04 January 2018

Pengalaman Melancong Keluar Negara Umpama Mimpi Jadi Realiti.


No man is brave that has never walked a hundred miles. If you want to know the truth of who you are, walk until not a person knows your name. Travel is the great leveler, the great teacher, bitter as medicine, crueler than mirror-glass. A long stretch of road will teach you more about yourself than a hundred years of quiet. Patrick Rothfuss

Jauh Berjalan, Luas Pemandangan. Gitulah orang melayu cakap. Sesekali keluar dari kawasan lingkupan hidup kita, rasa lebih fresh dan rasa recharge energy bateri badan kita. Ewaahh. Kisah pengalaman kak lia sendiri, pertama kali melancong ke luar negara memang satu moment yang takkan dilupakan.

Dulu masa study architecture UPM,  moment paling syok bila ada study trip. Sebabnya? setiap sem kami satu studio akan travel ke negeri negeri untuk buat site visit. Study case untuk final projek.


Moment paling kak lia ingat adalah, kak lia berpeluang ke Hong Kong dan Macau. Masa tu tahun 3, final year dah. Tu adalah trip luar negara yang pertama dalam hidup kak lia. Mulanya kak lia tak join trip tu tapi rezeki kak lia dapat join trip last minit.

Time tu semua loan PAMA, Mana ada duit nak gi jalan jalan oversea. 
Tapi tu lah trip yang sangat terkesan dekat hati kak lia. The first and very unforgetful. Kenapa kak lia cakap tak boleh lupa? Ada story disebalik trip ke Hong Kong. 


  1. Bergaduh dengan penjual baju kat street market (lupa dah kawasan tu nama apa) seba dah pilih baju untuk cenderahati adik adik, tapi disebabkan tak ada size, last minit kak lia cancel order. Peniaga tu naik hangin laaa sebab duk layan cari size baju itu ini. Hahaha
  2. Berdua dengan Azlin dari hotel kami menginap,  pun lupa nama kawasan hotel, redah town Hong Kong,  nak cari Masjid Kowloon & Islamic Centre. Geng yang lain jalan dulu  kami gamble berdua, perghhh tanya orang, pastu jumpa Indonesian, dia yang guide kami ke Masjid tu. Sampai kami berdua mat Masjid Kowloon, geng besar termasuk lecturer tak de kat situ. Cuak beb. Rupanya dierang segerombolan naik cruise, kami dua orang naik train. 
  3. Sesat sekejap dalam bangunan. Ni paling takut. Kak lia tak sedar kawan kawan lain dah keluar bangunan. Tinggal kak lia sorang je masih dalam bangunan. Mujur kak lia perasan group studio kat luar jalan. Kalau tak, ku keseorangan laa. 
  4. Sampai Hong Kong dalam waktu petang. 2 hari tak jumpa nasi. Hari ketiga kalau tak silap, baru lecturer bawak kami ke restoran Halal ada sajian nasi. Kak lia bedal 2 pinggan nasi, lauk? Kari ikan. Tak pernah suka kari, disebabkan nasi punya pasal, 2 pinggan kak lia melantak. 
Moral dari trip Hong Kong, sila hormat adab membeli belah. Dont trust anyone yang kita tak kenal tapi sentiasa  bersangka baik dengan orang. Acaner tu? Lagi satu, jangan memilih makan, ko tak suka kari, jangan expect menu singgang budu ada kat tempat orang.

Next trip oversea kak lia ke Bandung, Indonesia. Time tu kak lia join kawan kawan. Kami plan ke Bandung jalan jalan. Best seronok sebab pergi dengan geng, Free and Easy. Shopping sakan. First time rasa free sangat hidup ni. Hahaha.

Kat Bandung apa yang best bilamana pergi ke tempat tempat seperti Tangkuban Perahu, Hot Spring Bandung. Shopping Kartika sari. Pergi Kawah putih. Kat Bandung ni, terasa sekali bila melihat keindahan bumi Allah. Bukit, gunung ganang, sawah, dan orang orangnya yang pelbagai ragam.

Setiap destinasi yang kak lia kunjungi ada yang terkesan dihati. Bila pergi melancong, ia satu pengalaman yang menjadi pengajaran untuk hidup kita bila kita melihat negeri orang, budaya dan life penduduk disesebuah tempat. Pemuzik jalanan sana sini, hiburkan pengunjung restoran, food best. 

Tu cerita bab luar negara. Kalau dalam negeri, first time bercuti dengan suami dan anak sorang, masa tu kak lia hamil 6 bulan. Seronok bila travel dengan anak, kita pergi ke sesuatu tempat tu, untuk beri pelajaran dan pengajaran pada anak anak untuklebih menikmati keindahan bumi Allah. Syukur Allah kurniakan rezeki kepada kita, ada anak dan bawak family bercuti. Lebih mengeratkan lagi kasih sayang ahli keluarga sebab kita akan sentiasa rasa nak protect family kita daripada perkara buruk berlaku bila kat tempat orang.

Apa yang kak lia dapat lihat, macam mana kehidupan kita ni sangat dipengaruhi oleh gaya hidup kita setiap hari.

Masa di Hong Kong, penduduk kat sana sangat pantas kemana mana. Seperti sentiasa mengejar masa. Very disiplin. Bila lihat pada diri sendiri, alahaiii kak lia oii, ko sejenis relax and cool je.


Memang sesuatu yang sangat menyeronokkan bila kita ke tempat orang. Paling best, (sebenarnya banyak best), kita melihat ciptaan Allah dan sentiasa bersyukur dengan kehidupan yang ada.

Benar orang kata, bila kita travel ke tempat orang, kita akan lebih mengenali diri kita dan kita akan menjadi seorang storyteller pada kehidupan kita.

Where is NEXT? Pengalaman pergi keluar negara tu menjadi salah satu pemangkin untuk kak lia fight buat business shaklee betul betul. Kak lia nak fight untuk tiket free travel,  shaklee sponsor 100%. Shaklee berikan insentif Conference dan travel kepada ahli yang layak. Boleh angkut satu family lagi tau.

Berniaga shaklee pun boleh travel free. Macam tak percayakan? So bagi anda yang suka travel, at the same time boleh tambah duit poket, business shaklee ada segalanya. Insyallah.

So, jom sertai kak lia dan team kak lia, ShaklieyaGroup kita fight tiket free  setiap tahun. Kita sesama ronggeng free.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER