As salam.
Post harini regarding to Health and Wellness Talk Shaklee pada 14/10/16 tempoh hari. Tajuk kali ni membincangkan tentang kepentingan sistem lapisan pertahanan badan dimana sekarang Shaklee sedang melancarkan kempen #shakleeimmunity sehingga bulan November. Ia bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sistem imun badan bagi kuatkan badan menentang patogen.
Tanpa kita cakap panjang lebar, jom straight to the topic lah yer. Persoalan yang bermain di fikiran saya sebelum masuk kelas Shaklee haritu, bagaimana sistem lapisan pertahanan badan melindungi badan daripada serangan pathogen jahat? Indah betul aturan Allah s.w.t dalam penciptaan manusia ni.
Patogen boleh memusnahkan badan tanpa sedar dan juga dalam masa kita sedar. |
Sistem lapisan badan kita ni dicipta indah oleh Allah s.w.t. Bayangkan kalau badan kita ni tak de protection menentang patogen, alamak lemah longlai macam apa daa. selang asehari baik demam, pastu sakit, berulang gitulaa. yer dok?
OK! Sistem pertahanan badan kita ni terdiri daripada 3 lapisan. Sikit je, 3 JEW! Tapi ia sangat memberi kesan dan impak yang besar kepada tahap kesihatan badan kita khasnya. Sel adalah struktur paling asas dalam badan yang akan membentuk menjadi tisu seterusnya menjadi organ. Organ organ akan membentuk satu sistem yang berfungsi menahan tubuh badan daripada serangan bakteria dan virus dan kuman dipersekitaran.
3 sistem lapisan badan terdiri daipada :
KULIT > DARAH PUTIH > ANTI-BODI
1) Lapisan Pertama (KULIT).
- Silia + Mukus.
Hidung pun ada sistem pertahanan tersendiri. Bebulu hidung tu fungsi dia nak halang debu dan kotoran masuk dalam alur nafas, peparu semua tu. Ingat sesaja ke ada bulu hidung tu. Untung sapa yang ada bulu hidung lebat. Jangan gatai nak shave noh. Kalau ada kelaur sikit sikit tu, trim jelah sipi sipi. Patogen yang masuk akan terkumpul pada lendir dan akan dikeluarkan melalui air liur,
- Air liur.
Enzim lysozyme dalam air liur akan pecahkan sel dinding patogen secara hidrolisis dan mematikan patogen sebelum masuk kedalam perut. Macam mana patogen boleh masuk mulut? Haaaa, dah korang selalu mendedahkan makanan tanpda bertutup dalam rumah. Lalat hinggap. Lalat bawak kuman, virus dari memana tah, singgah jap atas makanan korang.. Pastu korang pun ngap makanan masuk mulut. :)
- Asid perut (jus gastrik).
Patogen spisis bebal sikit ni, tak mati lagi walaupun dah 2 lapisan pertahanan dia lalu, bila dah masuk perut, ada juga polis bomba datang nak matikan patogen. Jus gastrik akan bekerja bagi mematikan patogen. Ia bertindak untuk pecahkan makanan yang dimakan dan sekaligus membunuh bakteria kalau ada dalam makanan tersebut.
Jika berlaku keradangan pada tubuh akibat kegagalan sistem lapisan pertahanan berfungsi dengan baik, badan akan bertindak balas pada keradangan tersebut. Badan akan mengalami KEMERAHAN, BENGKAK, PANAS dan SAKIT apabila disentuh.
2) Lapisan Kedua (DARAH PUTIH).
Jom kita tengok video bagi fahamkan bagaimana sel darah putih bekerja MEMAKAN segala anasir jahat si patogen yang masuk kedalam badan.
Bagaimana sel darah putih terhasil.
Bagaimana sel darah bekerja melawan patogen.
Tahukah anda !
Sel pembunuh semulajadi akan memakan virus seperti sel kanser yang masuk kedalam badan dan akan mengecilkan sel tersebut supaya tidak aktif.
Tahukah anda !
Vitamin C adalah sumber pemakanan untuk sel darah putih untuk bekalkan sumber tenaga bila bekerja. So amalkan makan makanan bersumberkan vitamin c untuk kuatkan sistem lapisan pertahanan badan peringkat kedua.
Vitamin A (carotenoid) berfungsi meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan lagi aktiviti sel darah putih.
Bawang Putih boleh merangsang penghasilan sel darah putih dalam badan.
Tumbuhan herba terpilih juga mampu untuk merangsang interferon semulajadi badan. Interferon (sejenis protein) bekerja sebagai alarm clock untuk memberitahu interferon lain apabila ada patogen jahat masuk dalam badan.
3) Lapisan Ketiga (ANTI-BODI).
Apabila virus yang kuat menembusi lapisan siste pertahanan ketiga, antibodi badan akan bekerja bagi menghalang patogen terus merosakkan badan. Anti-oksidan (resveratrol) yang tinggi dari sumber yang baik akan meningkatkan sel pembunuh semulajadi (natural killer cell) bagi membunuh sel sel yang sedang merebak.
Sel kanser adalah salah satu virus yang dapat menembusi lapisan sel pertahanan ketiga dan ia memerlukan antibodi yang kuat bagi melawan sel kanser tersebut.
Sel pembunuh semulajadi akan memakan virus seperti sel kanser yang masuk kedalam badan dan akan mengecilkan sel tersebut supaya tidak aktif.
CADANGAN PRODUK UNTUK KUATKAN SISTEM LAPISAN PERTAHANAN BADAN.
#shakleeimmunity kempen dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran prang ramai akan kepentingan menjaga sistem pertahanan badan. Antara produk yang disarankan adalah :
|
Supplement Sistem Lapisan Pertahanan Pertama |
Supplement Sistem Lapisan Pertahanan Kedua |
Supplement Sistem Lapisan Pertahanan Ketiga |
No comments:
Post a Comment