25 June 2014

TRAVELOGUE LANGKAWI DAY 2

بسم الله الرحمن الرحيم, السلام عليكم

Trip Langkawi masih terasa. Diteruskan dengan hari ke-2 yang lagi best dan seronok. Asyik2 seronok dan best je. Hmmm TAK APELAA.

Hari ke dua kami start our day lambat sikit sebab kasi tidur lebih sikit. Hari first letih sangat dah sampai terus beraktiviti. Hari ke dua kami ke Cable Car dan Shopping kat Kuah. Since Hari kedua tu hari Jumaat, Langkawi cuti hari weekend, sama macam Terengganu, So pergerakan orang agak kurang sesak. Tapi kat cable car boleh tahan jugak ramai tourist. 

OK, talking about tourist, saya ngan husband 'koya' perasan tourist jugak. U know why? sampai kat ticketing area, nak beli tiket masuk naik cable var, orang yang jaga tiket cakap omputih ngan kami, kami tunjuk mykad kami. Kakak kat kaunter tu siap tengok atas bawah kat kami. Hahaha. 



Yang si husband aku ni pulok, tak abih2 nak perasan pak arab. Tau lah sayangku, awak memang ade darah arab, tapi yang wife awak pakai niqab ni apa hal lagi? Lagi laa orang cakap kami ni tourist dari sana. hahaha. Ramai sangat tourist dari timur tengah kat Langkawi. Majority yang perempuan berniqab berjubah. Dah sekali dengan kita pulak jadi geng dierang.

Seriusly kalau pergi cable car memang laa scary. So far pengalaman naik cable car dah 3 kali. Feeling still sama gayat dan teruja. Takut ok tinggi sangat. Husband saya and Hanna first time. Hanna cool and rilek je. Masa naik ke Bukit Macincang tu, Pak arab sorang ni suka sangat tegur Hanna. Pastu kami cakap lah kami orang Malaysia. Dierang terkejut sebab tengok saya berniqab jugak. Masyallah.

After cable car shoot pergi ke Kuah. Just nak shopping cokelat. That is all. Yang lain kami kurang minat sikit. Tapi saya ada bagitau kat husband, kalau ada rumah sendiri nanti, boleh datang shopping kat Langkawi semua pinggan mangkuk. Dia boleh senyum jeee??? :p Sebelum balik hotel sempat jugak pergi posing ambik gambar kat Dataran Lang. Bawak Hanna tengok Big Eagle. Tapi Hanna macam tak berminat sangat dengan eagle besar tu. Dia lagi prefer jalan bebas kat dataran yang luas terbentang. Siap tak nak pimpin tangan umi and aboh lagi.

Badan pun dah letih, kepam semua dah, terus laa balik hotel. Malam tu just tapau makan saja. Belikan laksa ikan sekoq hak famous katanya dekat dengan area airport. Tapi kami pergi dah lambat, ikan sekoq dah tak ade dah. Laki aku duk buat surprise lagi, belikan pulut santan durian. Lapar punya pasal, ngap jelaa jugak walaupun yang buat sendiri lagi best. Triple best.. Masih lagi bersyukur laa. Malam dah kenyang semua, Hanna pun bosan before tidur, aboh dia ajak turun pergi beli toy kat kedai bawah lobby hotel. Bagi hilang kebosanan Hanna since BFF dia tak ade kan. 

Finally semua dah terbongkang tidur keletihan, mak buyung aje terkelip2 tak boleh tidur. Sakit pinggang and lenguh kaki. Hahahah. Esok nak guna banyak energy lagi nak round pulau.. Selamat beradu semua....












bersungguh anok umi mamam

happy face of Hanna and aboh

we are 700 meter above sea level

umi, dahaga sangat Hanna duk panjat bukit ni!


bukit macincang
indah sungguh ciptaan Illahi

my princess Hanna

restoran makanan arab katanya. Tapi sheikh cakap ibu masok lagi best.



ready to hit the dataran alang to see the big big eagle!

bebaskan, bebaskan,




langkawi

airport langkawi



selamat malam


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER