05 August 2016

Resepi sambal jawa dari saya yang tak berdarah jawa.

AS SALAM.

Of topic dari kebiasan saya menulis hari ni, kali ni saya ak cerita pasal skill resepi memasak saya. ewah. Nak cerita kat kengkawan sini yang saya buat julung kali dan pertama kali belajar masak resepi sambal jawa walaupun saya tak ada darah keturunan jawa.

By right, sebelah bapak saya dari kawasan Minangkabau di Indonesia. Semestinya darah minang yang mengalir. Yer idop? Sebelah mak pulak purely Melayu la, asal dari Terengganu. Tapi ibu pernah story, tok nenek dia dulu ada datang dari Mongolia.

Apa apa jelah, yang penting sambal jawa ni memang salah satu food yang saya akan makan kalau hidang atas meja. Tak tau la macam mana boleh terjebak dengan makanan jawa ni. Mungkin masa kecik dulu ibu suka goreng tempe kut.

So, a few day back saya pergi shopping barang dapur. Tengok pulak tempe yang ada atas rak di pasaraya tu panas panas lagi, gebu molek.

Balik rumah time nak masak sambal cincai cincai teringat kat rumah ada soo hoon. Apa lagi, terus google la resepi sambal jawa. Tengok bahan bahan yang digunakan semua ada kat dapur.

Apa lagi, bersilat lah saya di dapur ketang ketung ketang ketung.Tak de lah susah sangat resepi sambal jawa ni kan. Bahan asas macam kita nak buat sambal. Dah nama pun resepi sambal jawa kan. Hehe.

Malas dah nak meroyan panjang, saya nak persembahkan skill masak saya yang dah berkurun terperap. Resepi ni yang paling ringkas dan padat dari saya sebagai budak baru belajar untuk belajar masak resepi sambal jawa.

Caiyooook, Gambate!!!

Tengok gegambar jelaa apa yang kene buat ok.



Bahan bahan yang digunakan. Skema betul ayat i kan. Hikhik. Gasaklaaa oii. 

Ada bahan tumis, bahan goreng dan perasa untuk kickkan lagi rasa.


Tumis bahan tumis yang dikisar dahulu, bawang, lengkuas, serai, lada kering dan lada jarum sikit nak kasi pedas. Tekak melayu. 


Bahan goreng, goreng dulu deh. Tempe, tauhu basah, kalau ada tauhu kering, boleh tambah jugak, ubi kentang, soo hoon (rendam air), ikan bilis dan kalai ada bahan lain yang korang suka.


Bila bahan tumis tadi dah naik bau, campak masuk bahan goreng tadi. Saya add kacang panjang akit bagi warna and sayur sikit.

Gaul la bahan bahan tu dalamnkuali sekuatnya. Bagi sebati betul betul. Dah sebati, tambah sikit santan, air asam jawa dan kicao manis.

Semua perasa garam dan gula sekali, saya letak ikut naluri keibuan memasakku. Hehhe.


Tadddaaaaaaaa..... Siap doh boh! Dap omnomnom rase. Siapa sini geng jawa? Ok ke tak rupa sambal jawa ku?

Makan dengan nasi putih panas. En.suami tambah 2 kali nasi. Hehehe Alhamdulillah. Kira menjadi jugak laa reseoi sambal jawa i olss ni.

Kepada semua, selamat mencuba. 



Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER