10 January 2018

Target Jangka Panjang Dan Pendek Bersama Shaklee.



Masa awal awal bershakle dulu, kak lia redah je. Seriusly kak  lia tak tau pun apa nak dibuat secara lebih teratur. Pendek kata, kak lia daftar ahli, makan shaklee dan terus aje share pasal produk shaklee. Bila dah lama lama terjebak dalam dunia shaklee terutamanya business shaklee ni, kak lia kenalkan diri pada business partner atas atas kak lia. Lebih mesra kak lia panggil upline dan mentor lah. Dari situ kak lia belajar salah satunya untuk buat target dalam business kak lia.

Dalm business ni, tak boleh redah je sebenarnya. Kene ada cikgu atau mentor untuk guide kita kejalan yang lurus. Business pun perlu jalan yang lurus tau supaya kita onsisten dan fokus pada jalan kita untuk capai target yang kita buat. Kalau kita buat sorang sorang, syok sendiri, jawabnya kita mudah nak tersasar dari landasan. Dah elok elok buat business shaklee, bonus dah dapat rm3-4 ratus, boleh pulak gi buat business komisyen lain. Rugiii. tapi tak salah pun. Tepuk dada tanya jiwa.

Ada beberapa perkara yang kita perlu buat untuk capai impian atau target yang kita nak dapat business ni. Macam kak lia, satu satunya business kak lia buat sekarang adalah business shaklee.

Untuk mulakan business ni kak lia perlu set dulu dalam kepala otak ni kenapa kak lia nak buat business shaklee ni. Kalau buat business lain tak boleh ker? Hebat sangat ke business shaklee ni? Business lain pun boleh dapat untung lebih lagi dari jual vitamin. Bukan orang makan vitamin hari hari, dan tak semua orang pun makan vitamin dalam hidup dierang.

Haa. Yang tu perlu konkrit dan jitu kenapa nak buat business shaklee ni. Dari situ baru kak lia boleh move ke next step. Nak buat target ke nak belajar marketing ke atau apa apa yang melibatkan business lah. Kalau BIG WHY, kenapa Shaklee? tu tak kuat, mungkin kak lia tak boleh bertahan lama dalam business. Sebab tu kak lia selalu ingatkan business partner kak lia, sebelum mereka nak buat business shaklee ni, kena-a mereka nak bershaklee.

Next, baru kak lia akan fokus pada buat target untuk harian, mingguan, tahunan dalam business. Target ni boleh split dua. Satu target jangka panjang dan satu lagi target jangka pendek.

Kak lia pecahkan pada dua. So mudah nak keep tract target jangka panjang nanti. So nak buat target ni kak lia belajar dari mentor mentor kak lia. Dierang memang best ajar. Tak kedekut ilmu. Selalu remindkan kami untuk keep the momentum.

Target SMART.

Target kita nak buat tu berdasarkan formula SMART. Apa pulak SMART ni?

SPESIFIK
MEASURABLE
ACHIVABLE
REALISTIC
TIME-BOUND

Target perlu persis. Macam kak lia, kak lia target nak naik rank Senior Supervisor Shaklee pada bulan Mac 2018 dengan 1 point. So untuk dapatkan target tersebut, kak lia kene lead and coach 1 atau 2 orang downline untuk jadi supervisor bawah kak lia.

Target yang dibuat tu jugak kene realistik. Kene laa logik dek akal. Dalam masa 3 bulan, tak logik pulak untuk kak lia set target untuk naik rank Master Coordinator kan. So setiap target yang dibuat tu kene fikir logik dan kene relistik untuk merealisasikannya.

Untuk capai target Senior Sup Shaklee, insyallah dalam masa 3 bulan tu masih dalam lingkungan waktu yang boleh dicapai. So time-boundry yang kita buat tu kene fikir target yang nak dicapai tu boleh capai ke tak dalam masa 3 bulan contohnya. Tapi kekadang bila kita letakkan time -boundary, time interval untuk sesuatu target, kita akan ada rasa urgentcy, rasa nak capai target kita dengan segera, so kita akan buat sungguh sungguh kerja kita.

Target jangka panjang dan jangka pendek.

Untuk jangka panjang, means dalam lingkungan 5 -7 tahun keatas nanti, kak lia target nak capai financial freedom bebas hutang. Segala hutang yang ada settle dan  kak lia nak tubuhkan yayasan kak lia dan suami.

Untuk jangka pendek, lebih kepada nak besarkan group shaklee, nak kukuhkan lagi business, lahirkan ramai lagi leader dan surirumah yang income 4-5 angka. Dan target besar untuk jangka pendek ni kak lia nak capai rank tertinggi dalam business shaklee iaitu Master Coordinator Shaklee dalam masa 3 tahun dari sekarang. Insyallah.

Doakan kak lia yer. Banyak lagi target target dalam hidup kak lia ni. Semoga dengan asbab business shaklee, Allah s.w.t lorongkan jalan yang mudah untuk kak lia capai impian dan target hidup kak lia. 

walaupun kak lia bukanlah dari bidang business, tapi tiada yang mustahil untuk kita terus berjaya. Yang penting keinginan kita untuk terus berjaya, capai impian hidup kita, keluar dari zon selesa kita dan hargai kehidupan yang ada semaksimumnya. Insyallah Amin


Untuk dapatkan produk Shaklee yang dicadangkan, boleh hubungi 6019-2872442 - Lieya menerusi SMS @ CALL @ WHATSAPP untuk respond pantas. Terima Kasih.

No comments:

Post a Comment

INI BLOG FAIRUS EMILIA. TERIMA KASIH KERANA SUDI BERKUNJUNG DAN JANGAN LUPA FOLLOW YER