24 June 2014

TRAVELOGUE LANGKAWI DAY 1

بسم الله الرحمن الرحيم, السلام عليكم

Alhamdulillah , last weekend sempat lagi mencurikan masa yang ada untuk pergi berholiday dengan family. ME, SHEIKH & HANNA. Sheikh cakap haneymoon kami sebab 12/5/14 aritu takde buat apa-apa pun. Syukur. As long as the love growing stronger and bigger, it is already enough for me. 

Tapi kami memang belum sempat bercuti berdua pun sejak kahwin haritu. Means, NO hanimun. Why? sebab cepat sangat lekat perut ngandungkan Hanna. Kali ni, kami decide nak pergi cuti jugak dengan bawak perut jugak for second baby ni. Hahahaha. 

Hanna happy je sepanjang trip ke Langkawi. We decided to go for our short vacation dekat Langkawi sebab ia pulau yang boleh shopping. Ahaks. Shopping? tapi kami tak de lah shopping sangat pun.

19/5/2014 flight pukul 8 pagi. Hanna awal2 pagi dah bangun tidur, ready for her short vacation with umi and aboh. Aboh sampai pagi tu pukul 530 a.m kat terminal bas, ambik aboh dulu pastu shoot pergi KL Sentral. Kami naik train je pergi KLIA2. Dalam 35 minit dah sampai KLIA2. Ticket for one way is about rm35/head. Ok laa. nak cakap mahal, so so la sebab cepat sampai and selesa.



Sampai kat KLIA2 kami terus check-in semua. First time sampai kat KLIA2 ni. ramai orang cakap it is like a shopping mall. Bagi saya, tak adelaa shopping mall sangat. Normal je banyak shop before kita masuk ke kawasan sebelum kita nak boarding. Base on pengalaman pernah design CIQ masa study architecture dulu, memang kawasan public kita buat banyak shop sebab orang awam pun berlegar2 kat area situ. 

Dah check-n tiket semua, tunggu masa mau boarding laa. Hanna macam blur lagi dia kat mana. First time jejalan macam ni. Habis tmpat dia nak jalan. Tapi aboh kawal ketat Hanna sebab dah pesan awal2, keselamatan Hanna nombor 1. Tak boleh lepaskan dan biarkan dia sebebasnya, 

Alhamdulillah Hanna behave well dan dia tak de buat perangai sangat. Cuma ngamoks skit kalau lapar and sleepy.







Alhamdulillah kami sampai kat Langkawi dalam pukul 9.30 a.m. Jumpa tuan kereta sewa and terus cari hotel yang kami nak check-in nanti. Kami stay 4 hari 3 malam di Langkawi. Check-in hotel di Kuala Melaka Inn. Tak jauh sangat dari airport Langkawi. Dalam 5 -7 minit je dah sampai hotel. Kiranya kami duduk kat tengah2 Langkawi laa. Semua tempat senang nak pergi. 

Check-in pulak kene tunggu pukul 3.00 p.m. Aiyoo. Lambat lagi ni. So kami decide pergi Underwater World. Jalan kat Langkawi tak de laa susah sangat. Alhamdulillah kami tak de lah sesat. Just follow je signboard. Insyallah tak kan hilang tempat nak dituju tu. 

Shoot pergi Pantai Cenang nak bawak Hanna pergi tengok fish. Hanna sleep je sepanjang jalan. Letih agaknya tu. Sampai laa kami kat Underwater World Langkawi. Tak banyak yang berubah kat situ berbanding masa last saya sampai Langkawi 5-6 tahun lepas. But Pantai Cenang had changed a lot. Cantik dah skit tempat dia. Sesuai la dengan jolokan international tourist area kan. Kami ronda2 laa area situ sampai pukul 2.30 p.m.













Suka betul Hanna sepanjang melawat UWW tu. Tak ramai orang sangat so dia pun bebas bergerak dan berjalan. Mulut bising sebut 'ish ish = fish' jerit-jerit tengok dolphin. Umi pun happy laa tengok anak umi happy. 

Dah settle UWW kami pergi rileks2 tepi pantai jap sementara menunggu pukul 3.00 p.m nak check-in. Cuaca panas pekena air kelapa, segarkan badan emmang syok. Performance drink tak bawak sebab tinggal sikit je lagi kat rumah. So, memang umi make surekan kami bertiga minum air banyak supaya badan tak kering. Mineral botol memang all the time ade standby siap2. 





Hanna seronok betul dia main kat pantai. Siap ajak umi turun kat kawasan air tunjuk2 tangan dia. Hahahaha anak-anak. Sebebasnya laa katakan. Pantai sana cantik dan bersih. Alhamdulillah trip semua ok. 

Waktu malam pulak, perot dah berkeroncong, dari hotel kami datang area Pantai Cenang lagi for makan malam. Food memang tak susah kat sini. Just sedap or tak jelah. Pandai2 laa cari makanan apa yang nak makan. Makanan Itali, Korea, Iran, Arab, Indian food, semua adalah. Dah tempat pun tourist centre, So macam2 food yang disediakan. Just sediakan duit saja. Ahahahaha.



Perut pun dah kenyang. Badan letih kene rehat dulu sebab esokkan nak pergi jalan2 lagi. Balik kat hotel terus je lelap. Syok memang syok tapi kene simpan tenaga untuk hari seterusnya, End our first day short vacation dengan seronoknya. 


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER