09 August 2016

Masalah kesihatan yang dialami oleh ibu sepenjang kehamilan.

Setiap kali pergi klinik, kita mesti ada rutin checkup 3 perkara ni. Cek urine, tekanan darah dan timbang berat. Sesekali doktor nak tahu bacaan hb.

Setiap pemeriksaan tu bukan saja saja. Ada sebab dan kenapa untuk buat saringan pemeriksaan tersebut.

Gambar google.

Zaman sekarang, ibu hamil banyak terdedah kepada pelbagai ancaman penyakit. Baik disedari secara langsung atau tidak langsung.

Bila kita lakukan pemeriksaan kesihatan semasa mengandung, ia sedikit sebanyak membantu para ibu hamil mengetahui sejauh mana tahap kesihatan mereka.

Banyak kes kes yang meragut nyawa ibu mahupun bayi disebabkan beberapa masalah kesihatan yang dialami sepanjang tempoh kehamilan.

Ibu ibu hamil boleh terdedah dengan masalah kesihatan sepanjang mengandungkan anak mereka. Boleh jadi masalah timbul diawal kehamilan beberapa minggu hamil, masa anak pertama atau anak seterusnya.

Masalah kesihatan ni boleh diwarisi daripada sejarah keluarga, jangkitan semasa mengandung ataupun datang dari ibu hamil sendiri dimana nutrisi yang diperlukan semasa tempoh hamil tak mencukupi.

Ibu ibu dan suami juga harus ambil cakna keadaan ibu hamil sepanjang mengandung.
Antara masalah kesihatan yang dialami oleh ibu sepenjang kehamilan:

  • Kencing Manis.
- GDM on diet
- cucuk insulin

Kencing manis boleh terjadi sebelum dan semasa hamil. Ujian MGTT (minum air glukos pekat) akan dilakukan seawal 12 minggu. Kalau lebih daripada bacaan tertentu selepas 2 jam minum air gula, doktor akan monitor tahap gula ibu sepanjang kehamilan. Sebulan sekali kene ambil bacaan BSP.

  • Tiroid.
Masalah tiroid pun boleh terjadi sebelum dan semasa hamil. Semasa hamil, paras hormon kita akan sedikit tinggi, taoi jika ada simptom tiroid, rawatan lanjutan akan dilakukan.

  • Pre-eclampsia.
Tekanan darah tinggi semasa hmil serta ada kandungan protin dalam urine. Bacaan BP memang wajib dilakukan untuk mengetahui tekanan darah ibu hamil.

  • GBS.
Jangkita kuman pada saluran faraj ibu hamil. Vaginal swab akan dilakukan untuk periksa samafa kuman GBS ada atau tak.

  • Anemia.
Kurang darah merah, hemoglobin rendah. Penting untuk ibu hamil consume iron dalam nutrisi harian untuk tingkatlan lagi bacaan hb.

  • Keputihan & Kencing Kotor.
Keputihan dan lelehan yang melampau boleh jejaskan kesihatan dan kebersihan ibu hamil. Kalau masalah tak berkurang jugak, doktor alan berikan antibiotik kepada ibu hamil.

  • Kekejangan dan Sakit Gigi/Gusi.
Awas kepada ibu hamil yang kurang minum susu dan amalkan sayuran yang kaya dengan sumber kalsium. Kekurangan kalsium boleh sebabkan berlaku kejang dan lagi teruk boleh jadi sawan, otot mengeras.

Adakah semua masalah kesihatan yang dialami oleh ibu sepenjang kehamilan akan hilang selepas bersalin?

Seperti pengalaman saya sendiri, saya ada masalah Tiroid dan DGM on diet semasa hamil. Masalah tiroid seawal kehamilan pertama dan kemungkinan besar bermasalah dari sebelum nikah lagi kut.

Hipertiroid saya masih ada sehingga kini, sekarang dah masuk kehamilan ketiga. Saya dirujuk kepada pakar O&G untuk dipantau sepanjang kehamilan. Ubat ubatan juga dibekalkan untuk mengawal paras hormon tiroid saya.

GDM on diet pun akan terjadi bila saya hamil. Masalah kencing manis on diet ni biasanya hilang selepas bersalin kelak. Tapi sepanjang hamil, ujian BSP diambil untuk memantau bacaan gula. Selepas bersalin, ujian air gula sekali lagi dilakukan untuk memastikan masalah kencing manis tidak berlarutan selepas hamil.

Baru baru ni, buat ujian urine, doktor sahkan ada sedikit masalah kencing kotor. Doktor nasihatkan untuk minum banyak air tapi alpp poplhamdulillah nasalah tak berlarutan. Tak perlu makan ubatbuntuk masalah kencing kotor tersebut.

Memang sedikit down bila kita disahkan ada penyakit semasa hamil. Kene redha dan terima dengan hati terbuka. Sekurang kurangnya kita tahu apa masalah yang kita hadapi dan doktor akan lanjutkan rawatam lebih rapi pada kita.

Semoga ibu ibu hamil semua terus kuat dan sihat sehingga saat melahirkan. Insyallah, kita cegah sebelum parah.

Untuk dapatkan nutrisi kesihatan sepanjang kehamilan, boleh hubungi Emilia untuk info, konsultasi dan tempahan.
Boleh Whatsapp nombor tertera:
+6019 287 2442 - pengedar  shaklee Malaysia.




Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER