16 October 2016

Perjalanan Penyakit Tiroid Yang Dikenalpasti Semasa Hamil Anak Pertama.

Assalamualaikum. Hari ni saya nak share pengalaman, cerita dan perjalanan saya sebagai pesakit tiroid semasa hamil yang baru saja di diagnose 4 tahun lepas. Baru ker??? Tapi dah lama tauu.


Permulaan kepada terjumpanya masalah tiroid ni semasa saya hamilkan anak pertama saya, Sharifah Hanna. Tapi sebelum nikah, simptom tiroid saya dah rasa cuma saya tak tau tu rupanya simptom dia. Antara simptom tiroid yang saya alami seperti turun berat badan secara mendadak, nampak kurus sangat, jantung degup laju dan bila nak telan, seperti ada sesuatu lekat pada tekak.

Simptom tiroid lagi nampak ketara semasa nak kawin. Badan lahaiii, makin kurus, makcik makcik semua tegur. Tapi nak buat acaner, i olss tak tau lagi masa tu tiroid dah tinggi.

First time checkup mengandung, saya cerita kat nurse klinik ibu hamil, apa yang saya rasa pada diri saya, nurse dapat suspect terus tiroid, cek leher semua, cek heartbeat, apalagi, terus bagi form untuk diisi untuk ambil sample darah.

Seminggu pertama untuk ambil darah memang sedih. Berlarian saya ke klinik situ dan sini untuk ambil darah. Lepas tu ke klinik seterusnya berjumpa doktor. Tapi saya ikut saja. Pengalaman pertama saya untuk handle benda macam ni. Dah laa masa tu baru disahkan hamil. Risau jugak kesana kemari, badan stress. Tapi semangat kene kuat laa kan.

Ambil darah urgent ni, dapat result a few days later, doktor call nak jumpa. Serta merta pergi klnik. Doktor bagitau, result tiroid tinggi. Luluh jantung mak tau. Terus mak pikir pasal mati. :( Malam tu menangis bucu katil, bagitau husband. Husband diam je. Dia tak leh nak cakap apa apa dah.

Sampailaa kes saya dirujuk ke HKL. Bermulalah rutin pemeriksaan mengandung di HKL dan KKIA. Sebulan sekali kene refer O&G, ambk sample darah. Gitulah rutin sepanjang hamil. Terus saya start treatment makan ubat tiroid, PTU dan ada waktu tukar ke Carbimazol. How do i feel? Follow the flow jelah. Semangat kene kuat.

Bila tahu saya positif tiroid semasa hamil, dunia gelap. Hanya tangisan dan air mata jadi teman. Saya rasa dunia saya gelap, tiada harapan. Saya fikirkan pada kandungan saya, anak yang bakal lahir, suami dan jika saya tak panjang usia, bagaimana dengan anak dan suami saya.

Tapi saya tekad. This is not the end of my life. Saya teruskan treatment rawatan tiroid semasa hamil dan pemeriksaan kehamilan seperti biasa. Just follow the flow. Dalam masa yang sama, saya baca bacaan mengenai tiroid dan bahayakah maslah tirid semasa hamil.

Takut, memang takut. Macam macam risiko kesihatan boleh hadapi bila ada masalah tiroid ni. Paling takut adalah, kanser tiroid. Nauzubillah. Dengor pulak kawan datang rumah, cerita pasal makcik dia ada tiroid, pastu kanser lagi, dah meninggal dah. :(

Saya teruskan treatment tiroid sehinggalah saya nak bersalin anak pertama. Ubat stop. Dan saya teruskan rawatan tiroid selepas bersalin semula.Pendek cerita, selepas bersalin, saya continue semula rawatan, ambil darah pertama selepas bersalin.

Simptom tiroid kembali ada. Shaking and janung berdebar makin kuat. Saya ambil darah kat klinik private dulu. Nak tahu result tiroid cepat. Pastu 3 hari kemudian lepas ambik dara, klinik call. Doktor ak umpa. Tapi saya dah ready masa tu. Hehehe. Dapat agak dah result tinggi.

Memang tepat ramalanku benar belaka. Bacaan tiroid sangat tinggi. Range 60+- gitulah. Doktor terus buat surat refer kepada HKL semula. Doktor bagitau, kalau tiroid tak dirawat sebaiknya, degupan jantung laju, jantung boleh bengkak. Nanti timbul masalah lain pulak. Saya? AKUR!

Saya dah mula risau. Takut. Memang tak fikir panjang, saya terus refer ke klinik pakar HKL untuk rawatan lanjut. Drive laa sambung perjalanan jumpa doktor kat HKL. Ambil appointment lagi dan lagi dan lagi. Masa tu anak saya dalam 6 bulan lebih macam tulah. Paling haru, bila pergi appointment kat HKL, kene tunggu lama, selalu risau sebab susu bengkak. Pam memang kat rumah je.




Penangan supplement Shaklee untuk penyusuan ni. Lepas bersalin, saya mula mengenali supplement Shaklee. Saya consume ESP + Ostematrix untuk menyusu. Saya nak tambah susu nak bagi susu banyak dan kekuningan. Bermulalah kisah Shaklee dan penjagaan kesihatan saya. Bila dah daftar ahli, saya study tentang produk Shaklee dan mula belajar fungsi setiap vitamin. Dari situ saya jumpa supplement yang sesuai untuk masalah tiroid saya jugak. Saya mula teringat dengan kata kata doktor mengenai masalah tiroid mengenai keadaan jantung saya jika tiroid tak dirawat sebaiknya.

Bila dah tau produk Shaklee yang sesuai, saya beli 2 vitamin yang ada kaitan dengan masalah tiroid saya. Dalam masa yang saya, saya teruskan lagi makan ubat doktor. Sebelum ni, sepanjang ambil ubatan, bacaan tiroid saya susah benor nak turun. Statik, takpun turun atau naik dalam lingkungan yang sama je. Memang letih jugak sebab bila dah makan ubat, saya berharap bacaan tiroid semakin baik. Tapi sebaliknya pulak.

Saya fikir nak ikhtiar dengan supplement Shaklee pulak. Takdelaa fikir nak sembuh, tapi saya nak kawal masalah tiroid untuk jantung saya pada awalnya. Takut jugak anything happened dengan jantung saya kan. Saya pun beli lah Omega Guard Shaklee, dan juga GLA Complex Shaklee. Omega Guard bantu untuk kesihatan kardiovaskular saya dan GLA Complex pula atur semula hormon dan proses dalam badan saya. 2 vitamin ni sangat relate dengan masalah kesihatan saya.

Setiap bulan ambil darah seperti biasa. jumpa doktor. Naik turun Hospital. Bacaan tiroid masih lagi tinggi, ubatan doktor masih diteruskan. Alternatif supplement saya consume jugak. Tak sempat nak consume betul betul Gla Complex tu, dah termengandung semula. Memang tak plan pun tapi rezeki Allah siapa lah kita nak halang. Kan? Lagi satu, fungsi Gla Complex pun untuk kesuburan wanita. :)


Alhamdulillah, setelah beberapa bulan menggunakan produk Shaklee, dikala usia anak pertama berusia 8 bulan, saya hamil anak kedua. Syukur. Rezeki anak Allah kurniakan pada saya. Saya jumpa ramai customer dan prospek Shaklee yang masih struggle untuk mendapatkan anak.

Kita hanya mampu ikhtiar dan berdoa, selebihnya kita berserah kepada Allah s.w.t.

Masih lagi meneruskan treatment tiroid, masa anak kedua pun saya masih refer pada pakar bahagian tiroid dan O&G. Ubat tiroid masih kene kawal depend pada bacaan tiroid. Dalam masa yang sama, kehamilan kedua ni saya amalkan 100% Shaklee Set Hamil. Beza yang ketara masa anak pertama dan kedua, saya rasa lebih bertenaga pada kehamilan kedua.

Asbab Shaklee? Semuanya dengan izin Allah s.w.t.
Tapi yang kehamilan kedua ni agak berdebor sikit. Saya terpaksa warded atas arahan doktor sebab doktor nak buat test ambil sample sel tiroid pada leher saya. Bahana pi skip appoinment punya pasal. Dah kene lecture beradong dengan pakar. :p.

Prosedur FNAC tu tak lama. Ambik masa sehari je. Just cucuck kat leher untuk ambil sel kawasan tiroid. Alhamdulillah, resultnya, negetif daripada sebarang sel kanser. Syukur. Tapi saya masih perlu berhati hati di masa depan.

Sehinggalah lahir anak kedua, saya sambung lagi treatment tiroid macam biasa, dan saya topup nutrisi shaklee saya dengan Vivix. Sampailaa saya follow up seterusnya di klinik pakar. Bacaan tiroid masih tinggi. Tapi tak macam yang sebelumnya selepas hamil.


Saya tekad nak konsisten ambil ubat tiroid + Set Kesihatan Shaklee untuk menyusu dan tiroid. Combinelaakan. Sebelum ambik darah untuk bulan seterusnya, saya memang istiqamah laa ambik kedua dua rawatan ni. Hehehehe. sampailaa hari ambik darah, dan hari jumpa doktor, dapat result. Miracle happened, bacaan tiroid saya turun separuh dari bacaan sebelumnya. Hasil saya konsisten makan PTU + Set Menyusu Shaklee + Vivix + Gla Complex + Omega Guard. Rasa macam tak percaya tapi itulah kenyataannya.

Saya terkejut sebab bacaan tiroid saya memang menurun secara sangat drastik. Lebih dari separuh berbanding bacaan sebelumnya dan tak pernah pun sebelum sebelum ni saya dapat bacaan macam tu sepanjang saya makan ubat tiroid.

Alhamdulillah. Ada harapan. Saya senyum. Memang agak mengejutkan. Syukur seribu rahmat. Saya memang nak ikhtiar yang terbaik untuk masalah tiroid ni. Saya tak mau rely pada ubat 100%. Tapi dah prosedure hospital kene buat rawatan, so saya follow jelah.

Walaupun dalam treatment tiroid, susu badan saya tak terjejas. Malahan banyak sangat improve berbanding anak pertama. Kalau masa anak pertama, pump susu dapat 3-4 oz je, tapi masa anak kedua, 8-9 oz tu biasa je. Kualiti susu pun berbeza.

Tak salah untuk kita mencuba dan ikhtiar pada supplement untuk masalah kesihatan kita. Supplement bukan ubatan, tapi ia menampung nutrisi badan yang kurang. Hasilnya, susu badan saya sangat meriah berbanding anak pertama dulu. Walaupun masa anak pertama dah consume Shaklee, tapi tak lengkap sepenuhnya.

Rasa sangat bersyukur dan sebolehnya saya nak bantu lagi kawan kawan yang ada masalah tiroid semasa hamil dan selepas hamil, jangan pernah berputus asa untuk survive kurangkan masalah tiroid kita.Berusaha dan ikhtiarlah sebaiknya sebelum kita give up. Jangan lupa juga, jalani rawatan dihospital sebaiknya. InsyaAllah.

Jika ada kawan kawan tiroid saya yang mengalami masalah yang sama yang perlukan perkongsian dan bantuan dari saya, jangan malu jangan segan boleh hubungi saya ditalian 6019-2872442. Insyallah saya bantu mengikut apa yang saya lalui dengan bantuan supplement Shaklee jugak.

Yang baik itu datang dari ALLAH S.W.T, yang kurang elok tu datang dari kelemahan diri saya sendiri.

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER