20 August 2016

4 Kekuatan Shaklee yang saya suka dan jatuh cinta.

Tajuk entry sedikit cliche pulak hari ni. Harini nak reveal la jugak kenapa setiap hari korang tengok saya asyik bercerita pasal Shaklee kan? Tak muak muntah jeluok ker. :)


Setakat ni Allah swt masih pegang hati dan jiwa saya bersama Shaklee. Alhamdulillah, sejak bersama Shaklee, banyak perubahan yang saya rasai dalam kehidupan saya. Syukur Alhamdulillah. Jom saya cerita dulu bagaimana saya boleh terjebak dengan dunia Shaklee ni.

Set Menyusu Shaklee, cinta pandang pertama bersama Shaklee.


Set asas penyusuan

Saya bermula dari set menyusu Shaklee, yang paling basic. Esp + Ostematrix + Bcomplex. So far Alhamdulillah, susu tak de laa memancut mancut, tapi saya tak rasa lemau dan lebih bertenaga. Mula mula rasa ESP, hehehe, tak boleh telan mak oiii. Kita dah biasa minum soya yang kedai punya. Tapi sebab nak sihat and nak jayakan penyususan 2 tahun, saya paksa diri. Alhamdulillah, ESP dah jadi one of my all time favourite supplement.

Apa yang lagi best, masalah gastrik saya semakin berkurang dan sangat jarang dah berguling guling diatas lantai. Hahahaha.

Selepas tu, bulan seterusnya, saya consume set untuk Tiroid. Omega Guard + GLA Complex. Yang ni saya sangat puas hati. Kesan yang sangat positif pada diri saya. Result tiroid ada pergerakan yang sangat positif. Sebelum ni saya makan ubat PTU, tapi bacann iroid turun sangat sedikit. Bila tengok result selepas saya amalkan Set Tiroid Shaklee, rasa nak nangis, bersyukur sangat.

Bila saya dah dapat kesan pada diri saya, saya tak ragu ragu untuk terus gunakan Shaklee dalam kehidupan saya. Saya Shakleekan kehidupan saya dan keluarga.

Business Shaklee? Macam mana pulak?

Sebenarnya berniaga Shaklee ni macam bidan terjun 3 tahun yang lepas. Saya masih seorang pekerja di firma akitek di Kuala Lumpur. Saya suka kongsi produk Shaklee di media sosial. Saya kongsi pengalaman saya bersama Shaklee di facebook. Lama kelamaan dah jadi sinonim dan orang kenal saya sebagai pengguna dan pengedar Shaklee. Order dari kawan kawan pun mula laa masuk. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih giat berkongsi cerita Shaklee dan Insyallah saya akan terus membantu orang diluar sana untuk tampil sihat dan berketerampilan.

Awal awal berniaga, takde lah susah pun. Saya cari mentor saya (upline), belajar sedikit pasal marketing, baca buku yang Shaklee berikan dalam bag kit hitam Shaklee, fahamkan, pastu terus tak pandang belakang dan berkongsi dan terus berkongsi tentang Shaklee. :)

Kekuatan Shaklee di hati saya.

Sebenarnya ada 4 perkara yang saya dapat lihat dalam dunia Shaklee. Tak mau laa tulis panjang melalut, saya pendekkan cerita ok. 4 kekuatan Shaklee diMalaysia yang buat saya setia dengan Shaklee.


4 Kekuatan Shaklee yang saya suka dan jatuh cinta.

  • Produk.
Rangkaian produk Shaklee

Produk ni tak perlu cakap lebih, tapi nak lebih lebih jugak. Produk Shaklee dah 101 tahun didunia dengan vitamin pertama Vitalize Mineral (nama VITAMIN berasal dari nama produk tersebut). Produk Shaklee SELAMAT SEMULJADI BERKESAN. Setiap produk dibuat dari bahan terbaik dan terpilih, ada kajian dan ujikaji produk, dan produk yang betul betul berkesan sahaja akan dikeuarkan. Bukan senang tapi tak payah. Produk Shaklee memang tiptop, ada landmark study yang khas untuk membuktikan produk Shaklee memang memenuhi kriterianya.
  • Syarikat.




Company yang kukuh dari tahun 1915 lagi oleh Dr. Forrest C. Shaklee. Dia ni seorang doktor perubatan, tapi dia ingin sesuatu yang bukan ubat ubatan dalam merawat masalah sakit beliau. Panjang cerita pasal Dr. Shaklee, tapi kalau ada doktor cakap jangan amalkan supplement, Founder Shaklee ni seorang doktor perubatan! Shaklee juga adalah company MLM pertama didunia. haaa. jangan tak tau yer. Kelebihan Dr. Shaklee buat macam ni untuk benefitkan para pengedar supaya keuntungan produk Shaklee terus dapat kepada pengedar, buka dibahagikan kepada pihak lain. Adil ok. Sekarang ni Mr.Roger Barnett meneraju pucuk pimpinan Shaklee. Kisah dia dan anaknya menjadi titik tolak dia bersama Shaklee.
  • Plan pemasaran.



Yang ni best. Sepanjang  3 tahun buat Shaklee, tak pernah sekalipun Shaklee lambat bayar bonus (duit masuk bank) walaupun bonus pertama saya hanya rm20+. Tengah bulan je tak miss duit bonus masuk. Bonus Shaklee antara bayaran bonus tertinggi yang dibayar kepada pengedar mereka. Setiap SID berpeluang untuk dapat bonus sehingga 21% tambah lagi kalau kita ada leader bawah kita, Shaklee bagi lagi banus leadership. Bonus Shaklee boleh achieved sehingga 45%. Company korang pulak macammana yer? Banyak lagi yang best tentang plan pemasaran. Trip Shaklee juga boleh bawak mak ayah anak anak untuk menghargai kehadiran mereka dalam jiwa Shaklee SID. Jika cukup tiket Conference, boleh bawak laa orang orang yang kita sayang. Tak de dengar lagi company MLM lain boleh bawak mak ayah anak anak join trip company yang ditaja sepenuhnya oleh Shaklee. Next target saya, 2 TIKET UMRAH ZIARAH Shaklee.
  • Cara kerja Shaklee.

Untuk menjadi seorang pengedar Shaklee, tak perlu ada sijil yang tinggi untuk berniaga. Anda cuma perlukan seketul hati dan jiwa yang kental dan bersungguh untuk mencapai kejayaan. Nak berniaga Shaklee tak susah. Kat mana saja business ni boleh jalan selagi ada talian Internet bersama kita. Yang tu paling senang. Business di hujung jari. Business Shaklee jugak adalah business family. Tak risau kalau pergi kelas or talk Shaklee, kene tinggalkan anak. Kita angkut segerombolan pergi kelas, talk, even ke National Conference Malaysia, kerana family lah antara sebab terkuat untuk kita terus berbusiness dan berjaya.

Malas dah bebel panjang. Cukup dahulu 4 perkara ni yang buatkan jiwa saya ingin terus berjaya bersama Shaklee. Semoga semangat dan jiwa saya terus mekar bersama Shaklee sehingg anak anak mewarisi perniagaan ini.

ANDA JUGA BOLEH JADI SEPERTI SAYA. Hubungi Lieya untuk menjadi seorang pengguna tegar dan pengedar Shaklee di kawasan anda.

LIEYA KAMZ > +6 019 287 2442.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER