06 April 2017

Meniaga Online, Antara Kejujuran Dan Keuntungan.



Kejujuran seorang penjual online.

Korang rasa meniaga online ni senang ke mudah?. Kak lia kan, selalu laa rasa risau kalau order customer lambat buat. Terlupa pun ada sesekali tu.Ya ampun, sesungguhnya, meniaga online ni lagi susah dari menjual secara depan depan.

Why????

Sebabnya, Kak lia tak dapat tatap muka customer kak lia dan customer kak lia tak nampak 2 biji mata muka ninja kak lia ni.

Semua urus niaga shaklee kak lia perlukan kejujuran serta ketulusan. Bila berniaga kak lia perlu pegang kepercayaan customer kak lia bagi sebaiknya.

Being honest ni boleh bawak business kita at the top. Bila kita jujur dengan customer, customer akan sayang pada kita. Percaya dengan diri kita. So, pegang amanah yang customer bagi pada kita.

Kita tak nak customer fikir kita nak tipu mereka. Kita lebih fikirkan keuntungan business sampai sanggup tidak berlaku jujur dengan customer. Sebaiknya, treat customer kita seperti sahabat dan teman tapi tahu batasannya.

Macam mana jujur pada customer?
• Kalau bagitau harga, jangan ada hidden price yang customer tak tau. Contohnya, harga barang rm50, postage rm7, total rm57 tapi kita bagitau harga rm60. Rm 3 tu datang dari mana pulak kan.

• Bila kita consult customer, berikan info yang tepat, bukan rekaan semata mata. Awas pada gambar gambar testimoni, jangan guna testimoni orang lain bagi melariskan jualan produk kita.

Selain tu juga, kejujuran juga perlu ada pada diri sendiri bila berniaga.

Macam kak lia, kak lia business shaklee, jual produk shaklee. Kak lia perlu shakleekan diri kak lia dulu sebelum kak lia share pasal shaklee dengan orang lain. Bila orang tanya pasal produk ESP, kak lia perlu jujur berikan review mengenai ESP. Kak lia kene jujur dalam guna produk dan bercerita pasal produk kepada customer.

Jangan pandang mudah, tak jujur dalam berniaga, tak berkat hasil yang kita perolehi. Ok ok?!

Jangan asyik memikirkan keuntungan. Of coz orang berniaga nak untung. Tapi keuntungan yang kita dapat tu lagi berganda jika kita jujur dalam perniagaan kita. :)

Ingat shaklee, ingat kak lia ok. ;)

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER