08 November 2016

Tips Kurangkan Masalah Stretch Marks Walaupun Setelah Hamil Beberapa Kali.

As Salam.

Say NO to stretch marks  ;)

Perempuan ni, walaupun dia nampak chill tak melawa sangat, tapi hakikatnya, spesis dierang ni obses sangat dengan kecantikan.

Bukan setakat nak lawa bahagian muka je, tapi satu badan kalau boleh nak rendam dengan peluntur bagi putih melepak. Kekadang Lia sendiri pun tak faham, putih macam mana laa dierang ni nak. 

Bagi kami para isteri pulak, kami ni memang laa kekadang nampak kusut masai. Tapi ada rahsia (tak delah rahsia sangat pom) bila tau saja kami positif hamil, ketakutan tu akan datang.

Bagi Lia la, memang Lia akan risau dengan masalah stretch marks terutamanya bahagian perut. Masa hamil anak pertama lagi dah risau. Takut ni, perut, pinggul, merekah macam kaca retak 1000. :)

Mana tak risau, en.husband tengok kang nanti tak de selera pulok. Tapi takde sampai gitu laa en.husband saya. Sebolehnya memang nak elakkan masalah stretch marks berlaku masa hamil.

Macam mana stretch marks terjadi.

Ada beberapa faktor dan sebab bagaimana stretch marks boleh jadi. Dan bahagian bahagian yang biasa ada steetch marks ni biasanya dibahagian kawasan banyak lelemak.

Stretch marks ni terjadi sebab kulit kita dah exceed maksimum ketegangan. Bila berlaku lagi ketegangan pada struktur kulit tu, tu yang jadi stretch marks. Kita akan nampak garisan, tona kaler pun sedikit berbeza dengan warna asal kulit. Cuba bayangkan, stretch marks ni banyak kat bahagian perut dan pinggul, geli beb. Hehehehe.

Faktor yang menyebabkan masalah stretch marks ni seperti berat badan bertambah dengan drastik. Bentuk fizikal makin bertambah besor. Selain tu, penurunan berat dan bentuk badan secara drastik pun boleh jadi sebab jugak.

Tapi kebiasaannya, wanita lebih cenderung nak dapat masalah stretch marks ni. Terutamanya ibu hamil. Sebab tu Lia risau sangat kalau perut semakin membesar, stretch marks akan timbul.

Awal awal lagi ibu Lia dah pesan, kalau tak mau nampak kesan stretch marks, jangan garu perut secara direct. Haaaa. Memang Lia ingat sampai sekarang. Alhamdulillah sampai anak nak masuk 3 ni, nurse di KKIA pun puji, stretch marks tak de. Kalau gatal sangat, gosok gosok je kulit perut tu, tak oun silalah garu lapik/alas dengan baju.

Tips kurangkan kesan stretch marks.


Ni antara beberapa tips yang kalian boleh apply kat diri sendiri untuk kurangkan masalah stretch marks.

  • Sapu lotion atau minyak yang sesuai untuk kulit. Lia amalkan VCO Tanamera bila perut makin besar. Sapu tiap kali lepas mandi sebab pori pori kulit tengah terbuka time tu, so moist tu akan serap kedalam kulit.
  • Cocoa butter for stretch marks. Setakat ni Lia tak pernah guna lagi. Tapi tengok review di internet, so far ramai yang cakap ok. Any brand laa as long as sesuai untuk stretch marks.
  • Amalkan pemakanan seimbang yang bagus untuk kulit. Yang dalaman ni kene jaga jugak. Contoh Vitamin C untuk kekalkan keanjalan kulit. Makan buah dan sayur banyak2
  • Supplement juga membantu masalah stretch marks ni. Contoh vitamin yang boleh amalkan seperti omega 3, untuk kelembapan kulit, protin untuk sel yang sihat dan juga untuk regangan kulit. 
Bagi ibu hamil, pastikan peningkatan berat badan sepanjang kehamilan dikawal dengan teratur. Jangan naik secara mendadak. Berat naik banyak pun boleh sebabkan strerch marks terbentuk sikit sikit.

Tips dari Lia, mungkin salah satu sebab stretch marks tak de sebab lia amalkan protien dan juga kawal berat. Kawal berat tu tak adalah sampai tak makan, tapi jaga laa makan, tak makan banyak. Lagi satu Lia ada GDM on diet, sonkene kawal makan.

Rahsiaku, ;)

ESP SHAKLEE + OMEGA GUARD + VITAMIN C.



Vitamin untuk kurangkan masalah stretch marks semasa hamil

Sedikit sebanyak bantu kurangkan masalah stretch marks ni. Kulit rasa lembut dan lembab je. #shakleeeffect sejak consume fullset set hamil shaklee jugak kot. Insyallah. Ibu ibu boleh cuba yer. Bagi yang tak hamil pun boleh amalkan benda yang sama.

Yang penting, perlu istiqamah sebab stretch marks ni takkan hilang dalam masa terdekat. Akan ambil masa untuk berkurang.

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER