29 January 2013

MY SCAN STORYLINE OF PREGNANCY

Salam untuk semua. Seperti sedia maklum, setiap kali pergi cek mengandung, saat2 paling xsabar tunggu adalah saat2 nak scan baby. Semua bakal2 ibu teruja lebih laa pada hari appoinment untuk scan tu. Y? Sebab first thing dalam fikiran bakal ibu2 adalah, baby boy or baby girl. Am I right?
For me, my first scan was on june 2012. On that time, saya di sahkan mengandung 6minggu. Syukur rezeki tuhan berikan. Lepas tu my second scan was 3month after my first scan. Just to check pembesaran janin. So far semua ok. Alhamdulillah. Everything goes normal according to the stage of pregnancy. Lepas da scan semua. Doktor kat klinik set semula beberapa appointment untuk monitor perkembangan janin. Syukur.semuanya normal. Besar, berat, panjang, jantung baby semua di cek bagi memastikan janin membesar dengan sihat. Memandangkan ibunya ada masalah tiroid, so lagi menyulitkan lagi prosedure pemeriksaan. Tapi ini semua adalah dugaan.
Hari berganti hari bulan berganti bulan, sampai laa bulan ke tujuh aku mengandung. Orang cakap time ni da boleh bersalin sebab roh dah ada. Nak dibuatkan cerita, satu malam masa ni aku baru pindah terengganu, follow suami, rasa sakit perut semacam. Mula2 aku tido tiba2 terjaga sebab perut memulas yang amat. Nak kata rasa nak buang air besor pun tak, sakit nak beranak pun xpernah rasa. Laki aku time tu kuar pulak. Adooiii. Cepat2 call dia suh balik umah, takut panic punya pasal. Time ckp phone, laki aku suh pergi toilet. Macam dia tahu sakit ni nak buang air. Hahaha. 5 minit dia sampai trus dia tanya da buang air belum. Aku cakap dah tapi xkuar pape pun. (kotor sket ni). Dia pun amek ubat yuyi sapu2 n gosok2 blakang aku. Pastu rase lega sket. Mak mentua aku pulak cakap, takkan da nak bersalin kut. Baru berapa bulan. Aku mampu senyum jelaa. Sib baik sakit tu time aku kat ganu suami ade. Kalao la masih kat KL xtau la mcm mane. Nangis kut terus. Haa tu first panic attack aku dapat rasa sakit semacam time mengandung. Dalam masa 7bulan jugak, aku dapt first fever. Xpernah2 nak demam tetiba boleh plak demam. Suhu jgn cakap laa, nak 40 degree la. Cuak semacam bila anak dalam perut gerak xaktif. Risau semacam laa. Trus pergi klinik amek ubat. Tu pun paksa jgk la telan ubat. Takot laa nak makan sebarangan ubat kan sebab kang effect baby pulak. Tp dokt da kasi ubat yg sesuai untuk ibu mengandung. Haaaa, nak jadikan cerita, time pergi klinik ni laa aku amek kesempatan nak scan jantina. Hahaha tp unfortunately just scan je xdapat print paper yg scan tu. Xpelaa. Semangat punya pasal nak tau baby boy or girl. Name boy dah ada tp girl xde lagi. Hahaha scan punya scan tau laa jantina baby. Tp dokt cakap xpasti sebab dia duk posisi yg xmenampakkan jantina dia. Ok fine baby, xmo tunjuk kat ummi n abah. Kami tunggu jelaa sampai baby kuar. Pastu mula laa susah nak cr baju. Hahaha. Nasibla sygku.
Da panjang crite pasal demam semua, panic button pun terpress, hari2 berikutnya dilalui seperti biasa. Pergi checkup kat klinik ibu anak n refer jgk hospital for tiroid. Letih jgk laa. Masa ditunggu pun da tiba. Masa untuk scam kali berikutnya. Kononnya last scan laa. Set tarikh bagai semua. Pergilaa aku dengan yakinnya untuk jumpa doktor. Cek tiroid n perut sekali dgn scan. Time ni dah masuk 36 minggu. Means 9bulan. Anytime boleh beranak. Bila namaku dipanggil, ada la berita baik n xhappy diterima. Yg baik dulu laa. Tiroid ku da back to normal.  Xperlu lagi mkn ubat. Stop da ubat tiroid sebab takot tiroid jd rendah no good jgk untuk baby. N yg xhappy tu bila doktor cakap anakku breech. Or bahase mudah anakku duduk menyongsang. Kepala xturun pada kedudukan normal. Adoii sayangku. Da 36 week masih xpusing normal. Ummi xmo operate kalo boleh sebab abahnya cakap nak anak ramai. Hahaha. Doktor pun decide untuk buat scan lg terakhir sekali bila da masuk 37 week. Time tu kalo baby xpusing normal pada kedudukannya, we need to decide samada nak operate or buat urutan untuk pusingkan kedudukan baby. Dokt suh doa banyak2 supaya baby pusing elok. Adooiii. Lemah semangat aku dgornye. Time tu mula la google masalah tentang baby sobgsang ni. Macam2 cara laa ade untuk buat baby pusing pada kedudukan asal. And ada satu artikel yg menarik perhatian ku. Sebelom ni mcm2 la baca kan tp artikel ni cukup simple n mudah n sgt logik untuk diterima pakai. Kedudukan sujud ketika sembahyang dapat membetulkan posisi bayi songsang. Tp bagi aku ini semua dengan izin Allah S.W.T. Aku pun yakin dan berdoa agar apa yg aku inginkan dimakbul Illahi. Ini semua kuasa Dia. Sebelom ni aku solat duduk sebab perut da menghalang pergerakan ku. Tapi dengan tekad dan kesungguham aku gagahkan jugak untuk solat berdiri macam biasa kadang2 tu. Sebab da niat dalam hati nak sujud betul2. Usaha doa dan tawakal. Itu yang aku pegang. Sehinggala sampai waktu satu malam tu aku pergi tido umah makcikku. Sebab family aku dr KL dtg Ganu. Makccikku ni bidan or nurse. Dgn terus aku suruh dia cek perut. Dengan kuasa Allah, bila makcikku pegang perutku, dia cakap kepala baby da masuk kat laluan bersalin. YaRabb sesungguhnya tiada yang lebih agung dan berkuasa melainkan kuasaMu. Syukur sangat2. Xterkata apa yg perlu dikatakan. Suamiku hanya mampu tersenyum. Esoknya hari scan kat hospital. Dengan terbuka hati aku pergi scan dengan harapan jgk agar apa yang makcikku cakap tu benar semuanya. Dengan sabar aku tunggu giliran. Sampai je turn aku. Nurse yg scan cakap baby da kepala kat bawah. Dia pun tunjuk screen scan. syukur semuanya. Hati kembali girang. And ada satu berita gembira yg kuterima. Tapi biarla ku simpan sehingga tiba masanya. Tiada apa yang paling berkuasa melainkan Tuhan yang maha esa.
selesai semua checkup, aku pun pulang. Family aku pun nak balik KL da. Ibu aku cakap sambil pegang perutku, tunggu wan balik raya cina baru baby kuar. Hahaha aku hanya mampu tersenyum. Mulai pada hari tu, aku sentiasa berdoa agar kedudukan bayiku ini tetap sehingga hari melahirkan. Semoga semuanya selamat dan bayi yang bakal lahir ini sihat sempurna. Amin.
da panjang entry kali ni. Da cerita semua pasal scan, kite jumpe untuk next entry pulak k. Entah2 pasal baby trus. Ok. See u soon.
regards,
lieya7

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER