11 November 2016

Tips Dan Petua Kesihatan Yang Selalu Diamalkan Dalam Kehidupan Seharian.

As Salam.

Petua orang lama, tak lapokndeknhujan, tak lekang dek panas.
Orang dulu dulu memang banyak pantang larang dan juga petua yang dijaga bagi memastikan kesejahteraan keluarga mereka. Apa yang korang pernah ingat atau selalu dengar dari atok nenek korang dulu? Buat tu tak kena, buat ni tak kene. Macam macam kan? Kekadang rasa kelakar pun ada.

Yang lia ingat laa kan, kalau kita duduk atas bantal, bontot boleh jadi bisul. Selain tu, baby yang dalam pantang, jangan duk bagi pakai baju warna kuning or oren, takut demam kuning melarat. Hehehe. Kalau petua kesihatan pulak, minum air asam jawa, nak bagi suara best, kumur air garam nak kurangkan sakit gig dan ulser.

Apapun pantang larang, boleh ke tak boleh, semuanya untuk kebaikan diri kita jugak. Betul betul?

Jom kita baca lagi antara tips dan petua kesihatan yang selalu diamalkan oleh orang orang melayu kita ni dalam kehidupan seharian. Banyak tau. Tak dengar lagi tips dan petua kesihatan dari kaum cina dan india lagi kan?

Tips dan petua kesihatan yang selalu diamalkan dalam kehidupan seharian.

  • Masalah jerawat - kulit rambai tu keringkan pastu kita kisar halus. Sebatikan dengan air mawar, dan dibuat masker
  • Jerawat batu - tumbuk beras bagi halus dan dibuat masker. Rerajinlah sapu kat muka untuk kurangkan masalah jerawat batu.
  • Atasi rambut gugur - basuhkan rambut dengan daun bunga raya. Ramaskan daun bunga raya tu pastu sapu ke kat rambut.
  • Mengekalkan kecantikan - sentiasa amalkan bacaan surah Yusof. selain tu embunkan air semalaman pada malam jumaat, bangun pagi boleh minum air embun tu. hehehehe.
  • Kulit cerah dan licin - sental badan dengan limau nipis. Badan pun jadi harum tau.
  • Menegangkan kulit muka - buat masker tepung ubi kayu dan mentimun. sagat timun bagi halus. Campurkan 2 bahan tu dan dibuat masker.
  • Kurangkan batuk anak kecil - buat tepukan cuff pada sisi dada dan belakang. Make sure tepuk 30 minit selepas/sebelum baby makan atau minum.
  • Legakan cirit birit -  makan pucuk jambu batu, minum air rebusan ciku muda atau telan je pil chi kit tek aun. :)
  • hilangkan muntah muntah - minum tea pekat suam tanpa gula atau ikat tali kasut di leher dan dibacakan selawat 3 kali sambil doa dlm hati supaya cepat sembuh. Erkkkk....
  • Legakan masalah selsema si kecil - bakar bawang putih yang dah dibuang kulit, ketuk2 sikit laa, pastu campur dengan minyak zaitun. Dah ada bau tu, agak agak sebati, sapu kat dada, tapak kaki and belakang baby. Satu lagi tips, asahkan kunyit hidup, pastu ambik air kunyit tadi sapu pada batang hidung anak yang selsema. :)
  • Air ketuban jernih dan kulit bayi bersih serta rambut baby lebat - minum air nyior, tapi ada yang tak galakkan minum masa awal kehamilan. Depend pada badan masing masing ok.
  • Kurangkan panas badan sebab demam - jelung badan guna air ramasan kangkung, air asam jawa, daun cekur. Jelung kat kawasan lipatan badan.
  • Masalah bengkak susu - sisir Miss B dengan sikat, tuam dengan tuala panas atau kubis atu potong ubi kentang letak kat Miss B.
Arghhhh banyaknya tips dan petua kesihatan yang boleh diamalkan dalam kehidupan seharian. Ada setengah antara kita ni suka benda denda semulajadi (natural remedy) untuk kurangkan masalah kesihatan yang dihadapi.

Ada pulak setengahnya suka yang cepat sihat. Jumpa doktor. Tak pun amalkan supplement or pemakanan yang sihat laa kan.

Walau apa pun cara yang kita lakukan bagi mengurangkan masalah kesihatan kita, jangan lupa untuk berjumpa dengan doktor jika sakit tu berlarutan. Sesekali kita boleh jadi doktor, tapi kalau keadaan dah gawat, silalah rujuk pada yang pakar yer.

Petua, petua jugak, jangan sampai menyiksa diri udah la yer. :)
Kalau ada sesiapa yang nak share lagi tips dan petua kesihatan yang selalu diamalkan dalam kehidupan seharian korang, drop saja pada komen. Semoga dapat membantu readers lain berkongsi tips dan petua tersebut.

Kene buat entry pasal tips dan petua kesihatan yang selalu diamalkan dalam kehidupan seharian VOL 2 ni. Banyak sangat tips dan petuanya.

Insyallah kalau ada lagi tips dan petua lain, kita karang entry Vol :2 pulok deh.

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER