23 May 2017

Panduan Solat Terawih Dirumah Untuk Kaum Wanita.

Insyallah, Jumaat malam Sabtu ni, Mei 2017, kita umat Islam akan mengerjakan solat sunat Terawih. Itu tandanya, bulan puasa dah tiba.

Sebut pasal solat terawih ni, banyak kenangan jugak laa bila pergi solat ni. Masa mula mula kak lia ikot ayah pergi solat, masa umur belasan tahun dah. Pergi solat kat Masjid Terapung, Kuala Terengganu. First day solat, Imam silap kira rakaat. Kak lia yang first time solat terawih masa tu, follow jelah jemaah yang ada.

Alhamdulillah, sehingga sekarang, Allah masih panjangkan usia, mohon dilanjutkan lagi usia sehingga berjumpa Ramadhan 2017. Dapat solat terawih lagi. Tapi memandangkan kak lia ada anak kecil, tahun ni tak dapat nak sama sama ke masjid untuk solat terawih berjemaah.

Sejak ber-anak ni, susah sikit nak join solat terawih berjemaah. Bukan tak boleh bawak anak, ok je pun kalau nak bawak, tapi risaunya ganggu jemaah yang lain, pastu takut juga nanti, anak kak lia menangis time tengah solat, tak khusyuk pulok dibuatnya.

Memandangkan solat terawih ni sekali setahun saja, kak lia tak lepaskan peluang untuk grab pahala terawih. Solat terawih tak wajib pun berjemaah, macam kak lia, dan wanita wanita yang tak dapat ke masjid berjemaah, boleh je buat solat terawih kat rumah sorang sorang.

So, bagi ibu ibu dan wanita dirumah, jangan lepaskan peluang terawih Ramadhan walaupun kita duduk kat rumah je. Ok?! Tak tau macam mana nak solat, boleh baca dan google cara dan oanduan solat terawih dirumah berseorangan.

Panduan solat terawih berseorangan dirumah.


Ok, kak lia kepilkan gambar gambar ni bagi memudahkan ibu ibu sekalian rujuk sebagai panduan. Kak lia creditkan gambar ni pada fb : mrs.mama zone.







Ok. Hope semua ibu ibu dan wanita wanita seangkatan kak lia mendapat sedikit panduan untuk solat terawih dirumah sendiri sendiri yer.

Semoga amalan kita disepanjang Ramadhan 2017 diterima oleh Allah s.w.t. Insyallah amin.

Pesanan dari kak lia, masa berbuka jangan balun makan sampai satu meja penuh perut. Nanti penat nak terawih. Mengantuk tersengguk sengguk. Secawan CINCH ENERGY TEA MIX untuk kesegaran melakukan solat terawih dibulan puasa.




Selamat menyambut Ramadhan Kareem kepada semua teman pembaca blog kak lia semua.



Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER