurniakan pada saya. Saya jumpa ramai customer dan prospek Shaklee yang masih struggle untuk mendapatkan anak.

Kita hanya mampu ikhtiar dan berdoa, selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t.

Masih lagi meneruskan treatment tiroid, masa anak kedua pun saya masih refer pada pakar bahagian tiroid dan O&G. Ubat tiroid masih kene kawal depend pada bacaan tiroid. Dalam masa yang sama, kehamilan kedua ni saya amalkan 100% Shaklee Set Hamil. Beza yang ketara masa anak pertama dan kedua, saya rasa lebih bertenaga pada kehamilan kedua.

Asbab Shaklee? Semuanya dengan izin Allah s.w.t.
Tapi yang kehamilan kedua ni agak berdebor sikit. Saya terpaksa warded atas arahan doktor sebab doktor nak buat test ambil sample sel tiroid pada leher saya. Bahana pi skip appoinment punya pasal. Dah kene lecture beradong dengan pakar. :p.

Prosedur FNAC tu tak lama. Ambik masa sehari je. Just cucuck kat leher untuk ambil sel kawasan tiroid. Alhamdulillah, resultnya, negetif daripada sebarang sel kanser. Syukur. Tapi saya masih perlu berhati hati di masa depan.

Sehinggalah lahir anak kedua, saya sambung lagi treatment tiroid macam biasa, dan saya topup nutrisi shaklee saya dengan Vivix. Sampailaa saya follow up seterusnya di klinik pakar. Bacaan tiroid masih tinggi. Tapi tak macam yang sebelumnya selepas hamil.


Saya tekad nak konsisten ambil ubat tiroid + Set Kesihatan Shaklee untuk menyusu dan tiroid. Combinelaakan. Sebelum ambik darah untuk bulan seterusnya, saya memang istiqamah laa ambik kedua dua rawatan ni. Hehehehe. sampailaa hari ambik darah, dan hari jumpa doktor, dapat result. Miracle happened, bacaan tiroid saya turun separuh dari bacaan sebelumnya. Hasil saya konsisten makan PTU + Set Menyusu Shaklee + Vivix + Gla Complex + Omega Guard. Rasa macam tak percaya tapi itulah kenyataannya.

Saya terkejut sebab bacaan tiroid saya memang menurun secara sangat drastik. Lebih dari separuh berbanding bacaan sebelumnya dan tak pernah pun sebelum sebelum ni saya dapat bacaan macam tu sepanjang saya makan ubat tiroid.

Alhamdulillah. Ada harapan. Saya senyum. Memang agak mengejutkan. Syukur seribu rahmat. Saya memang nak ikhtiar yang terbaik untuk masalah tiroid ni. Saya tak mau rely pada ubat 100%. Tapi dah prosedure hospital kene buat rawatan, so saya follow jelah.

Walaupun dalam treatment tiroid, susu badan saya tak terjejas. Malahan banyak sangat improve berbanding anak pertama. Kalau masa anak pertama, pump susu dapat 3-4 oz je, tapi masa anak kedua, 8-9 oz tu biasa je. Kualiti susu pun berbeza.

Tak salah untuk kita mencuba dan ikhtiar pada supplement untuk masalah kesihatan kita. Supplement bukan ubatan, tapi ia menampung nutrisi badan yang kurang. Hasilnya, susu badan saya sangat meriah berbanding anak pertama dulu. Walaupun masa anak pertama dah consume Shaklee, tapi tak lengkap sepenuhnya.

Rasa sangat bersyukur dan sebolehnya saya nak bantu lagi kawan kawan yang ada masalah tiroid semasa hamil dan selepas hamil, jangan pernah berputus asa untuk survive kurangkan masalah tiroid kita.Berusaha dan ikhtiarlah sebaiknya sebelum kita give up. Jangan lupa juga, jalani rawatan dihospital sebaiknya. InsyaAllah.

Jika ada kawan kawan tiroid saya yang mengalami masalah yang sama yang perlukan perkongsian dan bantuan dari saya, jangan malu jangan segan boleh hubungi saya ditalian 6019-2872442. Insyallah saya bantu mengikut apa yang saya lalui dengan bantuan supplement Shaklee jugak.

Yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T, yang kurang elok tu datang dari kelemahan diri saya sendiri.
Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

06 September 2016

Set Gorgeous Shaklee Untuk Kesihatan Remaja Teruna Dan Dara.

Bulan ni masih berlangsung kempen wanita shaklee. Kempen wanita, kaulah segalanya ni memberi penghargaan kepada semua wanita, dari usia remaja hinggalah ke peringkat usia emas. Betapa penting penjagaan kesihatan oleh kaum wanita. Merekalah tunjak utama sesebuah keluarga. Betul?

Walaupun namanya kempen wanita, lelaki juga sebenarnya dihargai kerana disebalik kejayaan seorng wanita, ada lelaki disebalik mereka. Yer baiklaaa.....

Kempen wanita shaklee tertumpu pada 4 peringkat usia. Bermula dari peringkat pertama, iaitu remaja dan wanita belum hamil bekerjaya, kemudian ke peringkat kehamilan, selepas hamil dan peringkat usia emas.

Disini, shaklee tekankan kepentingan nutrisi bagi setiap peringkat usia.So, hari ni, entry kita fokus pada peringkat awal, peringkat pertama para si dara si teruna selepas memasuki usia matang.

Set Gorgeous Shaklee

Set Gorgeous Shaklee Untuk Kesihatan Remaja.

Set Gorgeous ni fokus pada keperluan nutrisi di peringkat remaja. Yang belum berkahwin, atau yang dah kahwin tapi masih belum memasuki peringkat mak ayah orang.

Masa peringkat ni, si dara dan si teruna mengalami perubahan hormon yang tak menentu. Kalau perempuan, datang bulan, yang laki suara dah bertukar garau. 

Waktu ni agak kritikal sebab badan baru nak develope. Bahasa mudah laa kan. Hormon carca marba. Stress belajar, habis belajar , nak cari kerja. Nak kahwin and settle down. Ewaaahhhh. Banyak hal. Energy perlu tiptop. Sebab nak guna kuderat banyak, buat kerja masa muda muda ni. Nak kumpul duit.

Macam macam ada dalam kepala otak kan. Betul betul? Masa ni badan perlukan diet makanan seimbang dan nutrisi yang cukup untuk kekalkan tenaga dan kecergasan minda fizikal dan mental.

Set Gorgeous shaklee untuk kesihatan remaja adalah solusi bagi mereka yang tengah cari suplement untuk kekal sihat pada peringkat usia remaja.

Set gorgeous shaklee tawarkan supplement keashatan dalaman seperti ESP, VITAMIN C, VITALEA dan GLA COMPLEX. Jom kita lihat manfaat produk SetbGorgeous untuk kesihatan remaja zaman sekarang.

ESP:
- membekalkan tenaga segera pada badan.
- sumber protin soya non-gmo bagus untuk kulit, kuku, rambut dan juga kesuburan.
- mengatasi masalah kukit jerawat, kulit kusam, kulit berminyak dan parut jerawat.
- low glisemik indeks sesuai untuk dinikmati oleh pesakit diabetes.
- tiada kolesterol.
- menganjalkan otot otot badan kerana esp mengandungi asid amino yang tidak dapat dihasilkan oleh badan.

Vitamin C :
- kuatkan sistem imun badan.
- membantu antibodi badan lebih kuat untuk menentang penyakit.
- bertindak sebagai anti-histamin untuk bunuh bakteria.
- membekalkan kolagen keseluruh badan.
- khasiat vitamin c dilepaskan setiap sejam didalam badan selama 5 jam.
- sebiji tablet vitamin c bersamaan dengan 7 biji setengah buah oren.
- bertindak sebagai antioksidan bagi menentang radikal bebas dalam badan.
- vitamin larut air yang diperlukan oleh badan setiap hari dimana badan kita tak mampu hasilkan vitamin c dengan sendiri.

Vitalea:
- multivitamin pertama di dunia
- sumber pemakanan untuk sel badan yang sihat.
- lengkap dengan iron formula untuk kawal hemoglobin dalam badan.
- mengandungi semua vitamin dan minerals asas yang diperlukan oleh badan.
- kadar serapan yang cepat kedalam badan (kurang daripada 60 minit).
- mengurangkan rasa letih dan lemau badan.

GLA COMPLEX :
- omega 3 fatty asid yang diperlukan oleh badan untuk kesuburan dan kecantikan.
- membantu baiki masalah kesuburan lelaki dan wanita.
- bagus untuk kesihatan kulit.
- mengatur aturan hormon dalam badan secara normal.
- kandungan gla (borage oil) lebih pekat berbanding evening primrose oil (epo).

Set Gorgeous ni memang sangat bagus diamalkan dari muda remaja untuk kekalkan kesihatan selepas berkahwin sehingga ke usia emas.

Jadikan Set Goegeous Shaklee sebagai rutin harian anda untuk kesihatan dan kecantikan awet muda. Badan yang bertenaga dan cergas bermula dengan sel yang sihat.




Boleh hubungi Lieya untuk dapatkan promosi harga ESP dan Vitamin C, dan harga terbaik Set Gorgeous Shaklee ni.
Hubungi nombor +60192872442


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

26 May 2014

SET KESUBURAN SHAKLEE UNTUK BERJAYA HAMIL

بسم الله الرحمن الرحيم, Ø§Ù„سلام عليكم



Selamat pagi semua. Lama sungguh menyepi dari ruangan ni. Dah nak berkulat page dah. Heheheh. I olsss busy sedikit menyelesaikan beberapa perkara penting.

Ada berita gembira yang ingin dikongsikan bersama pembaca page sekalian. Begin the day, monday blues with good news. Alhamdulillah, rakan saya merupakan downline saya juga memberitahu bahawa kawan dia telah disahkan hamil. Kawannya telah menggunakan set kesuburan shaklee untuk hamil sebagai salah satu ikhtiar mereka untuk mendapatkan cahaya mata pertama mereka.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

18 April 2014

DIRIKU TERSUBUR DENGAN GLA COMPLEX

بسم الله الرحمن الرحيم, Ø§Ù„سلام عليكم


First of all, hopefully post tittle tak overclaim. Sebab now p&r ada guideline tentang jangan overclaim produk lelebih.

Tapi kenapa aku boleh mengeluarkan statement begitu? Hahihohahiho. Gelak bakal jutawan. 

Al-kisah bermula apabila aku nak cuba produk shaklee yang seterusnya iaitu GLA COMPLEX. Hasil diskusi dengan kawan-kawan dalam group whatsapp Shaklee, and through pengalaman seseorang dalam group tu jugak yang mempunyai masalah kesihatan yang sama dengan aku, dia suggestkan aku try consume Gla Complex ni. 


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

24 February 2014

VITAMIN UNTUK KULIT

بسم الله الرحمن الرحيم, Ø§Ù„سلام عليكم

dambaan setiap wanita untuk memiliki kulit sehalus dan segebu bayi.

KULIT CANTIK

Bila sebut je pasal cantik, mesti kita imagine dah  sorang pompuan yang kulit dia putih melepak, lesuh, tak de cela kat muka, rambut blonde, perghhh bila dia lalu tepi kita, hmmmmm wanginyeeeeee. Dahi licin beb, kedut pun takdak. Ni msti guna vitamin kulit yang mahal ni. Alhamdulillah atas kurniaan ciptaan Illahi sebegitu sempurna. Tapi jangan pula di salah gunakan pulak kan. :) Perlu sentiasa bersyukur dengan apa yang dipinjamkan untuk kite. Wah gituuu....

Tidak bagi sesetengah lelaki dan perempuan yang mengalami masalah kulit seperti jerawat dan jeragat contohnya. Group kumpulan ni akan lebih menholdkan diri mereka ke belakang apabila bercerita pasal kecantikan ni. yerlaaa, maybe dierang rasa rendah diri sebab kulit mereka bermasalah dan mereka rasa kurang berkeyakinan bila berhadapan depan khalayak ramai.

FAKTOR MASALAH KULIT BERLAKU

  1. Pancaran matahari - elakkan mendedahkan kulit anda pada pancara matahari secara langsung. Ia akan merosakkkan struktur kulit oleh sinaran matahari tersebut.
  2. Pencemaran - pencemaran air dan udara yang berleluasa pada zaman sekarang. Kite terdedah dengan free radikal yang berada dalam udara sekeliling kita.
  3. Penggunaan bahan kimia yang berlebihan seperti yang ada dalam alat pencuci muka.
  4. Penjagaan kulit yang kurang bersih dan tidak mencuci make-up sebelum tidur.
  5. Stress yang berpanjangan.
  6. Merokok dan minum minuman beralkohol berlebihan.
  7. Cara makan yang tidak sihat dan tidak seimbang.
  8. Allergy/ alahan kepada makanan tertentu seperti seafood.

VITAMIN UNTUK KULIT

Banyak produk untuk mencantikan kulit dan mencerahkan kulit berada di pasaran sekarang. Lambakan produk di kedai dan pasaraya, juga toko-toko menjual jamu dan ubat-ubatan membuatkan semua orang teruja untuk mencari vitamin untuk kulit masing-masing. 

Tapi harus di ingat, pemilihan vitamin untuk kulit sangat penting. Ia bukan lah seperti membeli baju atau buah-buahan di pasar. Kita harus tahu mengenai sesuatu produk tu dulu sebelum menggunakannya. Tahu apa isi kandungan yang ada dalam vitamin atau produk mencuci kulit dulu. 

Kebanyakan orang sekarang lebih gemar menggunakan supplement berbentuk  kapsul dan minuman kesihatan. Tidak di nafikan , hasil dan kesan yang di dapati selepas penggunaan ada sesetengahnya seawal seminggu sudah menunjukkan hasil yang positif.  Bergantung kepada vitamin untuk kulit tersebut. 

Pilihan saya: VITAMIN UNTUK KULIT saya adalah SET SKIN dari SHAKLEE.

Kenapa saya memilih SET SKIN SHAKLEE sebagai vitamin untuk kulit saya adalah kerana ia SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN. Saya mempunyai masalah kulit sensitif, oily dan berjerawat sehinggakan meninggalkan parut dan lubang-lubang halus di pipi. Saya tak menggunakan sebarang skincare dipasaran kecuali produk Safi ( tu pun sebab adik saya pengguna tegar Safi dan kulit muka dia sangat kebaby-an) Alhamdulillah kulit saya kurang berjerawat dan berminyak. Tapi parut jerawat masih berleluasa.

Saya menggunakan ESP Shaklee untuk breastfeeding anak untuk tambahkan susu. TAPI!!!

Satu keajaiban apabila saya menggunakan botol ke 3 ESP, saya realize yang parut jerawat saya makin pudar dan kulit kurang berminyak seperti dulu lagi. Saya tak mau laa overclaim lebih plak kang kata cakap saya ni nak lakukan produk. 

NO! THIS IS TRUE. Saya bukan nak lariskan produk saya guna tapi INI ADALAH YANG NYATA. Selain dari tu, saya mula mencuba VITAMIN C. Alhamdulillah jerawat dah sukar untuk hinggap di muka. Cuma adalah satu dua Miss J tumboh bila nak dekat dengan period kan. Selebihnya tak lagi macam dulu. (TAK PERCAYA TANYA BAPAK MERTUA SAYA MACAM MANA KULIT MUKA SAYA DULU) hahahaa...

Ada a few produk of Shaklee juga saya guna antaranya GLA complex, tanpa saya tau, Gla complex juga bagus untuk kulit sebab ia mengandungi VIT E dan mengawalatur hormon badan kita. 

SO!  I AM NOT OVER CLAIM THIS PRODUCT HERE, TAPI ini adalah betul2. Set Skin Shaklee adalah vitamin untuk kulit yang patut anda dapatkan sekarang! Rugi kalau siapa tak cuba. Saya dah cuba. Anda bila lagi?


Harga pengenalan:

B-COMPLEX - 120biji RM53.75
SR VITAMIN C - 180biji RM92.50
GLA COMPLEX - 60biji RM91.25
VITAMIN E - 120biji RM149
ESP - 850g RM150

Kecantikan bermula dari dalam. Rawat dalaman, rawat luaran, Insyallah kecantikan terserlah bagi kedua-duanya. 

Yang pasti, Rawatan yang paling berkesan mencantikkan diri kita adalah, amalkan pengambilan wuduk dan sentiasalah berwuduk dimana sahaja bilabila masa :)

- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - 

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER