30 October 2016

Vitamin Tambahan Untuk Kurangkan Masalah Hipertiroid Dikalangan Wanita.

As Salam,
Cerita hari ni, ada customer tanya saya, berapa banyak vitamin shaklee saya amalkan. Saya tunjuk gambar ni. Dia terkejut. Katanya banyak benor.



Bagi saya, banyak mana vitamin yang saya amalkan, tak akan sama dengan tahap kesihatan yang saya hadapi sekarang. Saya disahkan alami masalah hipertiroid semasa hamil dan sehingga sekarang masih lagi menjalani rawatan dihospital.

Untuk pengetahuan semua, masalah tiroid lebih cenderung dihidapi oleh kaum wanita. Mungkin sebab wanita lebih banyak hormon berbanding lelaki so risiko wanita mendapat tiroid lebih tinggi.

Setiap 6 minggu (sejak hamil anak ke-3), saya perlu ambil darah tiroid untuk pastikan bacaan tiroid dalam darah terkawal.

Korang research laa sendiri apa masalah tiroid tu. Baca kisah saya, bagaimana saya mula mula tahu saya ada masalah tiroid.

Bila disahkan alami masalah tiroid, tiada rawatan lain yang perlu dilalui melainkan mendapatkan rawatan dari pakar di hospital. Bagi masalah hipertiroid, kita tak boleh bergantung kepada ubatan sepanjang hidup.

Oleh hal yang demikian, beberapa rawatan lain harus dijalankan seperti rawatan iodine atau pembedahan buang tiroid gland untuk hilangkan masalah hipertiroid.

Vitamin tambahan untuk kurangkan masalah Hipertiroid dikalangan wanita.

Menerusi pengalaman sepanjang follow up dengan pakar di hospital, saya dibekalkan ubatan dan melalui pemeriksaan berkala, masalah tiroid masih lagi tidak berkurang.

Saya decide nak amalkan supplement kesihatan kut kut boleh kurangkan masalah hipertiroid saya.

Since saya berdaftar sebagai ahli Shaklee, of coz saya amalkan Shaklee sebagai vitamin tambahan untuk kurangkan masalah hipertiroid yang saya hadapi.

Persoalannya, 'tak takut ke campur ubatan hospital dengan vitamin?' Bagi saya, kita perlu tau fungsi setiap vitamin yang masuk badan kita. Once you understand the purpose of taking supplement for your health,baru rasa nikmat makan vitamin.

Pergantungan sepenuhnya saya kepada Allah s.w.t. Dia yang menyembuhkan, dan saya berikhtiar untuk kurangkan masalah hipertiroid yang saya alami dan tingkatkan taraf kesihatan tubuh badan saya.

Memang sangat beza untuk diri saya, sebelum dan selepas berShaklee menggunakan Set Tiroid Shaklee. Selepas melahirkan bayi kedua, saya continue amalkan set berpantang dan beberapa bulan selepasnya saya makan Set Tiroid.

Antara vitamin tambahan yang saya amalkan untuk kurangkan masalah hipertiroid dikalangan wanita macam dalam gambar kat bawah.

Vivix membantu baiki sel dalam badan dan bertindak sebagai anti radang pada masalah tiroid 

Set Kesihatan Tiroid Shaklee.
Setiap vitamin ada fungsi tertentu. Insyallah next post, saya akan story mengenai fungsi setiap vitamin tu ok.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

28 October 2016

Kebaikan Omega 3 Dalam Minyak Ikan Untuk Kesuburan Lelaki.

As Salam,
Petang petang syahdu nak hujan ni memang buat mata mengantuk. Tapi dengan tiba tiba tangan rasa nak menulis walapun idea masih lagi sangkut sangkut. Memandangkan promosi Omega Guard Shaklee untuk bulan Oktober hanya tinggal 4 hari saja lagi, so jom kita study dan menulis info mengenai manfaat dan kebaikan omega 3 yang ada dalam minyak ikan untuk kesuburan kaum lelaki.

Pagi tadi dalam duk scroll FB, terbaca info mengenai kebaikan omega 3 dalam minyak ikan Omega Guard khususnya untuk kesuburan kaum lelaki. Terima Kasih kepada Abang Joe Labu dari Blog DIET DIET SIHAT sebab menulis satu info yang sangat berguna kepada saya dan juga sahabat yang bakal membaca entri ni.

Melihat kepada trend zaman sekarang, banyak suami isteri yang PJJ selepas berkahwin. Suami disini, isteri disana. Ia tidak membantutkan mereka untuk bersama dan dikurniakan rezeki anak seawal tempoh setahun berkahwin. Tetapi, ada juga dikalangan suami isteri yang dah lama berkahwin, hampir 5-6 tahun, masih belum dikurniakan rezeki anak. Sesungguhnya rezeki anak itu dari Allah s.w.t, kita sebagai hamba mampu berikhtiar sebaiknya.

Kebaikan Omega 3 dalam minyak ikan untuk kesuburan lelaki. 

Tanpa sperma dari kaum lelaki, tak akan menjadi proses persenyawaan pada rahim wanita yang mengakibatkan kehamilan berlaku. So, bagi memastikan proses persenyawaan berlaku di ovari wanita, kualiti sperma yang kuat dan bertenaga diperlukan bagi menembusi ovum.

Ingat senang ke nak buat anak sampai jadi. Hehehe, hanya yang gagah perkasa saja yang akan menang pertarungan tau!

Bagaimana sperma yang berkualiti tu boleh mempengaruhi tahap kesuburan kaum lelaki. Ada 3 faktor yang mempengaruhi kesuburan lelaki seperti jumlah sperma, bentuk sperma dan juga pergerakan sperma. Jika salah satunya tidak berfungsi secara baik, ia sedikit sebanyak akan mempengaruhi tahap kesuburan kaum lelaki.



Salah satu faktor yang perlu diambil kira adalah bentuk sperma. Bentuk sperma sangat penting kerana ia penentu kejantanan (kekuatan) sperma untuk berenang menuju ke telur wanita. Sperma yang kuat perlu lengkap dengan kepala, badan dan ekor. Setiap bahagian memainkan peranan masing masing dalam proses persenyawaan. 

Apa kaitan Omega 3 minyak ikan ni dengan bentuk sperma lelaki? Apa kebaikan Omega 3 dalam minyak ikan untuk kesuburan lelaki? Macam Abang Joe Labu tuliskan, omega 3 berkait rapat dalam kesuburan lelaki. Omega 3 dalam minyak ikan memberi manfaat dalam struktur bentuk kepala sperma. Macam mana tu?




Kepala sperma sangat penting apabila ingin menembusi permukaan telur wanita ( ZON PELUSIDA). Dalam banyak  ribuan sperma yang berenang ke telur wanita, bila sampai dipermukaan telur, hanya yang betul betul jantan akan menang. Bentuk kepala sperma yang muncung/tirus/bujur/tajam (sebentuk dengannya) lebih mudah menembusi permukaan telur wanita.

Ada logiknya disitu. Andai kata bentuk sperma tersebut lebih membulat, sukar nak meloloskan diri masuk ke dalam telur. Berbalik kepada kita belajar fizik ok. Hhahahahaha aku dulu budak belajar fizik, luas permukaan yang terdedah mempengaruhi tekanan yang terhasil. Maknanya bentuk yang tirus/ bujur lebih mudah menembusi sesuatu objek. SETUJU?



" Following these findings, in the new study the team looked at how sperm develops in DHA-deficient mice. The researchers determined that DHA plays a role in the formation of a structure called the acrosome on the head of the sperm. The acrosome is a pointy caplike structure containing enzymes that break through the egg's outer layers, enabling the sperm to fertilize it.
"The acrosome on top of this cone head is gigantic, it is a large sack containing lots of enzymes," Nakamura said. "When the sperm meets the egg, the acrosome bursts and it releases enzymes and helps the sperm penetrate into the egg."
The acrosome forms when many little bubbles of membrane (called vesicles) fuse together inside the sperm-to-be. These bubbles hold the enzymes the sperm needs to penetrate and fertilize the egg. When they come together they all fuse into one long sheet of membrane in the front of the sperm, forming a cap, the acrosome.
Without DHA, this membrane fusion doesn't happen. If the vesicles don't fuse, the acrosome doesn't get made and sperm maturation halts. At this point, the researchers only see sperm with round heads, not the cone-shaped heads of healthy sperm." - study researcher Manabu Nakamura, of the University of Illinois at Urbana-Champaign
Oleh hal yang demikian, tidak hairanlah jika lelaki yang cukup nutrisi pengambilan omega 3 lebih subur berbanding yang tak amalkan makanan lengkap denga Omega 3.

Salah satu alternatif pemakanan omega 3 yang bagus diamalkan dalam diet adalah seperti pengambilan supplement/vitamin. Ia cara mudah dan selamat untuk diambil bagi memastikan khasiat omega 3 tu dapat diserap oleh badan seoptimum mungkin.


CADANGAN PRODUK UNTUK TINGKATKAN KESUBURAN LELAKI.





Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

27 October 2016

Tips Menikmati Hidangan Raya Tanpa Risau Berat Badan Naik.


Korang risau ek makan bantai semua makanan time raya? Manis, lemak, bersantan, ish ish ish.

Alaaa korang makan je dulu semua ni, pasni mai cari saya untuk makan vitamin ni semua.

Mujur ada LECITHIN, ALFALFA & OMEGA GUARD.

  • Alfalfa - cuci  (detox) usus dan darah spaya senang nutrisi dari makanan meresap kebadan dengan lebih efektif.
  • Lecithin - Bakar lemak instant dari maknan yang kita makan.
  • Omega Guard - Bakar lemak dan kolesterol lama yang dah melekat di saluran darah.

Singkir dan buang lemak, kolesterol dari makanan hari raya.

Tapi, PHYTOCOL wajib telan sebab dia block lemak kolesterol dari masuk kedalam badan.

Bagi sesiapa yang ada bacaan kolesterol yang tinggi, wajib telan PHYTOCOL. Ia adalah perisai kepada badan kita.

Lepas raya ni misi menurunkan berat badan. Telan alfalfa, lecithin & omega ok

Selamat semulajadi berkesan
Whatsapp 0192872442


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

22 October 2016

Bagaimana Sistem Lapisan Pertahanan Badan Melindungi Badan Daripada Serangan Patogen Jahat?

As salam. 

Post harini regarding to Health and Wellness Talk Shaklee pada 14/10/16 tempoh hari. Tajuk kali ni membincangkan tentang kepentingan sistem lapisan pertahanan badan dimana sekarang Shaklee sedang melancarkan kempen #shakleeimmunity sehingga bulan November. Ia bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai kepentingan sistem imun badan bagi kuatkan badan menentang patogen.

Tanpa kita cakap panjang lebar, jom straight to the topic lah yer. Persoalan yang bermain di fikiran saya sebelum masuk kelas Shaklee haritu, bagaimana sistem lapisan pertahanan badan melindungi badan daripada serangan pathogen jahat? Indah betul aturan Allah s.w.t dalam penciptaan manusia ni.

Patogen boleh memusnahkan badan tanpa sedar dan juga dalam masa kita sedar.

Sistem lapisan badan kita ni dicipta indah oleh Allah s.w.t. Bayangkan kalau badan kita ni tak de protection menentang patogen, alamak lemah longlai macam apa daa. selang asehari baik demam, pastu sakit, berulang gitulaa. yer dok?

OK! Sistem pertahanan badan kita ni terdiri daripada 3 lapisan. Sikit je, 3 JEW! Tapi ia sangat memberi kesan dan impak yang besar kepada tahap kesihatan badan kita khasnya. Sel adalah struktur paling asas dalam badan yang akan membentuk menjadi tisu seterusnya menjadi organ. Organ organ akan membentuk satu sistem yang berfungsi menahan tubuh badan daripada serangan bakteria dan virus dan kuman dipersekitaran.

3 sistem lapisan badan terdiri daipada : 

KULIT > DARAH PUTIH > ANTI-BODI

1) Lapisan Pertama (KULIT).
  • Silia + Mukus.
Hidung pun ada sistem pertahanan tersendiri. Bebulu hidung tu fungsi dia nak halang debu dan kotoran masuk dalam alur nafas, peparu semua tu. Ingat sesaja ke ada bulu hidung tu. Untung sapa yang ada bulu hidung lebat. Jangan gatai nak shave noh. Kalau ada kelaur sikit sikit tu, trim jelah sipi sipi. Patogen yang masuk akan terkumpul pada lendir dan akan dikeluarkan melalui air liur,
  • Air liur.
Enzim lysozyme dalam air liur akan pecahkan sel dinding patogen secara hidrolisis dan mematikan patogen sebelum masuk kedalam perut. Macam mana patogen boleh masuk mulut? Haaaa, dah korang selalu mendedahkan makanan tanpda bertutup dalam rumah. Lalat hinggap. Lalat bawak kuman, virus dari memana tah, singgah jap atas makanan korang.. Pastu korang pun ngap makanan masuk mulut. :)
  • Asid perut (jus gastrik).
Patogen spisis bebal sikit ni, tak mati lagi walaupun dah 2 lapisan pertahanan dia lalu, bila dah masuk perut, ada juga polis bomba datang nak matikan patogen. Jus gastrik akan bekerja bagi mematikan patogen. Ia bertindak untuk pecahkan makanan yang dimakan dan sekaligus membunuh bakteria kalau ada dalam makanan tersebut.

Jika berlaku keradangan pada tubuh akibat kegagalan sistem lapisan pertahanan berfungsi dengan baik, badan akan bertindak balas pada keradangan tersebut. Badan akan mengalami KEMERAHAN, BENGKAK, PANAS dan SAKIT apabila disentuh.

2) Lapisan Kedua (DARAH PUTIH).

Jom kita tengok video bagi fahamkan bagaimana sel darah putih bekerja MEMAKAN segala anasir jahat si patogen yang masuk kedalam badan.


Bagaimana sel darah putih terhasil.


Bagaimana sel darah bekerja melawan patogen.

Tahukah anda ! 
Vitamin C adalah sumber pemakanan untuk sel darah putih untuk bekalkan sumber tenaga bila bekerja. So amalkan makan makanan bersumberkan vitamin c untuk kuatkan sistem lapisan pertahanan badan peringkat kedua.

Vitamin A (carotenoid) berfungsi meneutralkan radikal bebas dan meningkatkan lagi aktiviti sel darah putih.

Bawang Putih boleh merangsang penghasilan sel darah putih dalam badan. 

Tumbuhan herba terpilih juga mampu untuk merangsang interferon semulajadi badan. Interferon (sejenis protein) bekerja sebagai alarm clock untuk memberitahu interferon lain apabila ada patogen jahat masuk dalam badan.

3) Lapisan Ketiga (ANTI-BODI).

Apabila virus yang kuat menembusi lapisan siste pertahanan ketiga, antibodi badan akan bekerja bagi menghalang patogen terus merosakkan badan. Anti-oksidan  (resveratrol) yang tinggi dari sumber yang baik akan meningkatkan sel pembunuh semulajadi (natural killer cell) bagi membunuh sel sel yang sedang merebak.

Sel kanser adalah salah satu virus yang dapat menembusi lapisan sel pertahanan ketiga dan ia memerlukan antibodi yang kuat bagi melawan sel kanser tersebut.


Sel pembunuh semulajadi akan memakan virus seperti sel kanser yang masuk kedalam badan dan akan mengecilkan sel tersebut supaya tidak aktif.


CADANGAN PRODUK UNTUK KUATKAN SISTEM LAPISAN PERTAHANAN BADAN.


#shakleeimmunity kempen dilancarkan bagi meningkatkan kesedaran prang ramai akan kepentingan menjaga sistem pertahanan badan. Antara produk yang disarankan adalah :



Supplement Sistem Lapisan Pertahanan Pertama

Supplement Sistem Lapisan Pertahanan Kedua

Supplement Sistem Lapisan Pertahanan Ketiga

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

16 October 2016

Perjalanan Penyakit Tiroid Yang Dikenalpasti Semasa Hamil Anak Pertama.

Assalamualaikum. Hari ni saya nak share pengalaman, cerita dan perjalanan saya sebagai pesakit tiroid semasa hamil yang baru saja di diagnose 4 tahun lepas. Baru ker??? Tapi dah lama tauu.


Permulaan kepada terjumpanya masalah tiroid ni semasa saya hamilkan anak pertama saya, Sharifah Hanna. Tapi sebelum nikah, simptom tiroid saya dah rasa cuma saya tak tau tu rupanya simptom dia. Antara simptom tiroid yang saya alami seperti turun berat badan secara mendadak, nampak kurus sangat, jantung degup laju dan bila nak telan, seperti ada sesuatu lekat pada tekak.

Simptom tiroid lagi nampak ketara semasa nak kawin. Badan lahaiii, makin kurus, makcik makcik semua tegur. Tapi nak buat acaner, i olss tak tau lagi masa tu tiroid dah tinggi.

First time checkup mengandung, saya cerita kat nurse klinik ibu hamil, apa yang saya rasa pada diri saya, nurse dapat suspect terus tiroid, cek leher semua, cek heartbeat, apalagi, terus bagi form untuk diisi untuk ambil sample darah.

Seminggu pertama untuk ambil darah memang sedih. Berlarian saya ke klinik situ dan sini untuk ambil darah. Lepas tu ke klinik seterusnya berjumpa doktor. Tapi saya ikut saja. Pengalaman pertama saya untuk handle benda macam ni. Dah laa masa tu baru disahkan hamil. Risau jugak kesana kemari, badan stress. Tapi semangat kene kuat laa kan.

Ambil darah urgent ni, dapat result a few days later, doktor call nak jumpa. Serta merta pergi klnik. Doktor bagitau, result tiroid tinggi. Luluh jantung mak tau. Terus mak pikir pasal mati. :( Malam tu menangis bucu katil, bagitau husband. Husband diam je. Dia tak leh nak cakap apa apa dah.

Sampailaa kes saya dirujuk ke HKL. Bermulalah rutin pemeriksaan mengandung di HKL dan KKIA. Sebulan sekali kene refer O&G, ambk sample darah. Gitulah rutin sepanjang hamil. Terus saya start treatment makan ubat tiroid, PTU dan ada waktu tukar ke Carbimazol. How do i feel? Follow the flow jelah. Semangat kene kuat.

Bila tahu saya positif tiroid semasa hamil, dunia gelap. Hanya tangisan dan air mata jadi teman. Saya rasa dunia saya gelap, tiada harapan. Saya fikirkan pada kandungan saya, anak yang bakal lahir, suami dan jika saya tak panjang usia, bagaimana dengan anak dan suami saya.

Tapi saya tekad. This is not the end of my life. Saya teruskan treatment rawatan tiroid semasa hamil dan pemeriksaan kehamilan seperti biasa. Just follow the flow. Dalam masa yang sama, saya baca bacaan mengenai tiroid dan bahayakah maslah tirid semasa hamil.

Takut, memang takut. Macam macam risiko kesihatan boleh hadapi bila ada masalah tiroid ni. Paling takut adalah, kanser tiroid. Nauzubillah. Dengor pulak kawan datang rumah, cerita pasal makcik dia ada tiroid, pastu kanser lagi, dah meninggal dah. :(

Saya teruskan treatment tiroid sehinggalah saya nak bersalin anak pertama. Ubat stop. Dan saya teruskan rawatan tiroid selepas bersalin semula.Pendek cerita, selepas bersalin, saya continue semula rawatan, ambil darah pertama selepas bersalin.

Simptom tiroid kembali ada. Shaking and janung berdebar makin kuat. Saya ambil darah kat klinik private dulu. Nak tahu result tiroid cepat. Pastu 3 hari kemudian lepas ambik dara, klinik call. Doktor ak umpa. Tapi saya dah ready masa tu. Hehehe. Dapat agak dah result tinggi.

Memang tepat ramalanku benar belaka. Bacaan tiroid sangat tinggi. Range 60+- gitulah. Doktor terus buat surat refer kepada HKL semula. Doktor bagitau, kalau tiroid tak dirawat sebaiknya, degupan jantung laju, jantung boleh bengkak. Nanti timbul masalah lain pulak. Saya? AKUR!

Saya dah mula risau. Takut. Memang tak fikir panjang, saya terus refer ke klinik pakar HKL untuk rawatan lanjut. Drive laa sambung perjalanan jumpa doktor kat HKL. Ambil appointment lagi dan lagi dan lagi. Masa tu anak saya dalam 6 bulan lebih macam tulah. Paling haru, bila pergi appointment kat HKL, kene tunggu lama, selalu risau sebab susu bengkak. Pam memang kat rumah je.




Penangan supplement Shaklee untuk penyusuan ni. Lepas bersalin, saya mula mengenali supplement Shaklee. Saya consume ESP + Ostematrix untuk menyusu. Saya nak tambah susu nak bagi susu banyak dan kekuningan. Bermulalah kisah Shaklee dan penjagaan kesihatan saya. Bila dah daftar ahli, saya study tentang produk Shaklee dan mula belajar fungsi setiap vitamin. Dari situ saya jumpa supplement yang sesuai untuk masalah tiroid saya jugak. Saya mula teringat dengan kata kata doktor mengenai masalah tiroid mengenai keadaan jantung saya jika tiroid tak dirawat sebaiknya.

Bila dah tau produk Shaklee yang sesuai, saya beli 2 vitamin yang ada kaitan dengan masalah tiroid saya. Dalam masa yang saya, saya teruskan lagi makan ubat doktor. Sebelum ni, sepanjang ambil ubatan, bacaan tiroid saya susah benor nak turun. Statik, takpun turun atau naik dalam lingkungan yang sama je. Memang letih jugak sebab bila dah makan ubat, saya berharap bacaan tiroid semakin baik. Tapi sebaliknya pulak.

Saya fikir nak ikhtiar dengan supplement Shaklee pulak. Takdelaa fikir nak sembuh, tapi saya nak kawal masalah tiroid untuk jantung saya pada awalnya. Takut jugak anything happened dengan jantung saya kan. Saya pun beli lah Omega Guard Shaklee, dan juga GLA Complex Shaklee. Omega Guard bantu untuk kesihatan kardiovaskular saya dan GLA Complex pula atur semula hormon dan proses dalam badan saya. 2 vitamin ni sangat relate dengan masalah kesihatan saya.

Setiap bulan ambil darah seperti biasa. jumpa doktor. Naik turun Hospital. Bacaan tiroid masih lagi tinggi, ubatan doktor masih diteruskan. Alternatif supplement saya consume jugak. Tak sempat nak consume betul betul Gla Complex tu, dah termengandung semula. Memang tak plan pun tapi rezeki Allah siapa lah kita nak halang. Kan? Lagi satu, fungsi Gla Complex pun untuk kesuburan wanita. :)


Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menggunakan produk Shaklee, dikala usia anak pertama berusia 8 bulan, saya hamil anak kedua. Syukur. Rezeki anak Allah kurniakan pada saya. Saya jumpa ramai customer dan prospek Shaklee yang masih struggle untuk mendapatkan anak.

Kita hanya mampu ikhtiar dan berdoa, selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t.

Masih lagi meneruskan treatment tiroid, masa anak kedua pun saya masih refer pada pakar bahagian tiroid dan O&G. Ubat tiroid masih kene kawal depend pada bacaan tiroid. Dalam masa yang sama, kehamilan kedua ni saya amalkan 100% Shaklee Set Hamil. Beza yang ketara masa anak pertama dan kedua, saya rasa lebih bertenaga pada kehamilan kedua.

Asbab Shaklee? Semuanya dengan izin Allah s.w.t.
Tapi yang kehamilan kedua ni agak berdebor sikit. Saya terpaksa warded atas arahan doktor sebab doktor nak buat test ambil sample sel tiroid pada leher saya. Bahana pi skip appoinment punya pasal. Dah kene lecture beradong dengan pakar. :p.

Prosedur FNAC tu tak lama. Ambik masa sehari je. Just cucuck kat leher untuk ambil sel kawasan tiroid. Alhamdulillah, resultnya, negetif daripada sebarang sel kanser. Syukur. Tapi saya masih perlu berhati hati di masa depan.

Sehinggalah lahir anak kedua, saya sambung lagi treatment tiroid macam biasa, dan saya topup nutrisi shaklee saya dengan Vivix. Sampailaa saya follow up seterusnya di klinik pakar. Bacaan tiroid masih tinggi. Tapi tak macam yang sebelumnya selepas hamil.


Saya tekad nak konsisten ambil ubat tiroid + Set Kesihatan Shaklee untuk menyusu dan tiroid. Combinelaakan. Sebelum ambik darah untuk bulan seterusnya, saya memang istiqamah laa ambik kedua dua rawatan ni. Hehehehe. sampailaa hari ambik darah, dan hari jumpa doktor, dapat result. Miracle happened, bacaan tiroid saya turun separuh dari bacaan sebelumnya. Hasil saya konsisten makan PTU + Set Menyusu Shaklee + Vivix + Gla Complex + Omega Guard. Rasa macam tak percaya tapi itulah kenyataannya.

Saya terkejut sebab bacaan tiroid saya memang menurun secara sangat drastik. Lebih dari separuh berbanding bacaan sebelumnya dan tak pernah pun sebelum sebelum ni saya dapat bacaan macam tu sepanjang saya makan ubat tiroid.

Alhamdulillah. Ada harapan. Saya senyum. Memang agak mengejutkan. Syukur seribu rahmat. Saya memang nak ikhtiar yang terbaik untuk masalah tiroid ni. Saya tak mau rely pada ubat 100%. Tapi dah prosedure hospital kene buat rawatan, so saya follow jelah.

Walaupun dalam treatment tiroid, susu badan saya tak terjejas. Malahan banyak sangat improve berbanding anak pertama. Kalau masa anak pertama, pump susu dapat 3-4 oz je, tapi masa anak kedua, 8-9 oz tu biasa je. Kualiti susu pun berbeza.

Tak salah untuk kita mencuba dan ikhtiar pada supplement untuk masalah kesihatan kita. Supplement bukan ubatan, tapi ia menampung nutrisi badan yang kurang. Hasilnya, susu badan saya sangat meriah berbanding anak pertama dulu. Walaupun masa anak pertama dah consume Shaklee, tapi tak lengkap sepenuhnya.

Rasa sangat bersyukur dan sebolehnya saya nak bantu lagi kawan kawan yang ada masalah tiroid semasa hamil dan selepas hamil, jangan pernah berputus asa untuk survive kurangkan masalah tiroid kita.Berusaha dan ikhtiarlah sebaiknya sebelum kita give up. Jangan lupa juga, jalani rawatan dihospital sebaiknya. InsyaAllah.

Jika ada kawan kawan tiroid saya yang mengalami masalah yang sama yang perlukan perkongsian dan bantuan dari saya, jangan malu jangan segan boleh hubungi saya ditalian 6019-2872442. Insyallah saya bantu mengikut apa yang saya lalui dengan bantuan supplement Shaklee jugak.

Yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T, yang kurang elok tu datang dari kelemahan diri saya sendiri.
Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

06 October 2016

Bagaimana Omega Guard Bantu Dalam Pembekuan Darah Dalam Badan? Silakan Baca.

Alhamdulillah. Baru je selesai belajar mengenai kepentingan pengambilan omega guard minyak ikan dalam diet harian kita. Memang sewajibnya, bila dengar tentang kepentingan omega guard ni, rasa takut nak skip makan omega guard. Hebatnya kepentingan omega guard untuk badan kita ni sebenarnya.


Seperti kita tahu, kalau sebut saja pasal omega guard ni, kita akan relate dengan nak kurus, nak kurangkan masalah kolesterol dan untuk minda anak anak. Tapi sebenarnya ada sesuatu yang kita terlepas pandang mengenai kehebatan omega guard terutamanya omega guard Shaklee.

Saya tak  mau cerita sampai larut malam, kita terus je pada point penting kita.

Fungsi omega guard yang mempunyai omega 3 membantu mengurangkan masalah salur darah yang tersumbat akibat dari enapan plak. Plak tu datangnya dari makanan yang kita makan yang tinggi kandungan lemak. Hari hari asyik makan berminyak berlemak, salur darah akan jadi sempit sebab plak dah berkumpul dan menempel pada saluran darah.


Lama kelamaan, salur darah jadi semakin sempit, akan berlakulah masalah kesihatan seperti serangan jantung, sesak nafas, darah tinggi dan penyakit kardiovaskular yang lain.

Masalah ni boleh dikurangkan dengan mengamalkan diet yang seimbang. Jaga pemakanan dengan baik, banyakkan makanan berserat, buat senaman, makan vitamin dan lain-lain.

Faktor saluran darah tersumbat kita boleh kawal, tapi ada satu lagi masalah yang menyebabkan badan kita perlukan omega guard bagi kekal sihat dan cergas.

Omega guard yang mengandungi EPA yang tinggi bagus diamalkan oleh kita semua kerana ia membantu dalam pembekuan darah.

Bagaimana Omega Guard Bantu Dalam Pembekuan Darah Dalam Badan?

Kes yang ni laa sepatutnya kita takutkan. Jika berlaku kemalangan, darah banyak keluar, macam mana nak berhentikan pendarahan tersebut.



Darah kita mengandungi platlet dimana ia berfungsi membantu bekukan darah. Keadaan platlet ni akan menentukan cepat atau lambat darah kita boleh membeku.

2 keadaan dimana platlet ni boleh bantu membekukan darah.
  • Apabila platlet retak (sebab luka berlaku), struktur platlet akan menjadi melekit. Jika ia berterusan, keadaan platlet yang melekit tadi akan berkumpul dengan platlet yang lain dan akan menyebabkan darah bergumpal dan menutupi luka.
  • Kalau pendarahan yang dalam berlaku, platlet (enzim tromboksin) akan dikeluarkan dengan banyak bagi berhentikan pendarahan.
  • Jika platlet badan kita jenis yang rapuh, senang pecah, pendarahan yang teruk boleh berlaku. Disini,  tromboksin yang terdiri daripada 2 jenis enzim iaitu TXA2 dan TXA3 akan bantu kurangkan kadar kesensitifan platlet yang rapuh.
  • Enzim TXA3 lebih bagus jika dibandingkan dengan enzim TXA2 dalam mengurangkan kadar sensitiviti platlet rapuh. Bagi menghasilkan enzim TXA3, kandungan EPA dari omega guard minyak ikan membantu menghasilkan txa3 yang banyak dalam platlet darah.


Disini membuktikan bahawa, AMBOIIIII AYAT SKEMA UOLSSSS, pengambilan omega guard minyak ikan mampu menyembuhkan luka kerana ia membantu dalam pembekuan darah pada tempat luka.

Tapi AWAS! Jika gumpalan darah ni berlaku dalam pembuluh darah, dan platlet kita tak mampu untuk kawal pembekuan darah kerana platl et mudah rapuh tadi, darah akan bergumpal dalam pembuluh darah dan menghalang alirah darah keseluruh badan.

Saranan saya,amalkan pengambilan minyak ikan omega guard dalam diet harian kerana ia bukan sahaja bagus untuk sistem kardiovaskular badan tapi ia juga membantu melindungi badan kita terdedah kepada risiko penggumpalan darah dalam pembuluh darah.

Apa yang berlaku dalam badan kita, dalam pembuluh darah, kita tak nampak. So, prevention is better than cure. Makanlah omega guard Shaklee untuk kesihatan badan secara total.

Bulan ni PROMOSI OMEGA GUARD SHAKLEE, call laa AKAK untuk dapatkan stok Omega Guard hari ni. Sementara promosi masih berlangsung. Hubungi Lieya +6019 2872442.

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

02 October 2016

Produk Wajib Ada Shaklee Sebagai 1st Aid Kit Untuk Bekalan Di Rumah.

Produk Shaklee sebagai  peti pertolongan cemas dirumah.
Peti pertolongan cemas kat rumah saya. Semua guna produk Shaklee. Yang ni untuk kesihatan dalaman. Kalau luaran dah ada minyak gamat, plaster tampal luka dan lain-lain.
Kalau demam sakit atau rasa badan tak selesa, produk produk shaklee laa first aid saya dikala badan lesu dan tak bertenaga.
Yang ni sebahagian je. Ada beberapa vitamin lain yang bantu saya dan keluarga kalau ada antara kami yang tak sihat, seperti demam, batuk selsema atau kene air panas atau nak basuh alatan baby kat rumah. 

Produk 'Wajib Ada' Shaklee Sebagai 1st Aid Kit Untuk Bekalan Di Rumah.


Produk Shaklee yang a\wajib ada dirumah seperti :
  • Nutriferon - untuk kuatkan sistem imun badan dan kuatkan antibodi lawan virus demam, selsema dan batuk.
  • Vitamin C - sama fungsi seperti Nutriferon, untuk kuatkan antibodi dan untuk masalah kulit.
  • Herbal Blend - untuk masalah kulit seperti kene gigitan nyamuk, kene minyak panas, kuali panas atau sapu pada tumit kaki dan siku sebelum tidur.
  • papermint - saat loya, perut masuk angin. Pening kepala, telan papermint untuk buang lebihan angin dalam badan. Saya kekadang gastrik jugak kalau salah makan atau lambat makan, so PGP ni sangat memabntu masalah angin dan gastrik saya. Minum ESP jugak untuk masalah gastrik.
Pernah beberapa kali masa masak lauk kat dapur, tangan kene percikan minyak panas, pastu kene kuali lagi, terus ambik herbal blend, sapu kat kawasan kene panas tu. Alhamdulillah a few days later kawasan kene minyak panas tak tinggalkan parut pun, lagi Best, tak ada pun gelembung air.

Kalau anak-anak pula. kene gigit semut atau nyamuk. Sapu herbal blend. Selamat dan tak bahaya masuk mulut sebab racun.
Terima kasih Shaklee. Hopefully lepas ni produk baby pulak boleh masuk pasaran Malaysia. ;)
Ibu ibu harus sediakan produk 'wajib ada' Shaklee ni sebagai 1st Aid Kit untuk bekalan di rumah. Kecemasan atau tak, just sediakan untuk langkah pencegahan. 

Sediakan payung sebelum hujan. Betul betul?
Hubungi Lieya untuk dapatkan stok produk peti kecemasan dirumah anda. +60192872442.

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

Set Kesihatan Shaklee Yang Mengandungi Susu ESP, Energy Soy Protein Shaklee.

ESP memang digemari oleh semua orang yang dah merasai kehebatannya. ESP sinonim dengan set kecantikan shaklee, set slim shaklee, set hamil, menyusu dan berpantang shaklee. Bagi mereka yang konsisten mangamalkan ESP Shaklee, mereka akan terus jatuh cinta dan akan berikan feed back yang sangat positif dengan hasil #shakleeeffect yang mereka dapati.

Jom kita lihat set-set kesihatan Shaklee yang mengandungi susu ESP, Energy Soy Protein Shaklee.


SET CANTIK DAN SLIM.
Lecithin - Bakar lemak.
ESP - Bina otot yang mengecut.


SET JERAWAT DAN KULIT KUSAM.
Vitamin C - cerahkan kulit, anti-septik kulit, anjalkan kulit
ESP - pudarkan parut jerawat, cerahan kulit, kult sekata.


SET KECERGASAN ATLIT.
Performance Drink - hidratkan badan, elak badan kehilangan air yang extreme.
ESP - bekalkan tenaga berpanjangan.


SET CANTIK PREMIUM.
Vivix - anti-oksidan, anti-radang, anti-penuaan, sangat bagus untuk pesakit kronik.
ESP - pudarkan parut jerawat, cerahan kulit, kult sekata.


SET CANTIK & RESDUNG.
Alfalfa - detox toksin dalam badan penyebab jerawat dan resdung.
Vitamin C - cerahkan kulit, anti-septik kulit, anjalkan kulit
ESP - pudarkan parut jerawat, cerahan kulit, kult sekata.


SET HAMIL.
Ostematrix - bekalkan kalsium untuk elak kekejangan, kuatkan tulang dan gigi.
Bcmplex -  bekalkan asid folik elakkan kecacatan janin, juga bantu pembentukan darah merah, vitamin anti-stress.
Vitamin C - bantu serapan zat besi dalam Vitalea denan lebih berkesan.
Vitalea - mengandungi zat besi untuk bantu tingkatkan hemoglobin dalam darah. Multivitamin dan multimineral yang lengkap untuk pemakanan sel badan unutk kekal cergas.


SET SLIMMING FULLSET.
Alfalfa - untuk detox toksin dalam badan, bantu serap nutrisi dengan lebih baik dalam badan, bekalkan tenaga dalaman.
Lecithin - bakar lemak dan pecahkan lemak jadi titisan halus dan dsingkirkan melalui urine.Membantu tumpuan minda lebih fokus dan cerdas.
ESP - Bina otot yang mengecut disebabkan pembakaran lemak dan detox.




SET MIGRAINE.
Bcomplex - vitamin anti-stress untuk mengawal hormon stress yang melampau.
Ostematrix - menurangkan dan melegakan saraf akibat migraine.


SET GASTRIK ASAS.
Papermint Ginger Plus - buang angin dalam badan.
ESP - alas perut sebelum makan berat. Mengurangkan rasa pedih akibat gastrik.

Memang multipurpose sebenarnya vitamin vitamin Shaklee ni. Sebab tu customer yang amalkan supplement kesihatan Shaklee akan terkejut. Asanya nak consume untuk masalah tertentu, tapi selepas penggunaan yang konsisten terutamanya jika amalkan  ESP, Energy Soy Protein Shaklee, mereka dapati, kesan seerti kulit mereka lebih sihat, badan bertenaga dan lain lain lagi.

Nak sihat tapi tercantik. Syok kan?

Jom tengok testimoni yang amalkan set kesihatan Shaklee yang mengandungi susu ESP, Energy Soy Protein Shaklee.





Anda wajib cuba dan amalkan set kesihatan Shaklee yang mengandungi susu ESP, Energy Soy Protein Shaklee untuk kekal bertenaga dan sihat comey lotey.

Hubungi EMILIA +6019 2872442 untuk dapatkan set kesihatan Shaklee yang mengandungi susu ESP, Energy Soy Protein Shaklee OK.



Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER