19 April 2017

Senaman 30 Minit Sehari Bantu Badan Kekal Sihat Dan Cergas.

Sering kita dengar, senaman membantu meningkatkan metabolism badan supaya badan kekal cergas dan mengelakkan diri daripada penyakit berbahaya.

Kak lia dalam usaha untuk menukar gaya hidup kepada lebih sihat. No sugar, dan senaman at least 20 minit setiap hari.

Memang tough jugak nak tukar dari biasa kepada luar biasa ni. Kalau sebelum ni, setiap makanan mesti ada rasa manis, now kak lia tak mahu gula langsung. 

Langkah pertama, kak lia tak minum air manis dah. Air kosong menjadi sahabat dan teman dikala badan memerlukan air manis. Kalau rasa craving manis, kak lia minum air sejuk. ☺

Bila dah jaga makan, dalam usaha menukar kepada yang lebih sihat, kak lia juga dah slowly start bersenam. Hari biasa, follow je youtube buat senaman untuk beginner.

Tak susah pun. Tak perlu equipment macam gym bagai tu kalau nak bersenam. Senama 30 minit je setiap hari dah cukup untuk mentenkan badan yang bertenaga.

Semalam, bosan duk rumah, kak lia spend time sejam lebih kat taman dekat area rumah. Walaupun berjubah, boleh je nak bersenam pun. Sesambil kak lia bawak anak anak pergi park. Main buaian.


Yang wajib, botol air shaklee bawak sebagai
peneman. Dahaga je, boleh minum air botol
Shaklee.

Adik Aasif tidur. Berangin oetang.

Sekaligus kita beri pendedahan kepada anak anak supaya bersenam atau buat aktiviti luar yang bermanfaat. Husna sampai berpeluh peluh, sampai terberak berak lagi haa.


Senaman 30 minit paling mudah.

Just berjalan saja. Tak perlu jagging beria sangat. Jalan laju jalan perlahan. Senaman 30 minit paling mudah. Berjalan selama 20 minit boleh bakar kalori sebiji karipap.

Oh my God. Seriusly? Yer kakak kakak sekalian.

Senaman 30 minit

Dekat park area rumah kak lia ni, ada jugak alatan senaman lain. Boleh huat push up, main gantung tangan macam gymnastic tu. Banyak. Bila dah siap jogging or berjalan ni, boleh main alatan senaman yang disediakan pula.

Quality time with family.

Ramai mak ayah bawak anak anak. Pakcik makcik, anak anak muda berjogging. Ada berjalan. Bagus sangat. Habis kerja, petang petang berjogging. Badan sihat, otak cerdas.

So, jangan lupa, senaman 30 minit untuk reward badan kita setelah kita makan macam macam makanan yang sedap. Kejap je, 30 minit sahaja. Ok!

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER