04 May 2017

Klinik Pakar Kanak-Kanak Desa Melawati Pilihan Terbaik Untuk Rawatan Si Manja.

Sekarang ni musim anak anak tak sihat. Anak anak kak lia pun dah berjangkit tak sihat dari sepupu mereka. Bila anak tak sihat, hati mak ni cepat gundah gulana. Anak tak sihat,  meragam lagi, risau dihati hanya mak saja yang tau.

Last week hanna dah start demam. Panas badan. Kak lia beli paracetamol di farmasi je. Biasanya sekali dua makan ubat, demam dah kebah. Tapi kali ni, tak tau lah virus apa yang kebal sangat, susah betul nak baik demam.

Panas on off . Bila malam je, badan panas. Siang hari ok je. After 3-4 hari masih lagi tak ok, kak lia decide bawak anak anak kak lia ke klinik.

Kebetulan kak lia dirumah parents dah masuk 2 minggu ni, kak lia akan bawak anak anak ke klinik pakar kanak kanak dekat rumah mak kak lia ni.

Klinik pakar kanak-kanak Desa Melawati pilihan keluarga kami.


Kakak kak lia yang intro pasal klinik ni pada kak lia. Dia memang suka bawak anak anak dia pergi klinik pakar kanak kanak Desa Melawati kalau anak anak tak sihat.

Pintu masuk Klinik Pakar Kanak Kanak Desa Melawati.

Ubat yang klinik provide sangat sesuai dan dengan izin Allah juga, anak anak nampak selesa dengan treatment di klinik pakar kanak kanak Desa Melawati ni.

Kebetulan, doktor yang merawat, Doktor Hasmah ni client ibu masa di Ar-Rahnu emas di Agro Bank.

So satu family memang akan ke klinik ni jika anak anak tak sihat.

Kalau nak pergi ke klinik ni, kene awal awal pagi. Sebelum klinik buka, parents dah beratur panjang luar klinik. Semalam, masa kak lia sampai, daftar je, kene tunggu 8 orang sebelum nombor rawatan kak lia 

Kak lia pernah bersembang dengan parents yang datang, ada yang sejauh dari Cyberjaya datang ke klinik pakar kanak kanak Desa Melawati ni untuk dapatkan treatment untuk anak anak mereka.

Memang review dari parents, mereka sangat berpuas hati dengan servis dan bekalan ubatan yang disediakan. 

Walaupun kos rawatan agak pricey berbanding klinik biasa, tapi bagi kak lia, biar lah sekali rawatan, cek dari A-Z. Puas hati.

Rawatan yang disediakan di Klinik Pakar kanak kanak Desa Melawati.

Antara rawatan yang kak lia dapatkan seperti berkhatan anak perempuan, vaksin anak anak dari baby dan rawatan skait demam seperti biasa.

Kak lia suka pergi klinik pakar kanak kanak Desa Melawati ni sebab, anak demam je, dia akan terus bagi nab, on antibiotik dan terus bagi rawatan yang dikira  terbaik untuk kurangkan demam anak anak.

Semalam pergi klinik, hanna kene nab, dan masuk ubat bontot. Kak lia rasa, kalau ke klinik biasa yan kak lia pernah pergi, doktor bagi ubat ubatan jelah.

Alhamdulillah lepas masuk ubat bontot, suhu terus turun. Pastu turn husna bersunat pulak. Doktor Hasmah siap explain lagi prosedur yang akan dibuat. After 5 minit, semuanya selesai.



First nabuliser hanna sepanjang 4 tahun

Dibilik rawatan sedut gas.



Part of mainan yang ada dalam klinik.




Ada mainan dan info info di dinding klinik supaya anak anak dan parents dapat sesuatu bila datang ke klinik.

So, bagi ibu bapa yang mencari klinik terbaik untuk anak anak anda, kak lia cadangkan untuk pergi ke Klinil Pakar Kanak kanak Desa Melawati ni , salah satu the best klinik untuk anak anak kita dapatkan rawatan.

Doktor pun lembut je, baik dan staf staf semua sangat membantu.

Doktor Hasmah with anak anak
Dan kak lia.

So, kat mana klinik pakar kanak kanak Desa Melawati ni?

Of coz laa di Desa Melawati Kuala Lumpur. Waktu rawatan seperti dalam gambar kat bawah ok.

Waktu operasi Klinik.

Alamat, lokasi klinik pakar.

Servis yang disediakan meliputi ibu dan anak.


Tempat, lokasi dan waktunya dah tau, so lepas ni mak mak bolehlah datang untuk dapatkan rawatan yang terbaik.

Harga? Seiring dengan kos dan juga rawatan yang dikenakan. Ubatan yang dibekalkan pun yang terbaik.

Ubat demam, antibiotik, selesema, batuk dan
Ubat husna.

Antara bekalan ubatan yang dibekalkan untuk anak anak kak lia. Siap ada free gift sample susu ok. 

Terima kasih kepada Doktor Hasmah and the team. Semoga jasa kalian untuk terus berbakti kepada anak bangsa dibalas sebaiknya oleh Allah s.w.t. Insyallah. Amin.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER