20 February 2014

TIPS KURANG BERAT BADAN

بسم الله الرحمن الرحيم, السلام عليكم

Nak Kurus dan Kurangkan Berat Badan laa...



Istilah kurus itu sangat la luas. Ada nak kurus untuk dapat berat badan yang ideal, BMI normal. Ada yang kurus nak slim, nak body sekeping solid molid katanya. Semua bergantung kepada tuan punya badan. Rakyat Malaysia sebenarnya sangat obses dengan kurus, nak kurangkan berat badan. Buktinya? Lambakan vitamin kurus, pil-pil kurus dan suppliment kesihatan yang boleh buat orang kurus. Sasaran target partinya si gadis dan  wanita-wanita yang sangat teruja nak kurus.

Macam mana nak Kurangkan Berat Badan?

Macam2 cara sebenarnya nak kurangkan berat badan ni. Perkara paling senang nak buat adalah SENAMAN. Senaman bagi badan kita ni keluar peluh. Dengan senaman, banyak kalori di bakar. TAPI! tak ramai orang searang bersenam. Kenapa? SEBAB konon nya mereka sibuk/busy dengan kerje seharian. Pagi dah masuk kerja, lewat petang baru balik. So, mana sempat nak bersenam. 

A few tips from Kelvin Zahri kita boleh contohi. Antara yang boleh di share yang diperkatakan adalah :

- pengambilan nutrisi dan balance diet pemakanan
- senaman
- suppliment dan makanan tambahan

Saya sangat bersetuju dengan 3 item tersebut. WHY???

Sebab!
  • Kalau kita tak kawal cara pemakanan kita, kite dah mengabaikan diet yang balance untuk tubuh kita. Diet yang seimbang dalam piramid makanan sangat diperlukan. Contohnya, pengambilan serat dalam makanan seharian kita sangat membantu dalam sistem pelawasan dan pembuangan bahan2 yang tak diperlukan oleh badan. Banyakkan makan sayur sayuran dan buah buahan serta makanan berserat yang lain. Makan yang banyak tak kan dapat kurangkan berat badan dengan ideal. Contohilah cara pemakanan Rasullulah s.a.w
  • Seperti yang di katakan pada awal entri. Senaman perlu bagi mengeluarkan peluh2 dan toksik perkumuhan dari badan melalui liang roma. Senaman juga boleh meningkatkan tahap metabolisma badan kita. Apabila metabolisma kita tinggi, badan kita akan cepat kurus. Ini kerana, untuk kurangkan berat badan dan kurus, ia bergantung pada metabolisma seseorang.
  • Pemilihan ubat ubat kurus dan suppliment yang sesuai sangat penting. Jangan ambil sebarang produk kurus @ kurangkan berat badan secara sebarangan tanpa kawalan dan penggunaan yang betul. Pastikan produk mendapat kelulusan KKM. Diyakini sumber pembuatannya. Tak salah untuk mengambil sebarang suppliment, tetapi carilah yang SELAMAT, SEMULAJADI dan BERKESAN. 

Nak kurus dan nak kurangkan berat badan ke berat yang ideal bergantung sepenuhnya pada diri kita sendiri. Nak slim tapi tak mau bersenam, ke gym atau jogging di taman-taman berhapiran tak boleh kurang berat badan tu. Nak fit dan solid, perlu pergi gym buat fitness dan a few coordination supaya dapat shape tubuh yang di inginkan. 

Paling senang bersenam adalah dengan solat. Solat 5 waktu sudah pasti. Amalkan juga solat2 sunat agar badan kita sentiasa ada pergerakan. Waktu malam bangun tahajud. Disitu masih ada pergerakan yang mampu buat badan bergerak. Doa agar dipermudahkan urusan yang kita nak.

Berusaha dan teruslah berusaha dalam menghasilkan berat badan yang ideal. Jangan hangat2 tahi ayam je. Sekajap bersenam, sekejap tak. Samalah dengan mkn juga. Hari makan sikit, esok hari jangan pulak di qada' dengan makan banyak. Be consistent ok!

So, in next entry saya akan perkatakan tentang suppliment alternatif yang korang boleh consume sebagai pemakanan tambahan dalam mengurangkan berat badan korang ok. So KEEP HEALTHY KEEP SMILING. 

:)

Amalkan Gaya Hidup Sihat


- - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - - -



Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER