02 August 2016

Adakah bahaya masalah kencing kotor semasa mengandung?


Ibu mengandung ni perlu jaga kesihatan lebih dari sebelum kita hamil. Sebab apa? Sebab masa tu badan kita ni berubah hormon hormon dan badan kita lebih sensitif pada perubahan hormon mengandung tu.

Kalau tak jaga betul betul, boleh timbul masalah masalah yang kita sendiri sebolehnya tak nak hadapi.

Antara masalah yang boleh dihadapi semasa mengandung seperti masalah kencing kotor. Kadang kadang kita tak pernah dengar pun masalah tu sebelum hamil, tapi tiba tiba bila dah mengandung ni baru tau ada juga masalah kesihatan seperti kencing kotor ni.

Jangan sesekali ambik mudah pada setiap masalah yang kita hadapi. Adakah bahaya masalah kencing kotor semasa mengandung?

Gambar dari google.

Apa itu masalah kencing kotor kepada ibu mengandung.

Kencing kotor ni bukan masalah air kencing yang tak bersih dan ada kotoran keladak. Kencing  kotor ni disebabkan masalah kuman yang memasuki bahagian saluran sistem kencing wanita. Mesti kita hairan, macam maca kuman ni boleh merebak dan masuk dalam sistem kencing kita.

Pernah tak ibu ibu dengar, kalau kita nak basuh kawasan intim kita, jangan basuh dari bahagian belakang (kawasan dubur) ke bahagian hadapan (kawasan faraj). Saya pernah dengar hal ni. Kadang kadang tertanya jugak kenapa cara basuhan seperti tu salah dan tak bagus untuk kesihatan.

Alhamdulillah, saya dah dapat jawapan yang selalu bermain di fikiran saya.

Salah satu sebabnya adalah bagi mengelakkan kuman dari bahagian dubur atau faraj memasuki saluran kencing dam merebak sehingga ke pundi kencing. Bayangkan kuman merebak pada bahagaian sensitif badan kita. Tak ke haru juga masalah yang kita dapat?

Bila kuman dah merebak ke kawasan sistem kencing kita, pundi kencing akan jadi keradangan dan bengkak. Aduuhhhhh mak oii, boleh bayang tak macam mana rasa bila punding kencing membengkak.

Simptom dan langkah kurangkan masalah kencing kotor kepada ibu mengandung.

Setiap kali pemeriksaan mengandung di klinik kesihatan, ibu mengandung perlu timbang berat, ambil tekanan darah dan juga periksa air kencing.

Setiap kali pemeriksaan tu kita kene kencing dan ujian air kencing akan dihantar di makmal klinik. Masa tu lah kita akan tahu keputusan sama ada ibu mengandung ni ada masalah atau tak.

Bagi ibu mengandung, ada beberapa simptom yang boleh menyebabkan masalah kencing kotor. Antara simptom simptom masalah kencing kotor ni seperti:

Sakit semasa buang air kecil. Sakit tu disebabkan pundi kencing mengecut daripada keadaan membengkak sebelumnya.

Kerap kencing tapi sedikit. (kencing tak lawas).

Masalah keputihan. Hormon tak stabil, antibodi badan lemah, keputihan boleh menjadi sebab kencing kotor.

Bila keputusan air kencing didapati positif, doktor akan ulang pemeriksaan air kencing pada keesokan hari untuk lihat semula keputusan baru. Kalau masih lagi positif kencing kotor, rawatan susulan akan diamabil bagi mengelakkan masalah kencing kotor menjadi teruk.

Bagi mengurangkan masalah kencing kotor ni, beberapa langkah perlu diambil sebelum pemeriksaan dilakukan.

Minum banyak air. Air akan detox segala kotoran dalam badan sekaligus cuci pundi kencing. Bila kerap buang air, air kencing jadi lebih jernih dan tidak bermasalah.

Bersihkan kawasan intim sebelum mengambil sample air kencing. Ini bagi mengurangkan bendasing masuk kedalam bekas air kencing dan mempengaruhi keputusan pemeriksaan.

Jaga kebersihan kawasan intim. Selepas melepaskan hajat, lap dan bersihkan kawasan tersebut dari depan dan gunakan tisu asing untuk lap bahagain dubur.

Jangan tahan kencing. Elakkan menahan kencing bagi mengurangkan potenci kuman membiak dalam pundi kencing. Bagi yang melakukan aktiviti seks bersama suami/isteri, buang air kecil sebelum dan selepas waktu bersama pasangan anda.

Jaga pemakanan dan diet yang seimbang. Kurangkan mengambil makan dan minuman manis. Kuman suka sesuatu yang manis. Tingkatkan pengambilan Vitamin C untuk kuatkan antibodi badan.

Nutriferon dan Vitamin C untuk pertahanan badan yang kuat.


Pengalaman saya. Saya pun pernah alami masalah kencing kotor semasa mengandung anak ketiga dan selepas bersalin anak pertama.

Faktor penyebab kerana kurang minum air. Tu saja. Masa anak pertama, doktor berikan antibiotik. Sekarang bila dah tau, saya doublekan dos Vitamin C, dan telan Nutriferon untuk kuatkan antibodi. Selain tu, saya tak skip Vitalea sebab ada Zinc dan juga Vitamin A untuk kuatkan sistem imun badan.

Alhamdulillah, sekarang bebas dari masalah kencing kotor. Tak lupa juga, minum air kosong banyak banyak ok.

Jangan ambil mudah masalah kencing kotor semasa mengandung. Cegah sebelum parah. Kita bawa amanah Allah bersama kita dalam perut dan melibatkan nyawa.

Untuk solusi atasi masalah kencing kotor, boleh konsult dengan Emilia supplement yang sesuai untuk masalah kencing kotor.

Jika berminat untuk mendapatkan vitamin untuk masalah kencing kotor, boleh hubungi Emilia ditalian +6019 287 2442.





















Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER