28 October 2016

Kebaikan Omega 3 Dalam Minyak Ikan Untuk Kesuburan Lelaki.

As Salam,
Petang petang syahdu nak hujan ni memang buat mata mengantuk. Tapi dengan tiba tiba tangan rasa nak menulis walapun idea masih lagi sangkut sangkut. Memandangkan promosi Omega Guard Shaklee untuk bulan Oktober hanya tinggal 4 hari saja lagi, so jom kita study dan menulis info mengenai manfaat dan kebaikan omega 3 yang ada dalam minyak ikan untuk kesuburan kaum lelaki.

Pagi tadi dalam duk scroll FB, terbaca info mengenai kebaikan omega 3 dalam minyak ikan Omega Guard khususnya untuk kesuburan kaum lelaki. Terima Kasih kepada Abang Joe Labu dari Blog DIET DIET SIHAT sebab menulis satu info yang sangat berguna kepada saya dan juga sahabat yang bakal membaca entri ni.

Melihat kepada trend zaman sekarang, banyak suami isteri yang PJJ selepas berkahwin. Suami disini, isteri disana. Ia tidak membantutkan mereka untuk bersama dan dikurniakan rezeki anak seawal tempoh setahun berkahwin. Tetapi, ada juga dikalangan suami isteri yang dah lama berkahwin, hampir 5-6 tahun, masih belum dikurniakan rezeki anak. Sesungguhnya rezeki anak itu dari Allah s.w.t, kita sebagai hamba mampu berikhtiar sebaiknya.

Kebaikan Omega 3 dalam minyak ikan untuk kesuburan lelaki. 

Tanpa sperma dari kaum lelaki, tak akan menjadi proses persenyawaan pada rahim wanita yang mengakibatkan kehamilan berlaku. So, bagi memastikan proses persenyawaan berlaku di ovari wanita, kualiti sperma yang kuat dan bertenaga diperlukan bagi menembusi ovum.

Ingat senang ke nak buat anak sampai jadi. Hehehe, hanya yang gagah perkasa saja yang akan menang pertarungan tau!

Bagaimana sperma yang berkualiti tu boleh mempengaruhi tahap kesuburan kaum lelaki. Ada 3 faktor yang mempengaruhi kesuburan lelaki seperti jumlah sperma, bentuk sperma dan juga pergerakan sperma. Jika salah satunya tidak berfungsi secara baik, ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi tahap kesuburan kaum lelaki.



Salah satu faktor yang perlu diambil kira adalah bentuk sperma. Bentuk sperma sangat penting kerana ia penentu kejantanan (kekuatan) sperma untuk berenang menuju ke telur wanita. Sperma yang kuat perlu lengkap dengan kepala, badan dan ekor. Setiap bahagian memainkan peranan masing masing dalam proses persenyawaan. 

Apa kaitan Omega 3 minyak ikan ni dengan bentuk sperma lelaki? Apa kebaikan Omega 3 dalam minyak ikan untuk kesuburan lelaki? Macam Abang Joe Labu tuliskan, omega 3 berkait rapat dalam kesuburan lelaki. Omega 3 dalam minyak ikan memberi manfaat dalam struktur bentuk kepala sperma. Macam mana tu?




Kepala sperma sangat penting apabila ingin menembusi permukaan telur wanita ( ZON PELUSIDA). Dalam banyak  ribuan sperma yang berenang ke telur wanita, bila sampai dipermukaan telur, hanya yang betul betul jantan akan menang. Bentuk kepala sperma yang muncung/tirus/bujur/tajam (sebentuk dengannya) lebih mudah menembusi permukaan telur wanita.

Ada logiknya disitu. Andai kata bentuk sperma tersebut lebih membulat, sukar nak meloloskan diri masuk ke dalam telur. Berbalik kepada kita belajar fizik ok. Hhahahahaha aku dulu budak belajar fizik, luas permukaan yang terdedah mempengaruhi tekanan yang terhasil. Maknanya bentuk yang tirus/ bujur lebih mudah menembusi sesuatu objek. SETUJU?



" Following these findings, in the new study the team looked at how sperm develops in DHA-deficient mice. The researchers determined that DHA plays a role in the formation of a structure called the acrosome on the head of the sperm. The acrosome is a pointy caplike structure containing enzymes that break through the egg's outer layers, enabling the sperm to fertilize it.
"The acrosome on top of this cone head is gigantic, it is a large sack containing lots of enzymes," Nakamura said. "When the sperm meets the egg, the acrosome bursts and it releases enzymes and helps the sperm penetrate into the egg."
The acrosome forms when many little bubbles of membrane (called vesicles) fuse together inside the sperm-to-be. These bubbles hold the enzymes the sperm needs to penetrate and fertilize the egg. When they come together they all fuse into one long sheet of membrane in the front of the sperm, forming a cap, the acrosome.
Without DHA, this membrane fusion doesn't happen. If the vesicles don't fuse, the acrosome doesn't get made and sperm maturation halts. At this point, the researchers only see sperm with round heads, not the cone-shaped heads of healthy sperm." - study researcher Manabu Nakamura, of the University of Illinois at Urbana-Champaign
Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika lelaki yang cukup nutrisi pengambilan omega 3 lebih subur berbanding yang tak amalkan makanan lengkap denga Omega 3.

Salah satu alternatif pemakanan omega 3 yang bagus diamalkan dalam diet adalah seperti pengambilan supplement/vitamin. Ia cara mudah dan selamat untuk diambil bagi memastikan khasiat omega 3 tu dapat diserap oleh badan seoptimum mungkin.


CADANGAN PRODUK UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI.





Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER