02 January 2018

Impian 2018, Azam Tahun Baru Yang Tak Pernah Pudar.


Tahun 2017 dah melabuhkan tirai. Selamat jalan pada semua kenangan yang dah berjaya ditempuh dengan jayanya walaupun sangat menguji jiwa.

Tahun 2018 mula melihat sinar. Semoga 2018 tahun yang penuh dengan kebahagian, keceriaan dan kejayaan dunia dan bekalan diakhirat. Insyallah.

Setiap tahun ada, kak lia tak miss ada azam tahun baru. Dan satu satunya azam tahun baru yang tak pernah berjaya adalah nak 100% makan sihat dan cut sugar intake secara total.

Maafkan diri ini sayang. Hhehehe. Tak mampu la wei. Makanan rakyat Malaysia sangat sedap untuk dilihat begitu sahaja. Tapi kak lia takkan memudarkan impian dan azam tahun baru yang lama. Azam tu kita carry forward pada tahun ni pula ok! Mohon tahu depan, bila tulis entry lagi, jangan repeat benda sama ok sis!


#tsunamishaklee permulaan azam baru untuk terus setia berblog.

Blogging ni kak lia dah start lama. Tapi secara serius bila dah involve dengan dunia Shaklee. Kak lia start blog dengan berkongsi tentang shaklee effect kak lia dan produk produk shaklee. Alhamdulillah blogging membri hasil kepada business shaklee ni walaupun tak 100% sale tu datang dari blog. Semoga tahun ni, 2018, blog kak lia terus mekar bersinar. Insyallah.

So, bermula tahun baru ni, 1 Januari, insyallah kak lia akan terus berkongsi pengalaman dan perjalanan kak lia dalam shaklee bermula dengan projek besar vesaran Tsunami Shaklee. Azam tahun baru nak compilekan semua cerita Tsunami Shaklee kak lia, dalam blog ni.

So kalau kalian sudi sudi mendengar story kak lia, boleh laa follow blog kak lia yer.


Impian yang memberikan inspirasi kepada semua.

1) Surirumah sepenuh masa bukan alasan untuk tidak berjaya dalam dunia perniagaan

  • surirumah sering dikaitkan dengan golongan yang kurang berpendidikan tinggi dan hanya mengharapkan duit dari suami. Oh NO! kak lia sangat menyangkal sama sekali statement tersebut. Kak lia seorang lepasan graduan dalam jurusan senibina. Menjadi seorang surirumah tak bermakna kak lia tak mampu nak cari kerja pada zaman sekarang. Kak lia sacrifice job kak lia untuk family. Syukur alhamdulillah kak lia grab peluang berniaga shaklee untuk bantu suami tambah pendapatan dai rumah. Duk rumah tak goyang kaki saja saja tau. Duduk rumah, layan anak, duit masuk akun ok! So untuk mak mak kat luar sana expecially ibu ibu tak bekerja, sesambil buat kerja rumah, main fb, main instagram, apa kata kita cari sesuatu yang boleh jana pendapatan untuk keluarga. Kak lia jemput kalian untuk join kak lia and the group untuk be my business partner. Sihat dan jana pendapatan bersama.

2) From ZERO to HERO

  • Dari background lukis bangunan, panjat bangunan, kak lia resign dan terjun kedunia perniagaan. Nilah satu satunya business yang paling lama dan paling setia kak lia pernah buat. Insyallah doakan kak lia terus bersama shaklee sampai bila bila. Amin. Insyallah. Bila kak lia offer kawan kawan untuk be my business partner, mostly ramai yang tak bersedia nak berniaga. Malu katanya, tak pandai dan beribu alasan lagi. For your information, kak lia sebelum berjaya bersama shaklee, kak lia langsung tak tau apa itu shaklee, apa itu marketing plan dan dnia perniagaan. ZERO. But Alhamdulillah harini kak lia mampu tersenyum sebab kak lia dah boleh dikatakan mahir laa dalam selok belok berniaga expecially busines online ni. Tak tahu kita belajar, dah tahu kita berkongsi. Insyallah kita akan jadi HERO yang mampu buat diri kita berdiri sama tinggi, dan duduk sama rendah dengan orang lain yang dah berjaya dalam bidang yang sama kita ceburi. Who's next to be a SUPERHERO?

3) Sakit bukan punca kita berputus asa dalam mencari makna kehidupan

  • 5 tahun lepas kak lia didiagnose menghidap hipertiroid. Bila dapat tau sakit tu, rasa dunia gelap. Tapi Alhamdulillah husband kak lia sentiasa bagi semangat serta anak anak adalah kekautan kak lia untuk terus lalui hari hari seperti biasa. Alhamdulillah juga bila berjumpa Shaklee, ia merubah pandangan kak lia tentang harapan dalam kehidupan. Kak lia jumpa lagi ramai pesakit yang ada masalah kesihatan yang lagi kronik dari kak lia, but they survive and live life happily. So, jangan diskriminasikan hidup kita untuk tidak menikmati hidup yang sihat
Selamat Tahun Baru 2018, semoga tahun ni terus memberi sinar kebahagian untuk semua.

Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER