08 January 2018

Berniaga Untuk Merubah Hidup Dari Biasa Ke Luar Biasa. Lifestyle Impian Saya.



Korang pernah tak berangan angan kahwin dengan anak raja? Ni bukan cerita ibuku si ikan kaloi tau. Tapi ni realiti kehidupan yang kita lalui setiap hari. Masa kecik pernah tak kita fikir akan kehidupan yang kita miliki sekarang ni.

Kak lia dengan suami selalu laa sembang sembang, story cerita apa yang kami suka. Interest masing masing.

Bila pusing pusing melihat kawasan, ewaahhh pastu mulalah kami berkongsi apa yang kami inginkan untuk life kami kehadapan. Sekarang ni bukanlah cukup, dah cukup dah sebenarnya, tapi andai rezeki Allah kurniakan tu lebih dari apa yang kami ada sekarang, kami nak improvekn lagi taraf hidup yang ada ni.

Ada a few things kami sependapat. Kadang kadang bila ada kesamaa  tu rasa kelakar. Actually dari awal kawin lagi bab kehidupan ni, kak lia and suami lebih sependapat tapi tidak dari segi kerjaya. Hahahaha.

Semakin meningkat dewasa, ada 3 orang dah anak, syukur atas apa yang Allah kurniakan sekarang ni. Syukur sangat sangat sebab, dari diri kak lia sendiri, kak lia dapat peluang jaga anak anak kak lia sendiri dan dalam masa yang sama, kak lia ada my own business.

Business dan anak anak ni jadi tunjang kekuatan kak lia dan suami. Tapi kak lia masih ada impian kak lia. Kak lia ada life yang kak lia inginkan. Ada yang kak lia dah achieved dan ada ya g masih belom tertunai.

7 sembang sembang cerita antara kak lia dan suami.
  • Ada duit yang mampu beli barangan yang mahal, tapi kami lebih prefer untuk memilih makanan apa yang kami nak makan. We spend more on food  hahahahah.
  • Kak lia nak belanja sehari at least sekurangnya rm100 so i need rm 3000 cash per month untuk belanja sahaja. :)
  • Nak beli apa yang kak lia inginkan without looking at the price tag
  • Nak ada rumah yang simple je, single story pun ok tapi nak kawasan laman yang luas
  • Nak bantu family khususnya dari segi kewangan insyallah. 
  • Walaupun kami naik motor, tapi duit dalam bank kami beribu ribu. 
  • Nak sedekah dan memberi lebih banyak kat orang yang memerlukan
Oleh itu, kak lia mesti jadi kaya. Aduhhhh. Kak lia ni, materialistik betuul. 

Hey hey hey, duit memang bukan segalanya, tapi segala benda kita nak buat perlukan duit. Naik kereta nak kene isi minyak ok.

So, untuk kehidupan 5 tahun lagi, kak lia tengah struggle hard untuk capai financial freedom keluarga kak lia. Kak lia doa semoga jalan kak lia bershaklee ni, bantu kewangan kak lia dimasa hadapan. Kak lia nak yakinkan mak mak dan wanita wanita diluar sana, walaupun kita tak kerja, no fix income, ada masalah kesihatan macam kak lia, masih mampu merubah kehidupan ketahap yang lebih baik.

KAYA itu subjektif. Kaya duit, kaya harta. Tapi apa yang paling kak lia harapkan adalah menghabiskan sisa sisa hidup ni tanpa susahkan anak anak bila dah tua, nak terus mengabdikan diri pada Yang Maha Esa, hidup lebih tenang dengan menghabiskan masa yang ada belajar lebih lagi agama islam. Ketenangan jiwa yang paling penting. Walaupun kaya tapi jiwa tak tenang tak guna juga.

Tak salah jadi kaya, Jadi kaya supaya kita lebih menyumbang kepada kearah kebaikan. Sedekah semahunya, memberi sebanyak yang ada. Bukan kita jadi hamba Kaya.

Kerana setiap hela nafas yang hidup pastinya inginkan pengakhiran hidup yang baik. Semua ingin mati dalam leadaan husnul khatimah.

Jadikan kaya kita sesuatu yang bermanfaat didunia dan akhirat. Insyallah.

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

2 comments:

  1. Perancangan jgka masa pnjang itu perlu

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyallah, semoga dengan asbab shaklee ni dapat tinggalkan legasi untuk anak anak

      Delete

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER