06 September 2012

DUGAAN....

ﺍﻠﺴﻼﻢ ﻋﻠﻳﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﷲ ﻮﺒﺮﻜﺎﺘﮫ

selamat tengah hari kepada diriku yang menulis blog ni. sebab aku xpasti sapa lagi yang baca blog bleg aku ni. selamat hari raya maaf zahir batin since hari raya still in the mood. so straight to the point. today pagi me n hubby went to the klinik ibuanank kat gombak. nak tahu keputusan tiroid aku laaaa. so dengan gagahnya seawal pagi aku bangun bersiap-siap takut la lambat pergi klinik tu. yerlaa klinik kerajaan mesti ramai orang berderu-deru. so, pukul 7.30 pagi aku dah keluar dari rumah terus tuju ke destinasi.

walaweeiiiii, sampai je nak masuk parking, hubby cakap 'yang, kite dah lambat ker ni or memang orang sokmo ramai cam gini'. aku senyum je. tapi that time lagi 10 minit mau pukul 8 pagi. haiyaaakkkkk. dalam hati aku ni terdetik laa mentang-mentang la klinik kerajaan free, sokmo ramai orang. menengung!

so, bila da masuk klinik tu letak buku dalam bakul pastu tunggu laa nak 'fairus emilia' dipanggil. dengan ditemani si suami yang sentiasa disisi setiap kali aku pergi klinik buat check-up, kami pun bersembanglaaa tengok ragam orang kat situ and tengok baby and budak-budak duk berlari kat situ. sampaila nama aku disebut mula-mula kene pergi ambik air koncing dulu. nasib baik laa time tu aku memang nak melepas pun.  sesuai dengan waktunya. da lepas cek urine, aku kene timbang berat and ambik blood pressure. alhamdulillah naiklaa 2 kilo dari check-up yang lepas. 45.5kg jeeewwwww...

after nak dekat 20 minit jugaklaa nama dipanggil seterusnyaa, aku pun masuk dalam bilik doktor lagi sekali.  doktor tengok la buku pink aku tu, dia pun tanya laa a few questins and dia bacakan result tiroid amek darah before raya tempoh hari. hmm, result dia posotif laa ada tiroid. doktor pun cek lehar semua and ukur besar binjil tu brape cm. hmmm aku pun mula laa down sikit2 walopun depan doktor aku senyuummmmm je melewek. kononnya be strong la mc yaa ni. 3 orang doktor yang tengok kes ni. wow!

doktor cakap hormon tiroid ni tinggi. doktor tanya lagi laa soalan-soalan yang aku jawab dengan cool nya. dia tanya ada rasa panas tak bila duduk dalam bilik air-cnd, pastu ada rasa nak marah-marah or not, badan kurus susut banyak tak. aku pun tanya jugak doktor soalan yang aku nak tanya kan. doktor jawab akan effect baby mcm baby boleh mati dalam kandungan or boleh jadi keguguran. ohhhhh noooo time tu tuhan je tahu perasaan ni. tapi dengan kekuatan yang ada, berpaksikan kekuatan  dari Ilahi, aku kuaykan diri, jika rezeki tuhan maha kaya, Dia akan berikan zuriat yang sihat pada aku.

so lepas settle semua dengar apa doktor cakap, aku pun angkat bontot cauuu, tapi sebelum balik office lagi sekali kene pergi ambik darah kat klinik ibuanak sri rampai. adoooiii. da la tak makan pagi, mood mula la bergejolak. hubby plak start sleepyhead dia. dengan hati yang berat aku pun drive laa pergi ke klinik ibuanak sri rampai. da la paring susah, berderau jugak darah ni nak cari parking. pastu da masuk dalam klinik terus pergi jumpa sista baiyah untuk ambik darah. nasib baik kejap je. kalo tak memang aku serik jugak mau pergi klinik kerajaan. tapi apa boleh buat. sabar je laa.

hmmm. so da panjang bebel ni, aku malas dah nak bebel. just aku doa agar tuhan menyayangi diri aku dan anak dalam kandungan ini agar kedua-duanya selamat sehingga hari melahirkan. rezeki itu di tngan Dia, kuatkan semangat dan teruskan menjaga kesihatan. sekian,



ﺍﻠﺴﻼﻢ ﻋﻠﻳﻜﻢ ﻮﺮﺤﻤﺔ ﺍﷲ ﻮﺒﺮﻜﺎﺘﮫ
lieya7

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

1 comment:

  1. :((((

    semoga Allah meringankan dan memudahkan segala urusan, emi..... bersangka baik =)

    ReplyDelete

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER