08 January 2018

Hujung Minggu Masa Untuk Recharge Dan Kembalikan Momentum Berniaga.

Weekend gateaway. Semua orang suka bila hari hujung minggu. Hujung minggu waktu bersama family. Bonding time mak ayah dengan anak anak.

Kak lia kalau time kerja dulu, weekend ni hanya untuk anak anak. Tak de makna nak hang out dengan kawan kawan ke. Hujung minggu adalah hari untuk bertenang dengan family dan anak anak.

Alhamdulillah sejak pindah ke Terengganu, weekend adalah sesuatu yang ditunggu tunggu. Sebab husband kak lia cuti. Tak kerja. Hehehhe.

Time ni, aktiviti bersama family full skit lah. Dari
pagi sampai malam, memang tak de kat rumah silap aribulannya.

Kak lia pergi mana weekend? Haaaa, kat Kuala Terengganu, kami tinggal tak jauh dari pantai. Kalau balik umah mak mertua kak lia, lagilah dekat dengan pantai, so syukur sangat sebab bila rasa ketegangan, serabut serabut kepala otak, ajak husband kak lia pergi pantai bawak anak anak.

So tempat chill chill family kak lia pada waktu weekend biasa kat beberapa tempat. Walaupun ke satu satu tempat tu sekejap, tapi cukup buat kak lia rasa rileks, tenang dan tak sesak dada.

Most of the time, weekdays memang kak lia terperuk dalam rumah je, shaklee shaklee shaklee. Ambik dan hantar anak sekolah. Gitulah setiap hari.

Antara tempat yang kak lia suka keluar jalan jalan kalau hari minggu untuk recharge dan keep the momentum sentiasa tinggi untuk fokus pada business biasanya kak lia bawak family ke tempat tempat kat bawah ni.
  • Pasar Borong/pasar tani


  • Pantai




  • Playground / jalan jalan sekitar Bandar Kuala Terengganu/ Pasar Malam




  • Masjid/ kuliah/ceramah (malam)

  • Umah mak mertua, Kg. Ladang


Hidup ni tak boleh statik je. Bosan jadinya. So macam mana nak bagi kita sentiasa bersemangat nak teruskan hari hari esok?

Keluar dari perkara kebiasaan yang kita buat setiap hari. Kalau kita duduk kampung, keluar pergi bandar. Kalau tinggal kat bandar, cuba masuk kampung. Senang cerita live outside the box.

Alhamdulillah sepanjang kak lia bershaklee, kalau dulu kepompong kawan kawan tu, budak budak sekolah lama, kawan kawan studio, tapi dalam shaklee, macam macam orang kak lia jumpa yang sangat memberi inspirasi kepada kak lia sendiri.

Bagi kak lia, weekend adalah waktu yang terbaik untuk kita recharge diri kita. Dah 5 hari bekerja, so hujung minggu kita luangkan masa dengan keluarga pulak.

Bagi business person macam kak lia, kita nak sentiasa fokus dan juga keep the momentum selain tu nak luaskan network marketing kita, so kene lah bergaul skit. Kalau setiap hari fokus dengan kerja, beku juga kepala ni kan. So sesekali kene berHUHA jugak lah.

Hidup ni sesekali kene jadi gila gila, bukan orang gila. So, jangan stress atau tak happy, enjoy hujung minggu kita sebaiknya. Kalau stress, telan B-Complex banyak banyak ok.


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER