17 April 2013

ANAK

Syukur alhamdulillah diatas kurnian Illahi kerna aku dikurniakan seorg anak yg comel sihat dan baik. Sesungguhnya tidak dpt digambarkan dengan kata2 betapa indahnya melihat kurnianMu YaRabb. Akan kujaga amanah yg kau berikan ini dan akan kutitipkan kasih sayang selautan. Diberi didikan agama dan ilmu yang dpt membekalkan dirinya di masa hadapan.
Wahai anakku,
jadilah insan yang mendukung ajaran Rasulmu, kuatkan jiwamu dengan kekuatan ilmu agamamu, pelajarilah ilmu setinggi gunung, berbaktilah pada sesaudaramu, jadilah anak yang terbaik yang dapat menyejukkan hati kedua orang tuamu.
Wahai anakku,
Disaat engkau jatuh, ingatlah.
Ibumu ini sentiasa ada disampingmu,
Datanglah padaku, akan ku dakapmu sepenuh jiwaku,
Anakku, saat engkau tinggi nun dilangit angkasa, pandanglah pada akar yang menjalar di bumi, tunduklah dadamu, doakan pada kasihmu.



















Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER