02 June 2017

Peluang Mendapatkan Barangan Eksklusif daripada Shaklee Malaysia Semoena Promo Jun 2017.

Sebut saja shaklee, orang akan bayangkan rangkaian vitamin yang terbaik untuk kesihatan.

Bulan ni, Shaklee tawarkan barangan eksklusif daripada Shaklee Malaysia untuk pengedar dan juga ahli yang baru mendaftar sebagai ahli shaklee.

Barangan Eksklusif daripada Shaklee Malaysia untuk pengedar dan ahli baru mendaftar.


Bulan Jun ni, Shaklee Malaysia memberikan barangan eksklusif mereka yang memang cun melecun habis lah. Kak lia memang tergoda tengok semua barangan eksklusif yang Shaklee Malaysia tawarkan. Apa barangan eksklusif yang Shaklee Malaysia tawarkan? Jom kita lihat.....

  • Rubbermaid Lunch Box.

Ahli baru yang baru mendaftar sebagai ahli pada bulan ni, dengan belian 100 point barangan dalam satu resit, layak beli bekas makanan ni dengan harga RM16.96. Lepas ni, buat bekal sarapan atau lunch box, letak dalam bekas rubbermaid ni. Sekaligus free marketing untuk kawan kawan beli shaklee dari kita.


  •  Pelapik Minuman Shaklee.


Yang ni pulak, Shaklee Malaysia tawarkan kepada pengedar sedia ada atau ahli baru mendaftar. Sama macam bekas rubbermaid diatas, setiap belian 100 point dalan satu resit layak membeli bekas lapik minuman ni. Haaa nak raya ni, hidang air pada tetamu, lapik pakai alas cawan shaklee ni. Free marketing lagi ok. Pandai je Shaklee Malaysia ni bantu ahli mereka buat promosi percuma kat rumah kan? ;)


  • Salad-to-go Container.


Untuk barangan eksklusif seterusnya ni, set detox slimming uolss.  Belian set detox shaklee ni, korang boleh dapat bekas salad. Bekas makan lagi uolss. Kak lia memang suka sangat sebabnya, boleh buat free marketing lagi dengan bekas makan shaklee. Bawak makanan ke pejabat, guna bekas shaklee. Barulaa shaklee kehidupan kita. 


  •  Ferrano Blender.


Last sekali, the one and only Ferrano Blender shake shake. Kak lia dah ada satu. Merah dia meruntun jiwa tau. Boleh shake ESP or smoothies. Siap ada buku resepi lagi untuk blend guna ferrano blender ni. Acaner nak dapat? Dengan belian 250point dalam satu resit, korang layaklah dapat beli blender ni dengan harga RM149.99. Blender ni harga rm200+. At least dah jimat duit beli dengan shaklee ni. 

Anda teruja dengan barangan eksklusif daripada Shaklee Malaysia?


Korang semua. Macam mana tawaran yang Shaklee Malaysia tawarkan pada kita semua? Barangan eksklusif dari shaklee ni boleh bantu kita dalam dapatkan lebih ramai lagi sahabat, teman dan keluarga yang nak cuba shaklee.

Ok lah, kak lia tak mau sembang panjang, kira duit korang dan jom shopping dengan barangan eksklusif daripada Shaklee Malaysia ni ok.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

30 May 2017

Berpantang Tanpa Jamu Dengan Set Berpantang dan Milk Booster Shaklee. Badan Kekal Maintain Dan Bertenaga.

Actually, kak lia rasa beruntung sangat sebab dapat jumpa set berpantang shaklee ni. Alkesahnya bermula masa kak lia menyusu anak pertama. Kak lia consume ESP Shaklee.



Bila kak lia disahkan hamil lagi anak kedua, alhamdulillah, terus je kak lia consume supplement shaklee ni sepanjang tempoh kehamilan sehinggalah habis pantang.

Dari mengandung, tak mengandung, menyusu, berpantang, semua kak lia makan shaklee je. Sesuai dengan kak lia, sebab shaklee bukan jamu atau herba tradisional.

Kak lia ni memang jenis tak telan jamu jamu ni. Hehehehe. Cannot go sebab bau pastu taste dia laa lagi satu. Lagi satu due to my health condition. 

Kak lia ada hipertiroid. Tambah lagi menyusu anak. None stop dari anak first menyusu, sampailaa anak kedua, at last, tendem nursing.


Kesan mengamalkan berpantang tanpa jamu dengan set berpantang shaklee.


Alhamdulillah, sepanjang hamil, hb cun, paling tinggi 14, biasa biasa 13, paling rendah 12. Ok laa kan. Bertenaga. Tak pernah lagi cramp kejang kaki semua.

Susu badan pun meriah, pekat and kekuningan. Tu yang paling best. Terus rasa lagi semangat nak menyusu anak. Hehehe.

Tu antara kesan yang best sangat berpantang tanpa jamu dengan set berpantang shaklee ni. Kak lia tak risau dengan anak sebab jaundice, menyusus baby lagi. Set berpantang shaklee selamat untuk ibu dan bayi.

So, bagi ibu ibu yang tak suka amalkan jamu macam saya, boleh pilih supplement shaklee untuk topup nutrisi semasa berpantang nanti. Kene cukup vitamin tau, baru badan sihat dan segar nak jaga baby.

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

23 May 2017

Panduan Solat Terawih Dirumah Untuk Kaum Wanita.

Insyallah, Jumaat malam Sabtu ni, Mei 2017, kita umat Islam akan mengerjakan solat sunat Terawih. Itu tandanya, bulan puasa dah tiba.

Sebut pasal solat terawih ni, banyak kenangan jugak laa bila pergi solat ni. Masa mula mula kak lia ikot ayah pergi solat, masa umur belasan tahun dah. Pergi solat kat Masjid Terapung, Kuala Terengganu. First day solat, Imam silap kira rakaat. Kak lia yang first time solat terawih masa tu, follow jelah jemaah yang ada.

Alhamdulillah, sehingga sekarang, Allah masih panjangkan usia, mohon dilanjutkan lagi usia sehingga berjumpa Ramadhan 2017. Dapat solat terawih lagi. Tapi memandangkan kak lia ada anak kecil, tahun ni tak dapat nak sama sama ke masjid untuk solat terawih berjemaah.

Sejak ber-anak ni, susah sikit nak join solat terawih berjemaah. Bukan tak boleh bawak anak, ok je pun kalau nak bawak, tapi risaunya ganggu jemaah yang lain, pastu takut juga nanti, anak kak lia menangis time tengah solat, tak khusyuk pulok dibuatnya.

Memandangkan solat terawih ni sekali setahun saja, kak lia tak lepaskan peluang untuk grab pahala terawih. Solat terawih tak wajib pun berjemaah, macam kak lia, dan wanita wanita yang tak dapat ke masjid berjemaah, boleh je buat solat terawih kat rumah sorang sorang.

So, bagi ibu ibu dan wanita dirumah, jangan lepaskan peluang terawih Ramadhan walaupun kita duduk kat rumah je. Ok?! Tak tau macam mana nak solat, boleh baca dan google cara dan oanduan solat terawih dirumah berseorangan.

Panduan solat terawih berseorangan dirumah.


Ok, kak lia kepilkan gambar gambar ni bagi memudahkan ibu ibu sekalian rujuk sebagai panduan. Kak lia creditkan gambar ni pada fb : mrs.mama zone.







Ok. Hope semua ibu ibu dan wanita wanita seangkatan kak lia mendapat sedikit panduan untuk solat terawih dirumah sendiri sendiri yer.

Semoga amalan kita disepanjang Ramadhan 2017 diterima oleh Allah s.w.t. Insyallah amin.

Pesanan dari kak lia, masa berbuka jangan balun makan sampai satu meja penuh perut. Nanti penat nak terawih. Mengantuk tersengguk sengguk. Secawan CINCH ENERGY TEA MIX untuk kesegaran melakukan solat terawih dibulan puasa.




Selamat menyambut Ramadhan Kareem kepada semua teman pembaca blog kak lia semua.



Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

22 May 2017

Antara Protin Tumbuhan Dan Protin Haiwan, Mana Lebih Bagus Untuk Kesihatan.

Sebut je pasal protin, kak lia akan pikir pasal otot otot yang pejal dan sihat, kulit yang cantik dan moist gitu, dan paling best, sebut je protin, rasa kenyang. Hahahahha.

Protin ni datang dari dua sumber iaitu protin haiwan yang biasa dan selalu kita dengar, juga protin tumbuhan.

Antara protin tumbuhan dan protin haiwan, mana lebih bagus untuk kesihatan?

Apa beza dua sumber protin ni? Dua dua pun bagus apa? Nama pun protin. Protin kan bagus untuk kesihatan. So kenapa nak pertikaikan kebagusan protin yang ada.

Jom kak lia cerita sikit pasal perbezaan protin tumbuhan dan juga protin haiwan. Kenapa ada perbesaan diantara kedua protin protin tersebut. DAN!

Yang pastinya, mana satu lagi bagus untuk kesihatan badan kita.

Protin Tumbuhan VS Protin Haiwan.



Lihat pada dua gambar kat atas tu. Korang akan dapat jawapan secara terus.

To be honest, sebelum ni kak lia sendiri pun suka protin haiwan seperti ayam.  Bila dah belajar dan tahu pasal protin ni, kak lia jadi takut. Kak lia prefer protin dari tumbuhan of coz.

Protin haiwan seperti ayam dah kurang selamat untuk dimakan. Unless korang memang makan ayam organik setiap hari. Ok laa kan. Ayam sekarang dicucuk antibiotik, untuk elak penyakit, cucuk untuk tambah isi bagi pejal dan macam macam lagi.

Berbanding protin tumbuhan seperti soya, ia lebih selamat. Tak perlu dicucuk untuk kematangan. Sumber seperti isoflavon iaitu struktur kimia yang menyerupai estrogen dalam badan tiada dalam protin haiwan.

Kacang soya adalah salah satu sumber protin tumbuhan terbaik yang boleh diamalkan.

Protin tumbuhan pilihanku.


Nak pilih protin tumbuhan pun perlu yang terbaik. So kak lia pilih ESP Shaklee sebagai salah satu sumber protin harian kak lia.








So, tak hairan lah kenapa ramai pengguna shaklee sangat suka pada ESP Shaklee. Semestinya ia sangat selamat diminum dan memberikan seribu satu kebaikan pada kesihatan.

Stok ESP tak sampai 24 jam, terus licin habis stok. Bagi yang mencari protin terbaik, ESP Shaklee adalah protin tumbuhan yang terbaik yang wajib diamalkan oleh semua orang.

Kak lia dah minum. Nak masuk 4 tahun dah. Alhamdulillah, selamat untuk badan kita. Jom Shaklee.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

11 May 2017

Kenapa Produk Shaklee Selamat Dijadikan Sebagai Makanan Tambahan Yang Pertama.

Shaklee adalah produk supplement pertama kak lia nak cuba secara serius, NAK CUBA OK. Tapi Alhamdulillah sekarang memang dah sayang sangat pada Shaklee.

Setiap hari tak jemu share apa yang Shaklee berikan baik dari aspek produk dan juga marketing businessnya.

Kenapa Kak lia promote produk Shaklee? Produk Shaklee ni selamat ker??


Shaklee sebuah syarikat nutrisi pertama di Amerika Syarikat dikalangan syarikat makanan tambahan yanh terbaik. Ia merupakan produk MLM yang terbukti SELAMAT & SEMULAJADI  & BERKESAN. Yang ada 👇




🍃125 published scientific papers and presentation

🍃 more than 300 million USD in R&D

🍃 350 tests done on every new botanical ingredients

🍃 over 100,000 quality tests a year to ensure purity & potency

🍃 more than 250 pesticide tests

Alhamdulillah, first time jumpa vitamin, terus jumpa yang best punya. Shaklee memang best. Produk shaklee sangat selamat digunakan dari kecil sehingga dewasa, wanita mahupun lelaki.

Kenapa kak lia jatuh cinta dengan produk Shaklee yang juga merupakan produk makanan tambahan yang utama?


Jawapan kak lia mudah. Kak lia yakin dengan produk shaklee yang memenuhi kriteria yang kak lia sandarkan dalam pemilihan produk. Produk shaklee selamat digunakan.

Falsafah Shaklee SELAMAT, SEMULAJADI, TERBUKTI BERKESAN.






Shaklee sangat mementingkan semua aspek diatas. Ia merupakan falsafah syarikat yang mementingkan keseimbangan antara bumi dan manusia.



Macam macam sekarang ni produk yang didapati tidak selamat digunakan oleh pengguna kerana menggunakan bahan bahan yang tidak selamat untuk kesihatan.

Itu yang utama. Kita ni nak guna sesuatu produk, lebih lebih lagi makanan tambahan ni, bukan untuk sebulan dua. Kita nak amalkan untuk satu masa yang panjang. Lifetime. Kalau produk yang kita gunakan tu tak selamat, kesan jangka panjang pada badan kita akan lebih memudaratkan.

Apa yang menguatkan produk Shaklee selamat untuk digunakan.


Kak lia jadi lebih yakin lagi apabila shaklee merupakan satu satunya syarikat yang berani untuk membuktikan produknya sangat selamat dan semulajadi digunakan untuk waktu masa yang panjang.

Pada tahun 2004, shaklee telah menjalankan kajian Landmark unggul bagi produknya.

Readers boleh search LANDMARK STUDY SHAKLEE.

Result landmark study dah membuktikan produk shaklee sangat sangat selamat digunakan.


Satu satunya syarikat yang berani buat kajian pada keberkesanan produk keatas pengguna mereka ga g dah mengamalkan shaklee sekurang kurangnya 20 tahun. 

So, apa tunggu lagi. Bertukarlah produk makanan tambahan korang semua kepada shaklee. Produk shaklee selamat digunakan.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

09 May 2017

Kisah Vivix Shaklee Untuk Kesihatan Luaran Dan Dalaman.

Botol pertama vivix kak lia adalah selepas a few months daftar ahli shaklee. Masa tu tengah promo. Bergetar jugaklaa tangan ni bila nak punch RM Vivix ni. Hahahaha




Bagi kak lia, on that time, vivix agak pricey sebab kak lia sekadar mencuba rasa vivix ni. Yerlaa, beli dengan mengharapkan gaji bulanan yang sebelum ni tak de pun nak spend gedebuk rm for supplement. Masa tu jugak, geng geng shaklee bercerita tentang vivix ni.

Habis sebotol makan vivix, cukup. Tu je first n last beli. Hahahahaha. Tak menten pun beli setiap bulan. Rm3++ kot. Waktu tu. Hahhahahaha.

Sampai laa satu hari, cut storey short, kak lia insooffff. Kak lia sedar betapa bagusnya vivix shaklee untuk kesihatan kak lia. Orang lain kak lia tak pasti. Bilamana selepas bersalinkan hanna, hormon tyroid kak lia naik mencanak. Risau sebab jika tak kawal, all the possibilities boleh jadi kalau kak lia tak control tiroid ni. Jantung, and it can turn to cancer. Nauzubillah.


Bermula  kisah Vivix Shaklee ku.


Bermula dari situ, kak lia tak rasa dah yang vivix ni mahal sebabnya, salah satu cara kak lia nak prevent tiroid getting worse dengan prevent macam mana tiroid tu boleh getting worse. And i said, YES VIVIX IS ONE OF THE ALTERNATIVE TO PREVENT MY TIROID GETTING WORSE.  Ubat hanya mampu bertahan. Tapi tak go deeper kepada fungsi tiroid tu sendiri.

Alhamdulillah, selepas beberapa botol dengan Vivix Shaklee, additional with other shaklee supplements, kak lia dapat control bacaan tiroid. Third pregnancy, kak lia tak makan ubat tiroid throughout kehamilan. Cuma awal awal hamil je hormon agak kurang stabil.


Keputusan bacaan tiroid



Next appointment, next month ni pulak. Kita tengok bacaan macam mana. Doakan semuanya baik baik saja.

Syukur. Bagi kita, selagi sesuatu yang kita rasa tak memberi faedah dan kebaikan pada diri, kita rasa benda tu tak penting, tapi bila sampai waktu kita tersadung, baru kita gelabah nak mencari. Sabarlah.

Tulah cerita shaklee vivix kak lia. Macam mana kak lia sangat sayang dengan vivix ni. So, kawan kawan kak lia pun, cubalah mula mengorat vivix ni ok. Best ke tak best ker. Dah cuba mesti korang jatuh cinta. Ok??
Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

08 May 2017

Persediaan Menyambut Ramadhan Dengan Set Berpuasa Shaklee.

Ramadhan tak lama lagi akan menunjukkan hari. Tak lama dah semua kita nak puasa kan. Semoga puasa tahun ni diberi kesihatan yang baik dan dimudahkan sehingga sebulan berpuasa.

Semua sahabat blogger dan reader kak lia dah bersedia ker nak sambut bulan puasa ni? Perlu teruja tau. Sambut puasa ni ibarat kita nak sambut lebaran juga.

Kak lia nak tanya ni, apa persedian korang semua nak sambut Ramadhan tahun ni? Ke duk pikir apa tema raya tahun ni, nak pakai fesyen apa?

Dalam duk prepare baju raya tu, (takut tailor tak ambik tempahan baju raya dah), puasa dah ganti ke semua? Jangan lupa ganti puasa ok.

Persediaan kak lia nak sambut Ramadhan tahun ni biasa saja. Kak lia dan suami je pun bangun sahur. Anak anak masih kecil lagi nak ajar puasa. Sahur berdua, makan apa lah sangat kan. Janji ada nasi, lauk satu dua, dah settle.

Awal awal puasa, semua memang semangat bangun  sahur. Happening lauk pauk. Belum masuk juadah buka puasa lagi tu. Ada tak dikalangan korang semua yang sahur tak makan nasi. Cukup dengan biskut atau air milo segelas. Ambik syarat bersahur.

Tak kesah laa apa yang korang makan, janji badan kita tetap bergenaga walaupun berpuasa disiang hari. Semalas mana pun nak bangun sahur, sekurangnya bangun sahur ambik berkat sahur walaupun dengan 3 biji kurma.

Persediaan menyambut Ramadhan dengan set berpuasa Shaklee.



Berpuasa dengan set berpuasa shaklee
Bertenaga sepanjang Ramadhan
dengan Set Berpuasa Shaklee. 

Kak lia ni jenis yang makan nasi masa sahur. Sikit pun jadi dah. Tapi towards the end of berpuasa, akhir akhir Ramadhan, rasa dah tak larat nak makan nasi, muak pun yer. Astaghfirullah alazim. Rezeki kot kak lia oooiiii.

Last 2 weeks, ada seorang makcik call kak lia. Tanya pasal set berpuasa shaklee. Katanya tengok post di Instagram kak lia. Nak beli sebab kekadang dah tua tua ni, sahur tak makan nasi. Nak cari supplement yang boleh beri tenaga sepanjang puasa. Nak standby siap siap nak sambut Ramadhan. ;)

Kak lia memang sangat cadangkan pada makcik tersebut set berpuasa shaklee. Ada protin ESP, Mealshake sebagai pelengkap nutrisi harian dan juga Performance Drink bagi hidratkan semula badan setelah berpuasa disiang hari.

Kekal cergas dan bertenaga dengan Set Berpuasa Shaklee.


Kak lia memang selalu stand by 3 minuman shaklee ni sepanjang bulan Ramadhan. Gabungan ketiga tiga set berpuasa shaklee ni memberikan rasa kenyang lebih lama, dan juga mengelakkan badan kering semasa berpuasa.

Biasanya kak lia akan shake ESP + MEALSHAKE waktu sahur. Nasi makan jugak sikit. Sikit je tau, alas perut.

Berbuka, bancuh Performance Drink, letak daun pudina sehelai dua, asam boi sikit, ais bagi sejuk, perghhhh buka puasa yang menyamankan. Korang try laa. Sihat pun sihat instead of beli air kat bazar Ramadhan yang banyak gula yang tak sihat tu.

Apa kata mereka yang mangamalkan Set Berpuasa Shaklee.







Puasa tinggal less than 3 weeks dah ni. Jangan lupa, dapat gaji terus grab Set Berpuasa Shaklee ni ok. ;)


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

04 May 2017

Klinik Pakar Kanak-Kanak Desa Melawati Pilihan Terbaik Untuk Rawatan Si Manja.

Sekarang ni musim anak anak tak sihat. Anak anak kak lia pun dah berjangkit tak sihat dari sepupu mereka. Bila anak tak sihat, hati mak ni cepat gundah gulana. Anak tak sihat,  meragam lagi, risau dihati hanya mak saja yang tau.

Last week hanna dah start demam. Panas badan. Kak lia beli paracetamol di farmasi je. Biasanya sekali dua makan ubat, demam dah kebah. Tapi kali ni, tak tau lah virus apa yang kebal sangat, susah betul nak baik demam.

Panas on off . Bila malam je, badan panas. Siang hari ok je. After 3-4 hari masih lagi tak ok, kak lia decide bawak anak anak kak lia ke klinik.

Kebetulan kak lia dirumah parents dah masuk 2 minggu ni, kak lia akan bawak anak anak ke klinik pakar kanak kanak dekat rumah mak kak lia ni.

Klinik pakar kanak-kanak Desa Melawati pilihan keluarga kami.


Kakak kak lia yang intro pasal klinik ni pada kak lia. Dia memang suka bawak anak anak dia pergi klinik pakar kanak kanak Desa Melawati kalau anak anak tak sihat.

Pintu masuk Klinik Pakar Kanak Kanak Desa Melawati.

Ubat yang klinik provide sangat sesuai dan dengan izin Allah juga, anak anak nampak selesa dengan treatment di klinik pakar kanak kanak Desa Melawati ni.

Kebetulan, doktor yang merawat, Doktor Hasmah ni client ibu masa di Ar-Rahnu emas di Agro Bank.

So satu family memang akan ke klinik ni jika anak anak tak sihat.

Kalau nak pergi ke klinik ni, kene awal awal pagi. Sebelum klinik buka, parents dah beratur panjang luar klinik. Semalam, masa kak lia sampai, daftar je, kene tunggu 8 orang sebelum nombor rawatan kak lia 

Kak lia pernah bersembang dengan parents yang datang, ada yang sejauh dari Cyberjaya datang ke klinik pakar kanak kanak Desa Melawati ni untuk dapatkan treatment untuk anak anak mereka.

Memang review dari parents, mereka sangat berpuas hati dengan servis dan bekalan ubatan yang disediakan. 

Walaupun kos rawatan agak pricey berbanding klinik biasa, tapi bagi kak lia, biar lah sekali rawatan, cek dari A-Z. Puas hati.

Rawatan yang disediakan di Klinik Pakar kanak kanak Desa Melawati.

Antara rawatan yang kak lia dapatkan seperti berkhatan anak perempuan, vaksin anak anak dari baby dan rawatan skait demam seperti biasa.

Kak lia suka pergi klinik pakar kanak kanak Desa Melawati ni sebab, anak demam je, dia akan terus bagi nab, on antibiotik dan terus bagi rawatan yang dikira  terbaik untuk kurangkan demam anak anak.

Semalam pergi klinik, hanna kene nab, dan masuk ubat bontot. Kak lia rasa, kalau ke klinik biasa yan kak lia pernah pergi, doktor bagi ubat ubatan jelah.

Alhamdulillah lepas masuk ubat bontot, suhu terus turun. Pastu turn husna bersunat pulak. Doktor Hasmah siap explain lagi prosedur yang akan dibuat. After 5 minit, semuanya selesai.



First nabuliser hanna sepanjang 4 tahun

Dibilik rawatan sedut gas.



Part of mainan yang ada dalam klinik.




Ada mainan dan info info di dinding klinik supaya anak anak dan parents dapat sesuatu bila datang ke klinik.

So, bagi ibu bapa yang mencari klinik terbaik untuk anak anak anda, kak lia cadangkan untuk pergi ke Klinil Pakar Kanak kanak Desa Melawati ni , salah satu the best klinik untuk anak anak kita dapatkan rawatan.

Doktor pun lembut je, baik dan staf staf semua sangat membantu.

Doktor Hasmah with anak anak
Dan kak lia.

So, kat mana klinik pakar kanak kanak Desa Melawati ni?

Of coz laa di Desa Melawati Kuala Lumpur. Waktu rawatan seperti dalam gambar kat bawah ok.

Waktu operasi Klinik.

Alamat, lokasi klinik pakar.

Servis yang disediakan meliputi ibu dan anak.


Tempat, lokasi dan waktunya dah tau, so lepas ni mak mak bolehlah datang untuk dapatkan rawatan yang terbaik.

Harga? Seiring dengan kos dan juga rawatan yang dikenakan. Ubatan yang dibekalkan pun yang terbaik.

Ubat demam, antibiotik, selesema, batuk dan
Ubat husna.

Antara bekalan ubatan yang dibekalkan untuk anak anak kak lia. Siap ada free gift sample susu ok. 

Terima kasih kepada Doktor Hasmah and the team. Semoga jasa kalian untuk terus berbakti kepada anak bangsa dibalas sebaiknya oleh Allah s.w.t. Insyallah. Amin.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER