So, memandangkan susu ibu harus berterusan, bagi memastikan aliran susu tidak berkurangan, aku sibukkan diri ni mencari ilmu untuk mengetahui macam mana cara bagi memastikan stock susu ni berterusan. Ayat berterabooor. Hahah lantaklaa. Ade banyak cara atau amalan2 yg digunapakai oleh ibu2 menyusukan bayi. Tapi aku tertarik pada artikel dr.halina barelysupermom yang menyatakan bahawa minum horlick dapat memperbanyakkan susu ibu. Selain itu, lobak putih juga elok dimakan bagi menambahkan susu ibu. Jangan lupe juge minum susu seperti yg diberitau oleh makcikku merupakan seorang nurse. Banyak cara sebenarnya untuk mengekalkan susu ibu. Bergantung kepada ibu itu sendiri. Yang pasti jangan amalkan minum minuman berkefen seperti kopi or nescafe ok!!!
Alhamdulillah, aku amalkan minum susu+horlick+milo untuk tambahkan susu ibu. Selain tu, aku pastikan kilang susu aku sentiase di stimulatekan dengan memberi kerapkali anakku susu ibu. Lazimnya aku bg anak aku susu badan selang 2 jam or 1jam. Depend pada anak la. Kadang2 setiap setengah jam dia mintak jgk susu. Hahah. Amalan mengepam susu jugak aku lakukan setiap selang 3 jam andai anak aku ni tido lama. So, bila xde hisapan stimulate, susu membengkang. Bengkak susu berlaku. Tip yg aku baca agar aliran susu sentiasa ada adalah, kosongkan kilang susu agar susu baru dapat digantikan.
Depend pada koranglaa ibu2 diluar sana untuk mengamalkan apa2 saja cara. Yang pastinya aku nasihatkan agar susuilah anak korang dengan susu ibu sekurang kurangnya 6 bulan pertama. Tapi kalo xmampu apakan daya kan? Banyak sangat kelebihannya. Aku berdoa dan berharap agar aku dapat susukan anak aku hingga umur dia 2 tahun.
Hingga bejumpa lagi dalam entri akan datang.
As salam,
Lieya7