بسم الله الرحمن الرحيم, السلام عليكم
Trip Langkawi masih terasa. Diteruskan dengan hari ke-2 yang lagi best dan seronok. Asyik2 seronok dan best je. Hmmm TAK APELAA.
Hari ke dua kami start our day lambat sikit sebab kasi tidur lebih sikit. Hari first letih sangat dah sampai terus beraktiviti. Hari ke dua kami ke Cable Car dan Shopping kat Kuah. Since Hari kedua tu hari Jumaat, Langkawi cuti hari weekend, sama macam Terengganu, So pergerakan orang agak kurang sesak. Tapi kat cable car boleh tahan jugak ramai tourist.
OK, talking about tourist, saya ngan husband 'koya' perasan tourist jugak. U know why? sampai kat ticketing area, nak beli tiket masuk naik cable var, orang yang jaga tiket cakap omputih ngan kami, kami tunjuk mykad kami. Kakak kat kaunter tu siap tengok atas bawah kat kami. Hahaha.
