04 August 2016

Cara ambil sample air kencing untuk ibu hamil.

Apalah awak ni Emilia, tajuk macam ni pun nak kene tulis satu entry ker?

Korang jangan tak tahu tau, ada dikalangan ibu hamil masih tak tahu cara untuk ambil sample air kencing untuk pemeriksaan mengandung. Setiap kali pemeriksaan mengandung di klinik, ibu ibu kene uji air kencing mereka untuk monitor protien dalam air kencing serta nak elakkan jangkitan kuman atau bateria yang boleh berlaku pada bahagian sulit ibu hamil.

gambar ehsan ujian buku sendiri.

Salah satu masalah yang dapat dikesan melalui ujian air kencing ni adalah masalah kencing kotor, Urine infection.

Kencing kotor ni disebabkan masalah kuman yang ada dalam sistem air kencing dari bahagian faraj hinggalah bahagian pundi kencing.

Sebab berlaku kencing kotor ni ada beberapa perkara, salah satu sebabnya kerana cara ambil air kencing yang salah.

Haishh, macam mana ni? Nurse cakap tadah je air kencing masa di tandas. Masih lagi tak betul kaedah tu?

Pengalaman saya.
Saya tak malu pun nak ngaku yang sebenarnya saya salah seorang dari jutaan, ribuan ibu hamil yang tak tahu dan mungkin tahu tapi dah lupa cara nak ambik sample air kencing dengan betul.

Sebab tu saya tulis entry dalam blog ni untuk rujukan diri sendiri dan saya dapat kongsi info dengan ibu hamil yang lain. WINK WINK! Yang tak tahu, akan tahu lah. Dapat juga bekalan untuk aku bawak pi ke Sana kelak. Insyalah. Hehehe

Ok!

Cara untuk tadah sample air kencing dengan betul. Terus jelah pada topik. Jangan asyik merapu jejauh kan?

  • Lap bersih bekas yang nak digunakan untuk tadah sample air kencing.
  • Cuci kawasan intim wanita dari segala kotoran. Kekorang agak agaklah ok bila nak shi shi tu. Pastikan sempat untuk lap atau alirkan air pada kawasan intim tersebut. Kalau boleh lap lepas kering selepas basuh dengan air.
  • Bila air kencing dah mengalir, JANGAN tadah dulu air kencing pada alirnyang awal. Bilang hingga kiraan 2 baru tadah bekas sample air kencing tersebut.
  • Pastikan tiada kotoran atau air paip masuk edalam bekas sample air kencing yang dah penuh tadi.
  • Hantar sample air kencing tersebut di makmal untuk ujian dan tunggu keputusan yang dikeluarkan.
Andai kata keputusannya normal, Alhamdulillah, tapi kalau positif ada kencing kotor, memang kena ulang balik prosedure tadi dihari lain. Kalau masih tak normal, doktor akan berikan rawatan susulan seperti pemberian antibiotik untuk mengurangkan masalah kencing kotor.

Tips untuk ibu hamil semua, sebelum buat ujian air kencing, minum air banyak banyak bagi flush segala kotoran. Semoga setiap kali ujian sample air kencing tu, keputusan semua normal.

Selamat semuanya yer. :)



Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER